bab 26

26.4K 480 4
                                    

Irfan memandang Sya yang langsung tak menegurnya. Sya masuk ke dalam rumah seolah olah tiada siapa disitu. Haris mengelengkan kepala bila Irfan memandangnya. Diambilnya bekas kedua yang berisi sagu. Sedap, untung Sya ada kat rumah. "Ada problem dengan boyfriend kot", ujar Farhana pabila Sya menghempas pintu sekuat hatinya.

"Sabar Sya".
"Patutlah selama ni dia buat endah tak endah pada kau. Ada perempuan lain rupanya".
"Dah ada orang lain. Kenapa kawin dengan aku?"
"Sebab mami kot"
"Habis tu yang selama ni dia curi curi pegang aku, cium aku tu?"
"Tah tah itu bini dia. Kawin kat oversea".
"Dah ada bini, jangan kawin dengan aku. Jangan seksa aku".
"Kau cemburu?"
Diam.
"Kau dah sayang kat dia kan?"
"Kenapa kau tak layan dia macam isteri?"
Hurmm..
"Aku malu. Aku tak tau. Aku tak reti. Mana pernah aku bercinta? Aku kekok nak bermesra dengan dia".
"Patutnya dia mulakan".
"Dah banyak kali dia mulakan. Takkan kau tak nampak?"
"Aku tak tau dia serius atau main main. Tah tah aku ni tak de pun dalam hati dia"
"Cubalah.."
"Dia dah ada orang lain yang lagi cantik dari aku. Takkan dia cintakan aku".

Sya berdialog dalam hati. Air matanya mengalir laju. Pada siapa harus diadukan masalahnya? Ibu, dah tiada. Mami? Tak nak mengganggu mami yang sedang beribadah. Suhana? Malu nak ceritakan hal rumahtangga yang baru sangat dibina ni. Sya terasa kosong, sunyi.

Irfan berjalan masuk ke dalam bilik, singgah dihadapan pintu Sya, cuba dibukanya tapi berkunci. Irfan cuba menelefon sekali lagi, baru ada nada namun tak berangkat.

Sya melihat pada skrin telefon bila ianya bergetar. Namun tak dihiraunya. Sebaik sahaja disambungkan pada wayar pengecas tadi, byk panggilan dari Irfan yang dia terlepas. Sewaktu didalam pawagam dan saat baterinya kehabisan kuasa. Sepatutnya dia merasa gembira dengan jumlah panggilan yang Irfan buat tapi kini, tiada makna.

Farhana yang sangat bosan bila malam minggu hanya di rumah, mula merangka rancangan bila dilihatnya Irfan pasif malam itu. Dinyatakan kepada Haris. Haris sememangnya sudah merancang ingin keluar lewat malam, menyambut baik cadangan Farhana.

Farhana duduk disebelah Irfan yang sedang berbaring seolah olah tidur. Mata Irfan tertutup, tangan kanannya berada di atas dahi seolah memikir sesuatu yang berat. "You, jom kita have fun", ajak Farhana sambil tangannya memicit micit lengan Irfan. Irfan tak memberi respon. Farhana naik ke atas tubuh Irfan, serta merta Irfan membuka mata.

"Kenapa ni?", tanya Irfan perlahan.

"Jom", goda Farhana memasukkan kedua tangannya ke dalam baju Irfan. Pintu biliknya tak bertutup. Farhana mula menurunkan tubuhnya mendekati tubuh Irfan dan menyentuh bibir Irfan. Saat itu, Sya membuka pintu dan terpandang aksi panas tersebut. Sya teruskan perjalanannya ke kamar mandi berhampiran dapur. Irfan sedar bahawa Sya nampak perlakuan sumbangnya. Lalu ditolaknya Farhana ketepi. "Tak puas puas ke dari semalam?", tanya Irfan dengan perasaan berbaur.

"Jom kita keluar. Have fun", Farhana mengajak. Irfan mengelengkan kepala lalu baring semula, "I tak sihat".

" I pergi dengan Haris je la kalau gitu". Irfan tak menjawab, hanya memandang Farhana bersiap. Sya lalu sekali lagi, masuk terus ke biliknya.

Haris menegur Sya, hanya dibalas dengan senyuman. Haris yang sudah segak dengan pakaian untuk bersuka ria di kelab malam itu, menanti Irfan dan Sya. Haris mempelawa Sya untuk turut serta tapi Sya menggeleng. Penat agaknya, fikir Haris.

Sya mendengar pintu bilik Irfan ditutup dan pintu utama dibuka dan ditutup. 'Pergilah. Tinggalkan aku lagi malam ni'. Sya mengesat air matanya. Disarungkan telekungnya untuk menunaikan solat Isyak. Lama dia berdoa agar Allah memberi kekuatan baginya.

