Sabtu, 7/7/2018, 6:10 pagi.

168 1 0
                                    

1. Aku tidak mampu dan sudah tidak percaya dengan apa pun, termasuklah dengan fikiran aku. Aku sudah penat dengan fikiran aku. Siapa yang mengawal fikiran aku selama ini? Jiwaku? Nafsuku? Tuhanku? atau Syaitan yang direjam?

2. Aku mengkaji diri aku, dan terus mengkaji sehingga aku tidak mampu bergantung dengan fikiranku lagi. Baru aku tahu dan sedar, fikiran aku menipu selama ini!Aku tak tahu, kenapa dan bagaimana aku tidak sedar bahawa fikiran, walaupun ingin sekali berfikiran begitu jelas, tertipu dengan bayangan cahaya membutakan.

3. Aku tak tahu dan penat dengan fikiran aku. Aku harap aku tidak punyai fikiran yang
menipu diri aku. Aku seorang yang jujur dan lurus bendul. Kenapa aku perlu diuji fikiran yang menipu sebegini?

4. Aku punya banyak idea dan aku hilang identiti dan diri aku yang sebenar-benarnya dalam fikiran tanpa batas. Tiada apa yang membataskan aku untuk berfikir sehinggalah aku menjadi sesat didalam idea dan fikiran sendiri. Aku cuba mencari batas dalam fikiran. Pada saat ini, aku telah menjumpai falsafah yang mampu membataskan keinginan rasa berfikir tanpa batas ini. Aku jumpa falsafah ini pada Islam, Islam menyuruh umatnya untuk bersederhana dalam keadaan apa pun.

5. Kepercayaanku dalam Islam tentang falsafah kesederhanaan telah membuatkan aku untuk berfikir dengan prinsip, iaitu sederhana dalam berfikir. Aku juga memikir kesan tentang akibat jika aku teruskan berfikir berlebihan, sudah tentu aku akan sesat dalam fantasi yang tiada erti lagi. Aku cuba berdisiplin dalam berfikir.

Aku MonologWhere stories live. Discover now