Hari Satu: Ahad

128K 162 5
                                    

Hari Satu: Ahad

Setiap dua atau tiga minggu sekali aku balik kampung menjenguk emak dan adik2. Ayah sudah lama meninggal. Tetapi selalunya aku balik dengan bas sahaja, malas nak bawa kereta, memandu seorang diri. Kecualilah jika ada hal yang perlu aku menggunakannya atau semasa hari raya.

Seperti biasa sebaik sahaja aku turun bas di Butterworth aku terus menuju kekawasan ulat2 mencari penumpang, "Ipoh" aku terus bersuara seperti biasa. "Sama" sahut seorang gadis India yang mengekori belakang aku. Aku senyum dan dia membalas. Aku tahu dia naik bas yang sama dengan aku tadi, duduk pun didepan aku. Dia membawa beg yang agak besar juga, aku setakat beg kecil berisi sepasang pakaian saja.

"You pun nak pi Ipoh jugak?" Aku menegur dia yang menunggu berhampiran aku. Dia mengangguk. Dan kami diam.

Tak lama kemudian ulat tadi datang bersama tiket kami. "Bas dah ada kat hujung tu," dia beritahu. Bergegas kami ke bas yang sedang menanti. Aku tolong dia masukkan beg kedalam perut bas. Kami duduk sebelah menyebelahi, mengikut nombor kerusi yang tercatit di tiket.

Pada mulanya kami diam saja, tetapi bila bas berhenti di Bukit Merah, kami mula bersembang selepas aku menghulurkan makanan ringan kepadanya. Baru aku tahu yang dia akan mula melapor diri bekerja dengan sebuah jabatan kerajaan besok harinya. Tempat tinggalnya pun dia tak tahu, mengharap kepada kawannya yang akan menunggu.

Sampai di Ipoh, aku tolong dia sekali lagi mengeluarkan begnya dan aku terus menuju ketempat letak kereta. Apabila aku mengisi minyak di stesen petrol dekat situ, aku nampak dia masih terpacak ditepi jalan. Timbul rasa kesian pulak kerana aku tahu dia tidak biasa di Ipoh ni. Kawannya pun belum sampai2. Aku letak kereta ditepi stesen itu dan pergi dekatnya.

"Kawan tak sampai lagi?"

"Tak."

Aku tengok dia cemas jugak.

"You ada phone number dia?"

Aku tanya lagi sambil keluarkan handset aku.

"Tidak dapat dihubungi."

Dia lagi cemas.

"Takpa Devi (dia bagitau nama dia masa kami berpisah selepas turun bas tadi), saya tunggu sama sampai kawan you sampai." Aku terus mencuba berhubung dengan kawannya tu.

Dah satu jam kami tunggu, kawan tu tak sampai2 jugak, dah pukul 7.00 malam. "Devi, jom kita pi makan kedai tu, sambil tu you boleh tengok2 dia, I cuba call dia lagi." Yang aku tau, aku memang lapar. Dia mengangguk sikit, macam tiada pilihan, mungkin dia pun lapar jugak. Masa makan memang dia dok perhatikan orang yang lalu lalang, aku pun dok asyok call number yang dia bagi. Jam tangan aku dah dekat pukul 8.00.

"Macam mana ni Devi, dah pukul 8.00 ni, tak nampak2 muka pun. Call pun tak dapat. You ada alamat dia?"

"Dia kata dah pindah rumah baru, ada dia bagitau kat mana. Tapi saya lupa nama tempat tu. Takpa la, abang nak balik, balik la. Saya tunggu sini."

"Ni Ipoh Devi, you pun tak biasa sini, bahaya duduk sorang2. Macam ni, I hantar you pi hotel nak?"

"Saya tak biasa."

Aku memang dah serba salah nak tinggal dia seorang2. Aku tau mesti kutu rapat kalau aku tak ada nanti.

"Di Ipoh ni bukan boleh jalan sorang2, tambah2 lagi you tak biasa. Sat saja ada la orang ikut bila dia tengok you dok usung beg besar, tak tau pi mana. I sendiri pun tak berani jalan malam2 kalau tak ada kerja. Macam ni Devi, malam ni you tidur kat rumah I. Pagi besok I hantar you lapor diri. Kita sama2 try kontek kawan you tu besok. I hantar you pi rumah dia pun tak apa."

Cerita Bersama DewiWhere stories live. Discover now