Dilihatnya jam sudah hampir tengah malam. Perutnya berkeroncong kerana makanan terakhir dijamah hanyalah sepotong pizza selepas menonton wayang. Dia keluar dari bilik disebabkan tiada sesiapa, Sya hanya menyarungkan baju tidur bertali kecil yang panjangnya ke paras paha. Dijelingnya ke dalam bilik Irfan, kosong. Dia menuju ke dapur. Ruang tamu gelap. Lampu ditutup. Hanya lampu dapur dibuka.

Sya membuka kabinet, dicapainya sebungkus mi segera Indomie, mee goreng pedas. Dibukanya peti sejuk, lobak merah, sawi, kobis dan telur. Tangannya pantas bekerja. Sekejap sahaja hidangan mee goreng bertakhtakan telur mata separuh masak siap. Dibancuh pula air kopi panas. Ditariknya kerusi makan ke dapur. Malas nak makan di meja makan bila berseorangan.

Suapan keduanya terhenti bila bahunya dipegang, nafasnya terhenti seketika "suapkan abang sikit". Sya memandang ke belakang, Irfan. Sya menurutkan saja permintaan Irfan. Irfan mengambil satu lagi kerusi dan duduk di sebelah Sya.

Sambil menunggu Sya menyuapnya, diperhatikan wajah Sya. Mata, hidung merah seolah baru selesai menangis. Benarkah kata Farhana yang Sya bergaduh dengan teman lelakinya? Tapi bila tanya dulu, katanya tiada. Sya saat itu merasa kerongkongnya perit untuk menelan. Disangkanya dia seorang dalam rumah tu.

"Sedap kopi Sya", puji Irfan sambil mengajak Sya berbual. Namun Sya tak memberi sebarang respon. Dingin.

Usai makan, Sya mengemas segalanya didapur dan melangkah ke biliknya. Irfan dibuatnya seperti tidak wujud.

"Sya.." panggil Irfan sambil menahan pintu bilik Sya dari tertutup. Sya membiarkan sahaja. Dia masuk dan terus duduk di atas katil. Dicapainya telefon yang telah penuh dicaj bateri.

"Pergi mana tadi? Kenapa tak angkat bila abang call?"

"Keluar. Bateri habis. Baru cas ni", telefon itu ditayangkan kepada Irfan. Wajahnya masih mencuka.

"Keluar dengan siapa? Buat apa?", tanya Irfan lagi. Kali ini duduk di kerusi belajar Sya, memandang Sya.

"Suhana, Amir. Tengok wayang".

Irfan membelek buku nota diatas meja Sya, "ada nak bagitau apa apa kat abang?".

Sya menggelengkan kepala, diambil buku nota yang Irfan selak. "Dah ke? Sya nak tidur".

"Kenapa ni? Moody dari balik tadi", tanya Irfan lembut memegang tangan Sya. Sya menguatkan dirinya dari mengorbankan benteng air mata. Sya mengelengkan kepalanya.

"Sya bergaduh dengan boyfriend?", duga Irfan memandang Sya yang matanya sudah berkaca.

"Sya takde boyfriend. Sya ada suami je", suara Sya mula berubah, menahan sebak. Sya berpaling ke arah lain, memandang keluar.

Irfan bangun dan memeluk Sya. Buat kali pertama, Sya rasa tenang. Rasa lega dapat merasakan pelukan seorang suami. Air matanya mengalir. "Jangan menangis. Abang akan jaga Sya", bisik Irfan. Dia tunduk sambil tangannya menyentuh dagu Sya, ditolak ke atas. Sya mendongak. Jari Irfan mengesat ke dua dua pipi Sya. Sya menutupkan matanya. Bibir Irfan mendekati bibir Sya yang mungil. Nafas mereka mulai laju. Lidah Irfan menolak bibir Sya agar terbuka, lidahnya meneroka keseluruhan mulut Sya. Tangan Irfan bergerak turun ke leher Sya, bahu. Ditolaknya perlahan tali baju Sya maka terdedahlah bahu Sya. Tali baju tersangkut pada pelipat siku Sya. Tangannya memeluk pinggang Irfan. Lidah Irfan menyentuh leher, dada dan berhenti di puting Sya yang kemerah merahan. Sementara tangannya berada di punggung Sya. Sya mendesah kuat. Tak pernah dirasakan nikmat sebegitu selama ini. Irfan membaringkan Sya perlahan ke atas katil.



Yang Kedua✔Место, где живут истории. Откройте их для себя