140. Panduan Kepada Wattpaders

276 51 9
                                    

Salam hormat sekalian rakan pembaca.

Ini hanyalah tips kecil yang berguna kepada mereka yang biasa menulis di wp dan kemudian memindahkan ke words.

1) Jumlah muka surat

Ini pun memakan bagi saya yang menulis langsung di wp, lama-lama baru perasan

Baik, sekarang saya cuba menulis 2,000 patah perkataan untuk satu bab di sini. Bila dipindahkan ke words saya dapati ia berjumlah 8 muka surat.

Jika dahulu, sekadar melepas 1,000 patah perkataan, saya berpuashati namun ia sekadar 4 muka surat sahaja.

Kenapa saya mengutarakan topik ini?

2) Kepuasan Pembaca

Buat masa ini, ada cerita yang saya siarkan di fb untuk melihat komentar pembaca. Pernah seorang pembaca pm dan mengatakan tak puas baca. Maka saya tahu, itu adalah hasil tulisan di wp sekitar 1000 patah perkataan sahaja dan kurang.

Jadi, di situ saya membuat penilaian sendiri dan cuba memanjangkan satu bab di wp sekitar 2000 patah perkataan atau 8 muka surat ke atas. Ya, respons memuashatikan hati saya apabila pembaca menyatakan rasa puas membaca walaupun hanya satu bab sahaja.

Kesimpulan

Mungkin dapat dipertimbangkan perkara ini demi kepuasan pembaca yang mengikuti atau membaca novel kita. Namun, ia adalah subjektif dan terpulang kepada penulis. Apapun teruskan menulis hingga berjaya diterbitkan.



CATATAN SANG EDITOR (PRE ORDER KE-3 DIBUKA SEMULA)Where stories live. Discover now