PROLOGUE

36.4K 1.4K 71
                                    


"He's A Combination Of Sensitive And Savage. Has A Smart Mouth But Gets Upset When He Isn't Receiving The Amount Of Attention He Wants. He Choose The Best Way Which Is Silence"




Hujan lebat mencurah-curah tanpa henti membasahi bumi. Air hujan dan air mata menjadi satu. Wajah yang putih kemerahan semakin berona merah.

Dia berdiri di hadapan kubur wanita yang paling dia sayangi di dunia. Satu-satunya wanita yang memahami isi hatinya.

Malang wanita itu sudah pergi meninggalkan dunia dan dirinya. Kenyataan yang sukar untuk dia menerima sejak melihat wanita itu kaku di atas katil bersama tompokan darah.

Darah yang disengajakan untuk mengalir keluar dari badan wanita itu

Tangisan terhenti apabila teringat kejadian malam yang penuh sadis. Satu persatu terlayar dimatanya. Wajah berkerut dan bibir nipis diketap kuat tanda amarah mula menguasai diri.

Mata naik melihat wajah sekeliling yang turut berdukacita di atas pemergian wanita kesayangan.

Tidak pasti simpati dan tangisan yang dipamerkan adalah benar atau hanya sekadar lakonan.

Dia diam memerhati wajah mereka.

"My dear, mari kita pulang." Wanita yang berpakaian hitam menepuk perlahan bahu yang masih tidak berganjak sejak tadi. Payung hitam digenggam kuat agar wajah dan tubuh tidak terkena air hujan yang berasid.

Apabila terasa bahu di sentuh, dia menoleh wajah melihat senyuman manis yang dipamerkan oleh wanita tersebut.

"Dia sudah pergi. Tiada apa yang boleh membuatkan dia bernyawa kembali." Wanita itu membisik di cuping telinganya.

Pedih

Cukup pedih di telinga mendengar ayat yang meniti keluar dari bibir munggil wanita yang sedang memegang payung itu.

Dia memaling tubuh dan berjalan meninggalkan wanita itu bersama yang lain. Sebelum dia menunjukkan perangai sebenar di hadapan kubur tersayang.

Terasa diri diikuti oleh seseorang.

"Tinggalkan saya bersendirian." Suara garau miliknya bersuara.

"Sini kubur. Mari kita balik."

"Satu hari nanti ini akan menjadi tempat kita. Tiada apa yang perlu ditakutkan." Dia berhenti melangkah dan memandang dari jauh wajah-wajah yang mula melangkah meninggalkan kubur wanita kesayangan.

"Hujan semakin lebat. Saya takut tuan muda akan jatuh sakit."

"Jatuh sakit?" Dia tersenyum sinis dihujung bibir.

"Jatuh sakit dan mati." Ujarnya tanpa riak wajah.

"Tuan muda!"

"Tiada lagi tuan muda selepas ini."

Jejaka lengkap berpakaian suit itu hanya diam melihat wajah tidak beriak dihadapannya kerana dia tahu makna tersirat di sebalik kata-kata majikannya.

Dia mendongak wajah melihat langit yang semakin gelap akibat hujan yang turun tanpa henti.

Dia memejam mata membiarkan air hujan memanah wajah bersihnya. Air mata mengalir kembali.

Segalanya berubah mulai saat ini

Kemudian, dia membuka kelopak mata dan meneruskan langkah membawa hati yang lara.

*****

Angin laut kuat menerpa wajah dan rambut miliknya. Anak mata berona hazel gelap memerhati air laut yang tidak kelihatan tenang seperti hatinya.

Di dalam boat mewah itu tiada suara yang memecahi suasana yang kelam. Mereka hanya berdiam diri, membiarkan bunyi angin dan ombak menghiasi muzik latar belakang.

N A S HWhere stories live. Discover now