Khas Raya : Episod 7

18.6K 490 170
                                    


Nafasku kencang. Sebentar tadi, aku turun ke bawah meninggalkan Azriel, tidur seorang diri. Aku melangkah secepat yang mungkin, sebaik keluar dari lif menuju kenderaan milikku. Aku perlu mengambil purse di dalam kereta. Sungguh aku terlupa tadi.

Selepas terawih, aku keluar dengan Azriel. Rasa teringin sangat nak makan Strawberry Sundae McDonald. Kami berdua ke Seksyen 22, drive thru saja. Sedang membayar, Azriel pula tiba tiba nak keluar dari carseat, jadi aku pun campak purse ke lantai kereta bila mula Azriel menjerit meronta ronta.

Azriel kulekapkan didada, kubisikkan selawat ke atas nabi. Kemudian, Azriel tenang dan terus diam, tidur. Aku mencari ruang pakir kosong dan menikmati sundae di situ. Puas!

Perlahan aku memandu pulang,  bersantaian. Terus terlupa tentang purse bila Azriel merengek saat aku cuba mengalihnya.

Aku khuatir ada yang nampak purse itu dan melakukan sesuatu untuk mendapatkannya. Memang ada pengawalan keselamatan yang ketat tapi bukan kita tau, kalau dah nak jadi.

Arghh.. pintu kereta pun tak berkunci. Teruk betul aku ni. Mujur masih ada lagi purse aku. Aku capai dan menekan butang kunci.

'Eh... bukan kereta abang ke bawah lampu tu', bisik hatiku saat berpusing untuk kembali ke lif. Aku berpaling, melihat, mengamati seterusnya menarik nafas sedalam dalamnya.
Pergi mampus la. Aku berlari ke arah lif, risau Azriel terjaga dan aku tiada di rumah.

Aku menenangkan nafas kencang hasil aktiviti tadi. Aku baring di sebelah Azriel. Setelah beberapa lama, nafasku kembali tenang dan normal.

Terdengar tombol pintu dibuka, aku pura pura tidur. Aku tau itu Irfan. Dia mendekati kami dua beranak yang terbaring di katil. Aku mengiring menghadap Azriel yang tidur telentang, terkangkang.

Irfan mencium dahi Azriel, dadanya di atas mukaku. Bauan haruman untuk perempuan menerobos lubang hidungku. Aku menahan nafas. Bau itu sangat erotis, menggoda.

Irfan berlalu tanpa ciuman untuk aku. Telingaku mendengar setiap apa yang yang dilakukan di bilik sebelah. Tak lama kemudian, kedengaran pancuran air mengenai lantai kamar mandi kami.

Aku bangun, berjalan menuju ke bilik kami. Set baju melayu dan boxer brief Irfan berlonggok di atas lantai, kukutip dan kumasukkan ke dalam bakul pakaian kotor yang ada sebelah pintu kamar mandi. Lelaki, memang begini.

Baju melayu itu kubelek dan kuhidu, betul ini wangian untuk wanita. Aku menarik nafas panjang, duduk di tepi katil memandang ke luar jendela.

"Eh.. tadi kan dah tidur", sapa Irfan saat keluar dari kamar mandi. Rambut yang basah, dikeringkan dengan tuala kecil. Pintu almari dibuka, seluar trek 3/4 panjang disarungkan. Bahagian atas tubuh, dibiarkan terdedah, menghidangkan dada yang bidang padaku.

"Hurmm.. terjaga", balasku tanpa memandangnya.

"Bak baju tu, abang masukkan dalam bakul", pinta Irfan menarik baju melayunya yang kupegang. Aku enggan lepaskan.

"Sya, koyak nanti baju ni".

"Ni lipstik siapa?", soalku memandang tepat matanya, aku cuba menahan kemarahan yang bersarang. Kolar baju melayu berona Lilac itu, ada terlekat gincu berwarna Berries. Hanya sebahagian. Pasti separuh lagi melekat di leher Irfan.

"I can explain that". Huh.. tetiba speaking London dengan aku.

"Abang dengan siapa dalam kereta tadi? Bukan main lama lagi", sindirku sinis. Irfan terbelalak mata memandangku.

"Dua hari lepas, abang pergi tingkat 3, rumah siapa?".

Irfan mengeluh, mungkin rasa bersalah. Dia duduk disebelahku, cuba memegang tanganku. Aku mengelak, menyembunyikan tangan dibawah peha.

Yang Kedua✔Där berättelser lever. Upptäck nu