Epilog 2 🎈

1.9K 58 20
                                    

"Kenapa honey menangis?" Air mata Iffa diusap lembut. Iffa senyum melihat Zhafi.

"Sayang pimpin saya ke syurga ya?"

"InsyaAllah Honey. Dengan izin-Nya saya memang nak bersama dengan Honey hingga ke syurga."

Dengan lembut jemari runcing itu dicapai dan digenggam erat. Mereka berjalan menghampiri ke arah cahaya yang semakin menerangi jalan itu.

Berita Pagi Ini.

Tapah : Sepasang suami isteri maut dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan dan treler di lebuh raya utara selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi.

Kira-kira jam 3:00 pagi, mangsa, Zhafi Asyraf Zhaqi, 28 dan isterinya Iffatul Hanani Izham Alwan, 28 yang menetap di Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati sepasang suami isteri itu dalam perjalanan pulang dari Bagan Serai menghala ke Kuala Lumpur manakala treler dari Kedah ke Selangor.

Didapati treler tersebut hilang kawalan dan merempuh kereta mangsa. Pemandu lori dan pembantunya selamat dan hanya cedera ringan. Pemandu treler tersebut mengaku bahawa dia memandu dalam keadaan mengantuk dan keletihan.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - BPI

"Eh kau baca berita ni?" Jad menyenggol lengan Had. Had memandang ke arah telefon di tangan Jad.

"Berita accident tu ke?"

"Ha'ah. