bab 20

29.2K 542 11
                                    

"Nak sampai dah ni. Boleh jalan tak? Ke nak abang dukung?". Sya menjeling tajam. Dah la tak selesa bila Irfan memeluk bahunya tapi apakan daya, dia pening. Takut rebah plak. Irfan tersenyum nakal, acah acah nak angkat Sya.

Usai makan, Sya mengikut saja Irfan menghalakan arah mana dia nak berjalan. Irfan melangkah masuk ke dalam Parkson, bahagian pakaian wanita. Saja Irfan nak melihat reaksi Sya. Lalu di bahagian pakaian dalam wanita, laju je Sya berjalan. Tak menoleh kiri kanan, meninggalkan Irfan di belakang. Masuk ke bahagian pewangi dan kosmetik, Sya hanya mengekorinya. 

"Tak pernah soping ke?", tanya Irfan bila mereka keluar dari Parkson tanpa ada beg pembelian di tangan. Satu kejanggalan bagi Irfan. Sya menggelengkan kepalanya, " tak mampu".

"Selalu beli baju, mekap kat mana?"

"Kedai biasa biasa je. Kat Tesco, Giant. Sya tak pakai mekap", jawabnya tenang.

Betul jugak. Muka Sya ni mulus. Tiada contengan dan warna warna pelik.

"Jom masuk sini". Irfan menarik lengan Sya. Sya membatukan diri dan menggelengkan kepala.

"Kenapa tak nak?"

"Habib tu. Nak buat apa?"

"Adalah", Irfan berjalan masuk dan Sya mengekorinya.

Sya melihat sahaja Irfan membelek barang kemas yang dikeluarkan oleh pekerja Habib dari kaunter kaca. Cincin, rantai tangan la, rantai leher.. dia cuma duduk memandang. Sesekali mengangguk bila Irfan bertanyakan samada cantik atau tidak.

Irfan mengeluarkan kad kredit dari waletnya untuk urusan pembayaran. Sya leka berjalan dari satu kaunter ke kaunter lain untuk melihat keindahan barang kemas. 'Tak dapat beli, tengok pun ok la. Tak rugi pun'. Sya tak perasan pun apa yang dibeli oleh Irfan.

************************************

"Masuklah", pelawa Irfan bila Sya teragak agak untuk melangkah masuk ke unit kondonya. Irfan perhati juga awalnya jika ada kasut tinggi milik Farhana. Ye la, mana tau tiba tiba dia ada pula kat sini walaupun sememangnya awal awal lagi Irfan dah mesej Farhana bertanyakan lokasinya sekarang.

Sya melepasi meja makan yang terletak antara pintu utama dan dapur, berjalan menuju ke ruang utama. Dari sofa disitu, Sya nampak ada 3 pintu bilik. Pintu kaca gelongsor tertutup, namun langsir bewarna hijau zaitun terselak membenarkan cahaya matahari menembus masuk. TV jenama Aquos Sharp 40 inci terlekat di dinding berhadapan sofa yang Sya duduk.

Irfan terus ke biliknya, mengemas biliknya yang bersepah sepertimana yang ditinggalkannya semalam. Beberapa helai rambut Farhana dikutipnya dari atas katil dan juga di lantai. Irfan meneliti sekitaran biliknya mana tau kalau ada barang peninggalan Farhana. Dia ke bilik air, kosong. Tiada apa apa milik Farhana.

"Sya nak air?", suara Irfan mengejutkan lamunan Sya yang leka memandang ke luar dari tingkat 7. Sya melihat Irfan yang berjalan menuju ke dapur. "Tak nak. Sya nak tumpang toilet dan solat je".

"Rumah ni tak de telekung", jawab Irfan menggaru garu kepalanya. Sya tersenyum dan menunjukkan isyarat ada telekung dalam beg galasnya.

Irfan membawanya masuk ke dalam bilik, menunjukkan tandas dan arah kiblat. Terima kasih tuan kondo yang memang meletakkan stiker arah kiblat pada siling.

