Bab 43 : Pelik

2K 52 14
                                    

Wonwoo memicit kepalanya. Dia masih lagi menunggu pekerja upahannya memberikan lokasi dimana Mingyu berada.

Dia menarik nafas dan membuka telefonnya. Dia membuka gallery nya dan menekan gambar Wendy yang sedang tidur.

"Mana awak larikan diri Wendy?"

***

"Urm."

Wendy mengerut dahi. Dia memegang perutnya yang terasa sakit itu.

"Awak kenapa ni?"

Joshua segera berlari mendapatkan Wendy. Dia memegang perut Wendy. Seketika kemudian dia tersenyum lebar.

"Hahaha dia menendang ni. Mesti dah besar ni minat main bola."

Joshua tergelak kecil sambil mengusap perut Wendy. Wendy hanya memandang tingkah laku Joshua.

"Baby nanti dah besar jaga eomma elok-elok tau? Jangan sakitkan hati dia. Jadi seorang yang berani dan anak yang mengenang budi."

Joshua tersenyum manis sewaktu mengucapkan kata-kata itu. Dia mencium perut Wendy. Hati Wendy lemah melihat adengan itu.

Kalau Joshua ni Mingyu..

Setitik air mata jatuh di pipi Wendy. Joshua yang perasan akan hal tu segera mengangkat wajahnya memandang Wendy.

"Shh. Jangan nangis. I'm here for your dear."

Joshua memeluk Wendy yang teresak-esak menangis. Dia tahu Wendy menangis kerana teringatkan akan Mingyu. Namun dia tidak kisah. Dia akan tetap berusaha agar Wendy jatuh hati padanya.

**

"Awak!"

Mingyu berkerut dan memandang Eunji.

"Maaflah sayang. Tadi oppa termenung kejap."

"Oppa okay tak??"

Tanya Eunji risau. Sejak kebelakangan ini dia sering sahaja menangkap Mingyu termenung melayan perasaan sendiri. Serabutkan dia?

"Oppa okay je.. Ni kenapa panggil oppa ni."

"Hihi ni nak tunjuk gambar ni. Sesuai kan untuk majlis pernikahan kita??"

Tunjuk Eunji. Kelihatan senyumannya yang lebar sehingga menunjukkan barisan gigi yang tersusun cantik. Mingyu menganguk seraya tersenyum. Namun dia merasakan dia tidak patut meneruskan hubungan dia dan Eunji ini.

Bersambung

HAIIII. YA TUHAN DAN LAMA TAK JUMPA KORANG. Hm sorry sangat-sangat. Author mengalami writers block yang terlampaulah lama. Bila terbukak wattpad baru teringat ff hahaha sorry sayang ii semua 😂❤❤.  Hm okay lepasni Insyallah author update sampai kasi habis ini cerita. Kebetulan author cuti sem so yeah sempat kot nak habiskan hehe. Ok byee muah * bagi love besar kat readers *

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 05, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I'm his sex slave"malay FanFic"[Mingyu fanfiction]Where stories live. Discover now