bab 10

28.9K 566 24
                                    

"Allahu.."

"Makcik tak apa apa?", tanya Sya cemas. Sempat disambut tangan dan dipegangnya pinggang makcik yang dah gaya nak tergelincir di depan 7-11.

'Pucat muka makcik ni. Mesti terkejut', syak Sya bila makcik itu diam sahaja. Sya membuka tudung botol air mineral yang dibelinya di 7-11 dan diberikan kepada makcik yang duduk disebelahnya. Perlahan botol itu diambil dan disuakan ke mulutnya.

"Terima kasih. Nasib baik kamu ada, kalau tak, entah apa nasib makcik", keluh makcik. Tangannya menggenggam tangan Sya lama dan kuat.

"Alhamdullillah. Segalanya Allah dah atur, kehadiran saya di waktu ini disini". Sya tersenyum pabila makcik tersebut memandangnya.

"Tak pernah makcik nampak kamu di sini. Kamu anak siapa?"

"Pertama kali sampai disini. Saya dapat buat praktikal di kawasan ni selama 4 bulan. Jadinya, nak cari bilik sewa. Tu yang datang tengok notis di 7-11 ni. Mana tau kalau kalau ada rezeki", balas Sya.

"Kesahnya... ada tak?"

"Takde la makcik. Nampak gayanya, saya kena cari kawasan perumahan lain la". Sya tersenyum bila makcik merenung wajahnya. 'Lawa makcik ni. Hidung mancung, macam keturunan mamak penang. Tapi kulit putih. Macam mat saleh. Mata coklat'.

"Rumah makcik ada bilik kosong. Tapi rumah makcik kecil la. Makcik tinggal seorang saja. Anak makcik belajar di UK".

"Betul ni makcik?"

"Ye.. betul. Jom makcik bawa kamu pergi tengok. Kalau kamu rasa tak selesa, boleh la cari tempat lain".

Sya gembira sangat dan menaikkan ibu jarinya tanda bagus.

"Makcik boleh bangun tak?"

"Tolong tarik makcik. Terasa macam menggigil lagi ni. Kamu boleh memandu?"

"Boleh". Sya memimpin makcik ke kereta Honda Civicnya. Sya memandu mengikut arahan makcik yg duduk disebelahnya.

'Kecik? Besar rumah ni. Ada laman lagi. Banding dengan rumah ayah memang beza sangat'. Getus Sya saat tiba di rumah makcik.

"Duduk dulu. Makcik ke dapur buat air. Kamu tengok dulu, selesa tak. Bilik tengah ni takde orang. Kalau kamu nak, ni la bilik tu".

"Makcik.. tak payah susah susah buat air", Sya berlari mendapatkan makcik yang berjalan menuju ke dapur.

"Tak susah. Kamu tu tetamu".

"Makcik duduk kat sini", ujar Sya menarik kerusi makan untuk makcik. Ditariknya makcik supaya duduk.

"Cakap je kat mana bahan bahannya. Sya buat".

"Kamu setuju ke duduk dengan makcik?"

"Pucuk dicita ulam mendatang. Tak muat tapak tangan, nyiru Sya tadahkan. Setuju sangat sangat. Tapi Sya tengok bilik tu lengkap semua, macam mahal. Kalau mahal sewanya, Sya tak mampu".

Makcik menarik tangan Sya yang berdiri dihadapannya. Direnung wajah Sya. Entah kenapa dia suka melihat wajah polos gadis ini, bertudung biru muda dan berbaju kurung biru firus. Sejuk hatinya memandang.

"Panggil mami. Duduk saja dengan mami. Mami takde teman. Boleh ye?"

Mata Sya mula bergenang, sedikit demi sedikit benteng matanya dilimpahi air.

"Mami.. mami percayakan Sya? Kita baru kenal".

Mami mengangguk. "Mami percaya Allah aturkan pertemuan kita. Kita saling memerlukan".

Sya dan mami berbual bual di meja kecil halaman rumah sambil menikmati teh panas dan biskut marie. Sya menceritakan perihal dirinya, ditunjukkan gambar keluarganya yang disimpan didalam beg duitnya. Begitu juga dengan mami, bercerita perihal keluarganya. Mereka sama sama menangis dan ketawa pabila ada cerita lucu. Kemesraan mereka berdua pantas terjalin.

"Mami, Sya balik dulu la. Nanti Sya datang bawa barang barang. Lagi 2 hari gitu".

"Malam ni tidurlah di sini. Teman mami. Esokkan cuti umum". Serba salah Sya dibuatnya. Mahu tak mahu, kesian pula kat mami.

Yang Kedua✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora