Aku

2 0 0
                                    



Ku melangkah lawan waktu
mindaku semakin rapuh,
Sedarku dalam liku,
Perjalanan masih jauh,
Aku Mungkin bisu,..
Namun diamku bukan palsu.
Diam ku, bukan layu,
Diam ku, melawan nafsu.

Aku menulis lagu lagi,

Rasa hati ingin, bebas dari rantaian ini
Ikhlas dari diri, nikmat hikmah diperhalusi,
rasa rendah diri,
hidup diteladani,
mati tidak dikenali.

Hikmah merata datang bukan mudah,
Diri meronta-ronta ego dengan madah,
Adakah ini nyanyian semata-mata
terbuka hijab mata minda, akal dibuta?
Yang cuba mencari kebenaran pecah dusta


Krisis masih ada lagi,
Jalan kaki,biar masih,
usaha, mencari,
fahami, perlu diperbaiki apa lagi,
biar falsafah silih berganti dengan hari.
kerana diri masih nampak lagi,
biar belajar hingga mati.

Terus terang,
Aku masih terikat benang,
Dimimpikan masa senang,
Dilupakan rasanya tenang,
Apakah itu cahaya terang?
Kalau tidak kenal apa itu kebodohan,
sisi kesakitan dalam kegelapan?

Kita pernah bodoh,
Infiniti rahmat disuluh,
Kita punya pilihan,
Untuk pulang terbang atau masih tumbang?

Tipu tidaklah perlu,
Benar kata perlu dipandu,
benar kata jangan meluru,
agar diri dikaji dulu,

Aku bukan bodoh,
Aku masih belajar, perlu ditunjuk,
Aku bukan lemah,hanya tenang,
rela zahir aku terlihatnya lemah,
dari rela zahir aku bodoh dalam kegopohan.
Sabar itu bahasanya diam.
Diam perlahan ku, kalam mulai faham,
Ujian aku redah, fahamnya hentakan hikmah.

Biar aku, menjadi abu,
Dari Abu, menjadi rumput berlagu,
Berlagu dalam balas kasih Yang Satu.

Aku MonologWhere stories live. Discover now