1 || MIMB

20.3K 355 4
                                    

Aku termenung dalam kandang kucing aku yang aku baru sahaja siap bersihkan tadi. Bolehlah buat aku istigfar tengok najis-najis kucing-kucing aku ni.

Sebesar gunung gais. Aku hanya mampu geleng kepala. Mana lagi nak bersihkan satu rumah sebab party birthday aku semalam. Beginilah kehidupan seorang penanam "anggur".

Hahhh aku nak story ni, korang yang masih student tu jangan berangan habis study je boleh direct dapat kerja. Sila simpan angan-angan. Aku yg belajar tinggi sampai degree ni pun masih lagi dok melangut depan kuceng-kuceng yang kuang ajo ni. Hahaha!

Alkisahnya, dulu aku habis study, aku trylah hantar resume kan. Well ada jugalah sangkut interview. So. Aku ni bersiap gi interview tapi boleh pulak majikan tu cakap aku tak layak keje dengan dia! Gais, kalau korang takut kena condemn silalah letakkan requirement tu bebaik. Taklah aku dan sejenis aku ni over confident nak hantar resume kan. Habis merundum keyakinan diri aku masa tu. Sejak tu aku tak pernah nak mohon kerja guna resume full. Hahaha!

Ok done throwback! Dah bising pula si Micha ni nak minta makanan. Hermmm...
Aku pun bukakan Royal Canin pek baru. Amboi berebut korang ek. Cis...kek!

I got rules..I got rules....

Lagu akak Dualipa untuk tone Whatapp berbunyi. Aku hanya pandang tepi S8 aku dimeja bulat belah kiri sana. Ni mesti si Qila ni. Hermm

Selesai sahaja aku mengisi pasir, makanan dan minuman, aku keluar dari rumah kandang dan mengunci pintu. S8 kucapai dan duduk di kerusi santai yang memang tersedia untuk kami bersantai pada malam hari atau waktu petang.

💌  Lay! Kau nak join intern tak?

"Intern apa pulak la si Qila ni. Dah intern haritu takkan intern lagi?"

💌 Berapa kali kau nak intern wei? Hahaha

💌 Tapi dia bagi elaun ui. RM1000 je lah.

💌 Oklah dari takde. Kat mana?

💌 Dekat Airport. Hahahaa.

💌 Airlines ke?

💌 Tak. Malaysia Airport. Bukan MAS.

💌 Oh. Okeylah boleh.

💌 Nanti kau hantarlah resume, transkrip kat email Puan Wan.

💌 Okeyy. Nanti aku send. Jangan lupa bagi aku email Puan tu nanti.

Aku termenung seketika. Dah nak start kerja ke balik?  Aku actually belum nak kerja balik memandangkan aku baru sahaja resign haritu TAPI memandangkan simpanan makin lama makin kecik...

"Intern pun internlah.." Aku keluar ayat redha. Tak lama kemudian Qila whatapp email Puan Wan.

💌 Wei bulan 1 tak lama lagi nak habis. Dia suruh report duty bila?

💌 Aku punya 1 Feb Lay. Tapi kat WP punya airport. Tapi kalau ikut calendar 1hb tu hari wilayah. So maksudnya 2hb tu baru masuk office.

💌 Alahh aku pun nak pi tempat kaulah. Airport dekat, tak jammed. Hahahah!

💌 Kau try email. Tengok kat mana dia bagi. In case, kau kena dekat kat KLIA or KKIA kau mintak lah tukar kat tempat aku ni.

💌 okey beres.

Aku segera scan semua dokumen yang diperlukan dan update resume milikku. Well hello job!

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now