38. Penulis : Saya Sibuk, Tiada Masa?

264 31 13
                                    

Ayat pertama yang mahu cakap, kalau begitu jangan jadi penulis! Buat apa sibuk nak jadi penulis tetapi tidak ada masa atau mahu memberi ruang/masa untuk menulis? Lepas itu berangan nak jadi nak bergelar penulis? Berangan manuskrip diterbitkan? Berangan nak tanda tandan novel masa pesta buku? Berangan orang kenal? Tak kurang yant berangan novel yang terbit kelak diadaptasi sebagai drama atau filem.

Ke apa kamu ini? Takat angan-angan Mat Jenin, baik tak payah menulis. Ala, saya menulis suka-suka, bukan serius sangat. Kalau begitu, tak payah nak suka-suka berangan jadi macam-macam. Baik simpan dan pergi buat perkara lain?

Wah, angan tinggi melangit tapi usaha tak sampai satu mata anak tangga pun? Guru penulisan saya pesan,

"Almari yang besar itu, padat dengan baju, seluar bagai maknika, rasanya boleh selitkah sehelai sapu tangan?"

"Ya," jawab kami dalam kelas.

"Kalau begitu, kamu tulis dan jangan beri alasan kepada saya. Kalau mahu jadi penulis, usahalah. Bukan cakap dan berangan."

Itulah buah tangan yang guru saya berikan. Tidak ada tidak ada masa, yang ada hanyalah ALASAN dan KEMALASAN yang tak terbendung.

Pesan beliau lagi, "Walau satu paragraf, tulislah. Kalau tak dapat juga, tulis walau satu ayat. Kalau tak dapat juga, berhentilah menulis sebab anda memang tiada bakat dan tidak dilahirkan sebagai penulis."

Bagaimana perasaan anda bila baca sedutan kegarangan guru penulisan saya? Berani masuk bengkel beliau? Kalau setakat kalianlah, generasi wattpad ini, memang menangis di situ juga dan semangat untuk menulis terus terbunuh serta-merta.

Saya sibuklah, bang. Jadi, siapa suruh anda menyibuk dan gatal nak jadi penulis?

Saya tak ada masa, bang. Jadi, adakan masa itu supaya kamu dapat menulis.

Tidak timbul soal masa atau sibuk, yang ada hanya alasan yang direka sejak zaman purba jurasik park! Kalau anda mahu, pasti anda buat dan cari masa.

Kata guru saya yang lain, jangan tunggu ada masa, masa takkan ada untuk kamu, tapi luangkanlah masa. Sebab? Kamu yang gatal nak menulis!

Buah-buah guru saya tak ada yang lembut macam softlan, semua macam penukul Thor. Keras berdentum!

Nasihat saya kepada kalian, tulislah. Dah anda yang gatal dan menyibuk nak jadi atau bergelar penulis. Lepas itu anda kata sibuk dan tak ada masa, sudah, kenapa gatal daftar akaun wattpad dan sibuk menulis macam orang lain.

Kalau anda jawab, suka hati akulah, bukan mak bapak kau punya henfon.

Jawapan saya - sila meninggal!

p/s : Tadi pagi sarapan makan tebuan, cecah dengan gulai lemak penyengat, minum pula madu lebah. Jadi, garang sikit. Kalau anda marah saya, saya tak peduli. Ada aku kisah?

Kedua, sudahlah kuat berangan, suruh pergi berguru taknak, perasan hebat. Lepas itu tension tak boleh menulis, berhentilah jadi penulis. Tutup akaun wattpas dan sila meroyan di fb.

CATATAN SANG EDITOR (PRE ORDER KE-3 DIBUKA SEMULA)Where stories live. Discover now