。 •́ ❥ ( 05 ) ❥ •̀ 。

Start from the beginning
                                    

Dan di atas laci itu, Eiden mengambil perfume playboy kegemarannya dan di sembur di sekitar leher dan belakang telinganya.

Eiden kembali ke bahagian kiri closet dan dia mencangkung untuk mengambil kasut kulit dan di sarung ke kakinya.

Perfect.

Time to go.

🌻🌻🌻

"Kau nak pergi mana sebenarnya ni?" Eiden merengus geram bila dia rasa yang mereka ni sebenarnya tak ada hala tuju. Tak tahu nak ke mana sebenarnya.

Naik turun escalator, merayau macam nak cari barang.

William dah mengaru kepala yang tak gatal tu, "Aku pun tak tahu nak pergi mana sebenarnya, hehe.." William dah buat muka takut di sebelah Eiden.

Dengan amarah yang ditahan sejak di rumah tadi, dahi William di tunjal geram, "Bodoh.." Geram betul Eiden dibuatnya. Ni sebabnya dia malas nak ikut William. Menyesal pun ada sekarang ni.

"Alah lek lah, kita pergi makan jom? Aku belanje..!"

Aku menjeling dia geram, "Cepatlah! Aku lapar ni."

William dah ketawa kecil sebelum jalan mendahului Eiden. Eiden membiarkan William memilih restoran untuk mereka. Sambil itu matanya melihat sekeliling kedai dalam Ourus Mall ni.

Boring. That's why Eiden tak suka menjejak kakinya ke shopping mall. Ini syurga buat perempuan bukan dia. Syurga dia, tu hah apartment dia. Boleh kira berapa kali kaki Eiden pijak lantai mall.

Bukk.. !

Eiden terlanggar belakang William yang tiba tiba sahaja behenti.

"Fuck you William. Yang kau behenti tiba tiba ni apahal?!" Marah Eiden sambil mengosok dada bidangnya. Cari pasal betul.

Namun tiada balasan dari William yang hanya diam dan terpaku melihat sesuatu.

"Woi kau dah kenapa?" Bahunya di tolak sedikit tapi William tetap begitu. Freeze.

Melihat mata William seperti melihat sesuatu, Eiden turut mencari apa yang dilihat oleh William. Berkerut dahi Eiden bila tiada apa yang pelik yang berlaku dalam cafe yang berada di hadapan mereka itu. Biasa, ramai orang saja yang makan di sini. Takkan sebab ramai orang je William jadi freeze tak sedarkan diri.

"Cantik.." Ayat itu yang keluar dari mulut William.

Eiden memandang pelik pada William. Secara tiba tiba William mengeluarkan handphonenya dari poket seluarnya dan handphonenya menghala kepada sesuatu yang berada di cafe itu.

Makin berkerut dahi Eiden melihat perangai si gila ni. Tanpa dipinta, handphone William dia rampas dan melihat apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Fuck.

Eiden menggeleng kepalanya perlahan apabila gambar Rachel yang terdapat dalam handphone William. Nampak Rachel je pun. Yang nak acah acah hollywood, terkaku bagai tu apahal?

Eiden mengangkat kepalanya, mahu membebel pada William. Namun, tengok - tengok je si William sudah hilang dari radar. Terpinga pinga Eiden dibuatnya. Berani dia tinggalkan aku?!

Eiden kembali melihat ke dalam isi cafe itu. Terlihat William sudah bertemu dengan Rachel yang sedang duduk bersama kawannya.

Makin mendidih hati Eiden yang di simpan dari tadi. William siap bertampar ketawa lagi ye?

Segera Eiden membawa kakinya masuk ke dalam cafe dan mendekati William. Tanpa amaran lantas Eiden meluku kepala si William dengan kuat.

Orang di sekeliling mereka sudah melihat gelagat Eiden. Attention seeker betul Eiden ni. But ada dia kisah? Hati dia yang tengah membara marah ni perlu di lepaskan pada William.

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now