Bab 1

1K 17 1
                                    

Jam menunjukkan pukul 2.30 petang.Ira masih lagi dalam keadaan tidur mati."Ira,bangun ",kata Ila ringkas."Dahlah,pergilah mandi.Saerah dan Sanilin tengah tunggu kat bawah tu.Nak minum petang katanya",sambung Ila lagi.Kata Ira," ah? ah yela yela nanti aku turun bawah".

Ira dan Ila adalah saudara kembar seiras yang sukar untuk dikenal pasti.Tapi bagi rakan-rakan mereka,tahi lalat mereka di hidung sudah menjadi salah satu petanda sama ada dia ialah Ira atau Ila.Tidak asing lagi bagi mereka.Keempat-empat gadis itu tinggal di bawah bumbung yang sama.Mereka sudah lebih mengenali antara satu sama lain.


Pada malam itu,mereka berempat makan malam dengan nasi berlaukkan kari ayam.Mereka tidak suka merungut.Tidak cerewet dan makan sahaja apa yang ada di atas meja asalkan tidak berlapar.

Ira mengambil sudu untuk merasa sedikit kuah kari ayam itu.Tiba-tiba ...."puihhhhhh..bluerkkk".Ira memuntahkan kuah kari itu kembali.
"Ira,kenapa ni?" tanya mereka bertiga dengan serentak."Wey,kenapa kari ayam ni basi?"."Bau pun meloyakan ewww". "Basi?!!",kata Sanilin dengan muka yang keliru . Sambung Sanilin lagi,"Aku baru je masak ayam tu"."Kan panas lagi tu.Macam mana boleh basi"?! .Kelihatan wajah mereka berempat bertukar menjadi keliru.Kata Saerah,"tak apa lah,telur dalam peti sejuk tu ada lagi.Kita makan telur goreng je lah malam ni.Kejap ye .Biar aku masak." "Hah ye lah.Kami ok je",sambung Ira.

Malam itu,setelah selesai makan malam,mereka berempat tidur di bilik selepas memberus gigi dan membasuh muka.Begitulah rutin harian mereka.

Jam di dinding menunjukkan tepat jam 12 tengah malam.Masing- masing dibuai mimpi indah.Angin bertiup dengan lembutnya.Kicauan burung kedengaran di luar sana.Bunyi air yang menitis sayu jelas kedengaran.Pokok-pokok bergoyang dengan sukanya.

Bisikan merdu bertambah garau.Hembusan nafas seseorang menambahkan risau.Ketawa mengilai tak terhenti.Bisikan kalbu menusuk jiwa,nyawa dan hati."Shhhhh.Tunggu aku.Ku datang menjemputmu"~

Bunga KiambangDonde viven las historias. Descúbrelo ahora