Hari Enam: Jumaat

Start from the beginning
                                    

"Tapi Mr. Wong, baru fifty2. Baru jumpak pun. Lagi pun dia bukan Melayu."

"Tarak kira la Melayu ka, orang Chin ka, India ka, Jepun ka. Tapi pasal you baru jumpa, saya extend satu tahun punya offer. Kasi chan sama you, tapi kerja mesti maintain lor. Kalau you ada apa problem, kasi tau sama saya, saya mesti tolong punya."

"Jangan marah Mr. Wong, saya mau tanya sikit. Pasal apa Mr. Wong mau susah2 sama saya?"

"You Kamal, baik punya orang, no problem dengan saya. Tapi you banyak betul, tarak minum, tarak judi, tarak kacau orang, mau ajak pi Bangkok pun you ta mau. Lugi oo kalau you tarak kawin.

Pasal kita sudah kawan lama, saya cukup suka you sudah ada girlfriend. Dulu saya suruh you pi belakang, pilih mana2, you tarak mau, sekarang sudah cari sendiri, saya lagi suka. Good luck aa!! Ingat tau, satu taun." Dia berkata sambil bangun dan keluar dari bilik aku.

"Mr. Wong, Mr. Wong!!!!"

"Apa dia?"

"Tolong jangan cerita sama orang lain."

"Haiya, apa pasal mau sorok2."

"Mana tau, nanti tak jadi, malu saya." Aku berkata. "Mau cari orang belakang pun susah."

"Ok, ok. Tapi bila sudah confirm, kasi tau aa?" Aku angguk saja.

Aku tersenyum, menyandar dan melihat siling.

"Hai sayang." Aku menegurnya bila dia membuka pintu kereta.

"Hai." Dia memegang tanganku.

"You beli apa tu?" Aku tanya selepas keretaku bergerak.

"Blender."

"Nak buat apa?"

"Macam2 pun boleh. Buat sambal pun boleh."

"Pasal apa tak cakap. Boleh abang beli."

"Dah terjumpak kat kompleks tadi."

Kami singgah kat mini market, beli barang keperluan untuk malam ni. Terfikir juga aku untuk membeli peti sejuk. Boleh juga disimpan barang2, tak perlu membeli setiap hari seperti sekarang. Aku menghulurkan not lima puluh ketangannya dan bagitau aku ke kedai sebelah, kedai eletrik. Belum pun aku memilih dia dah mengekor.

"Abang nak beli ka?"

"Memang nak beli pun, lama dah, tapi dok teragak2. Boleh jugak simpan barang2. Yang ni boleh?"

"Tak besar sangat ka?"

"Bukan nak beli setahun sekali. Silap2 sampai anak cucu kita." Dia memeluk lengan aku rapat2.

"Kaler ni ok?" Dia angguk saja.

Juita sempat membeli buah2 sebagai tambahan sementara aku bayar, pakai kad kredit. Pickup kedai tu mengikut kami hantar peti ais. Aku lihat dia tersenyum tak henti2, dan aku sendiri terasa macam sedang membina rumah tangga. Lepas ini aku akan membeli mesin basuh kain pula, tak mau dia bersusah payah dibilik air yang sempit itu.

"Ni beg apa bang?"

"Pakaian sembahyang."

"Lupa pulak hari ni Jumaat. Disana cuti hari ni."

"La ni you dah ada di Ipoh. Banyak pekara yang nak kena adjust, nak kena sesuai diri."

"Saya tak takut dah, selagi abang ada."

Dia duduk di sebelah aku, beg aku di riba dia. Aku peluk bahu dia.

"Tapi Juita kena ingat, di sini jugak you kena independent. Tak boleh harap sangat dekat abang. Masa abang ada takpa la."

Cerita Bersama DewiWhere stories live. Discover now