Bab 1 🎈

1.6K 93 3
                                    

Iffatul Hanani. Nama aku. Sekarang umur dah masuk 25 tahun. Yes... I'm a worker! HAHAHA kerja biasa aje. Tolong mama kat kedai. Cukuplah tu!

Okay... kerja dengan mama jadi fashion designer. Yes! Aku memang suka design! Baju pengantin baju raya baju segala baju la semua aku suka! Bagi aje la pensil lepastu kau nak baju jenis apa... confirm! Tangan ni gerak terus! HAHAHA

Tapi kau jangan la minta seluar dalam. Bikini. Memang aku boleh design tu tapi lepas tu mama terajang aku keluar kedai. Tak pasal!

Iffatul Hanani bermaksud Kehormatan diri/Kesayanganku dan kerinduanku. Mama suka nama tu. Sampai bergaduh dengan ayah sebab nama aku je. Well anak bongsu kan. Ihik.

Butik ni dah lama mama bina. Siapa tak kenal Hannan Boutique. Lagi-lagi mama memang dah famous dalam kalangan orang ternama. Maklumlah ayah architect ternama sebut aje Syarikat Global Architecture mesti semua ingat nama ayah Encik Izham Alwan. Pekerja kesayangan bos dalam syarikat tu. Segala majlis mesti ayah turut serta. Bila dah join mula lah kenal siapa mama. Bila dah kenal haaa... gini la jadinya...

"Iffa... dah settle baju Datin Mona?"

"Hek? Bila dia nak?"

"Iffa! Jangan cakap tak siap!" Mama dah mula bulat mata. Aku sengih. Bukan tak siap. Saja sakat.

"Alaa... mama macam mana ni?"

"Allah. Iffa! Iffa tahu tak Datin tu dah la cerewet nak mampus! Itu salah ini salah. Ini kalau tak siap lagi la pening kepala mama nak layan dia kejap lagi." Aku lihat mama dah picit kepala.

"Mama..."

"Apa?"

"Nah..."

Aku serahkan kertas lukisan aku. Datin tu nak design aje. Haritu berkelibut macam ribut dia nak balik. Tak sempat nak tanya apa. Dia cuma cakap tema fairytale. Fairytale kau! Nasib umur baru 40. Kalau tak memang muntah aku bayangkan makcik umur 50-60 pakai baju ala-ala princess. Wek! Kalah aku!

"Iffa ni suka buat mama sakit kepala tau!" Mama cubit paha aku. Aku menyeringai. Dah kalau tangan Puan Hannan tu memang bisa la jawabnya.

"Nanti teman mama..."

"Ha? Pergi mana?"

"Ikut aje la."

"Bawa la tu haa... Kak Jiha." Aku tunjuk pada pembantu butik yang sedang susun baju itu.

"Mama kata kamu... kamu! Mama nak IFFATUL HANANI yang ikut bukan orang lain."

"Fine..." Aku mencebik. Siap sebut nama panjang. Memang kene ikut la jawabnya.🌚

"Good girl!" Mama tepuk pipi aku perlahan sebelum dia bergerak tinggalkan aku.

💌💌💌💌

"Mama... mana kawan mama ni? Aduh orang dah penat ni maa..." Aku terus melepek atas meja. Penat la woi! Setengah jam tunggu tak muncul. Apahal?! Baik aku duduk butik boleh bermalas malasan bila big bos keluar. HAHAHA

"Sabar la... cuba tahan sabar sikit."

"Tahan... tahan... orang bukan gunung Tahan."

"Mama cepuk kamu ni kang maun sampai parking basement." Aku sengih dengar mama membebel. Mama pun lebih kurang aku aje. Cakap kalau tak hiperbola bukan kami. HAHAHA

Tu kadang ayah sampai malas nak layan. Sakit jiwa orang tua tu kalau dok dengan kami. Dapat pula kami ni memang suka berperang mulut. Penat ayah leraikan lepas tu bising balik. HAHAHA

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now