Sarah diluar sudah membuat muka bahagia apabila bosnya mengajaknya makan tengah hari bersama.

Seokjin keluar semula dan mengamit Sarah. Sarah mengikut rentak lelaki itu menuju ke lif. Seokjin menyuruh Sarah masuk dahulu dengan senyuman manis tak lekang dipipinya.

*****

12.35 tengah hari.

'Mana Seokjin ni. Cakap nak balik makan tengah hari. Hm Nanti waktu lunch dia habis tak sempat nak makan.'

Haera merenung kembali makanan yang di masaknya tadi. Semuanya makanan kegemaran suaminya. Dia bukanlah tidak gemar. Tetapi tekaknya lebih suka makanan tanah airnya sendiri.

Sekali lagi dia menoleh melihat jam. Seleranya putus. Dia menutup sahaja lauk yang ada diatas meja dengan tudung saji. Lalu dia melangkah ke ruang tamu.

Haera menelefon suaminya untuk kali yang ke 25. Bukan sahaja mesej. Mesej juga sudah dihantar tetapi tidak dibalas. Haera mencampak telefonnya jauh darinya. Dia memfokuskan pandangannya pada televisyen.

Kakao~
Kakao~

Bunyi notifikasi dari aplikasi Kakaotalk berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Laju Haera mengambil semula telefonnya yang dicampaknya dihujung sofa itu. Dengan senyuman teruja dia membuka aplikasi tersebut.

Kendur senyumannya. Orang yang dinantikan. Orang lain yang menghantar mesej.


Jk                                                               🔍

Today

Jk
Hi baby!
Remember me? (12:55)

Me
Hi!
(12:59) Off course la ingat.


Haera kembali meletakkan telefon disebelahnya. Baru pagi tadi suaminya bersweet sweet dengannya. Tengah hari sudah hilang hm.

'Mana sayang saya niiii'

Kakao~
Kakao~
Kakao~

Haera membuka kembali telefonnya. Melihat mesej dari orang yang sama. Jungkook. Kawannya semasa dizaman belajar. Lebih kurang teman tapi mesra. Hinggakan satu kolej memanggil mereka dengan gelaran 'King & Queen's.

Disebabkan mereka pelajar yang paling tinghi kedudukan di setiap carta peperiksaan. Dan pula tiada siapa yang dapat memecahkan rekod mereka. Jika tidak Haera di tangga pertama mesti Jungkook. Begitulah sebaliknya.

Jika pelajar lelaki ingin mendekati Haera pasti Jungkook menghalang. Tidak pernah dibiarkan Haera berseorangan ketika berada di dalam kolej. Pantang tinggal. Ada sahaja orang yang cuba mendekatinya.

Jika Jungkook pula, Haera tidak kisah pun. Lagi dia menjadi agen mencari jodoh untuk Jungkook adalah. Tapi Jungkook pasti menolak. Alasannya?

"Nanti siapa nak jaga kau kalau aku dah berkepit dengan awek aku?"

Kesimpulannya Haera malas nak layan perangai Jungkook yang tak betul itu.

Haera yang tersedar dari lamunannya ketika zaman kolejnya kembali menatap telefonnya. Terlupa dia tentang mesej Jungkook tadi.

Jk.                                                              🔍

Today

Jk
Cun! Nasib ingat aku lagi.
Rindu la kat kau weh!!!
Jom jumpa nak???  (13:02)

Me
Rindu kau jugak!!
Jumpa? Em em
(13:15) Aku kena tanya suami aku dulu.

Jk
Haaa tanyalah dulu suami kau.
Kang keluar tanpa izin balik kena marah pulak.   (13:17)


Me
Okay. Bereh.
(13:18) Nanti aku bagi tahu kau semula.


Jk
Haa jangan lupa bagi tahu.
Kang mereput aku tunggu kau.😴 (13:20)


Me
Haaa yela yela.
Janganlah bebel.
Cukup suami aku je bebel.
(13:21) Kau jangan! 🙅


Jk
Cettt! Biadap eh!
Kau lupa siapa aku pada kau ye!
Mentang mentang kahwin dulu.
Langkah aku.
Hmpph! 😤 (13:22)


Me
Dahlah. Malas nak layan drama kau!
(13:23) Bye!
(13:24) Apa apa aku bagi tahu kau eh!

Jk
Hmmmmmm
Yelaaaaaa
Siapalah kitaaaaa
Nak berdrama sikit pun tak bulehhhh
Hmmmmmmmm
Hmmmmmmmmm
Hmmmm. (13:26)

Me
Jangan spam aku la! Bising!!

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now