"Wangi bau bilik ni", puji Sya sebaik tiba di depan bilik Irfan. Mana taknya, udah disembur dengan Dunhill Fresh untuk menghilangkan bauan pergelutan dia dan Farhana. Bilik sederhana besar, katil saiz Queen dilitupi dengan cadar bewarna periwinkle, bidai berona cobalt menutupi tingkap, ditarik ke tepi. Almari 2 pintu terletak berhampiran tandas, manakala meja berserta cermin di sebelah katil.

"Abang lagi wangi. Tak nak bau ke?", usik Irfan yang berdiri di belakang Sya.

" hishh... tak kuasalah". Sya terus ke tandas meninggalkan Irfan. Irfan mencari sejadah yang disimpan di dalam almari sementara Sya di dalam tandas. Dihamparnya siap siap sejadah bagi memudahkan Sya bersolat nanti.

Irfan bersandar di katil, tatkala Sya keluar dari tandas. Sya mengambil sesuatu dari dalam beg galasnya sebelum masuk kembali. Irfan sedang bermesej dengan Farhana yang sibuk ingin bertemu dengannya, ingin menghabiskan hujung minggu bersama. Macam macam alasan Irfan berikan untuk mengelak.

Sya keluar dari tandas, mengambil beg galasnya yang sememangnya ada di atas katil dan berjalan ingin keluar.

"Kata nk solat", ujar Irfan yang bangun dari pembaringannya bila nampak Sya begitu.

"Allah bagi cuti" jawab Sya yang berhenti dihadapan pintu memandang Irfan yang mendekatinya.

"Rugi la abang," balas Irfan sambil menarik Sya kepadanya. Sya menuruti sahaja walau hatinya berat dan berdebar sangat sangat dengan perlakuan Irfan.

Irfan cuba untuk memeluk Sya namun hatinya tak berasa begitu, sudahnya dia dan Sya duduk di atas katil. Dikeluarkan satu bekas bewarna plum tertulis habib jewel, dibukanya dihadapan Sya.

"Ni dari abang", kata Irfan sambil menyarungkan cincin solitaire ke jari manis Sya. Cincin pemberian mami yang disarungnya ketika pernikahan ditariknya keluar dahulu sebelum disarungkan cincin pembeliannya. Cincin mami itu disarungkan ke jari manis tangan kiri.

"Tapi kan.."

"Hari tu, mami bagi. Yang ni abang bagi".

'Ya Allah, cantiknya. Memang ni yang aku berkenan sangat tadi. Macam tau tau je', bisik hati Sya yang tak dapat menahan senyum kegembiraan.

"Terima kasih. Sya akan jaga sepenuh hati apa saja pemberian dari encik suami", ucap Sya yang memandang tepat ke mata Irfan.

'Ish budak ni.. aku makan juga karang'.

Seraya dengan itu, Sya memegang tangan Irfan. Irfan tersentak, terkejut dengan tindakan Sya. Kedua dua tangan Sya memegang tangan kanan Irfan lalu diciuminya. "Terima kasih kerana menerima Sya".

************************************

"Siapa awek tadi tu?", tanya Haris ketika menonton buletin utama sambil mengunyah burger yang dibelinya.

Irfan yang sedang membaca novel Jeffrey Archer menoleh kepadanya.

"Kau tanya aku?"

"Dah kita berdua je kat sini kan?"

"Awek yang mana?"

"Yang pakai tudung mustard tadi".

"Kau nampak? Kat mana?"

"Kau kalau dengan awek cun, kawan lalu sebelah pun tak nampak", balas Haris.

Irfan tertawa dengan ayat Haris.

"Cakaplah siapa tu. Dapat contact number tak? Tapi aku pelik la, perempuan macam tu bukan taste kau kan?"

Irfan mengangguk, "adik aku". Dan baru dia teringat, dia terlupa nak minta nombor telefon Sya. Nak mintak kat mami, memang kena bambu la. Nak pergi hostel Sya, tak tau pula kat mana. Tadi pun, hantar kat stesen tren Putra saja.

"Adik kau? Lawa tu. Boleh la aku jadi adik ipar kau ye", pancing Haris.

"Hurmmmm..", malas nak layan. 'Lawa ke Sya tu? Nampak muka je. Yang lain tertutup. Baju pun tak ikut bentuk badan. Mana nampak lawanya. Dah la tak mekap langsung', getus hati Irfan.

Yang Kedua✔Место, где живут истории. Откройте их для себя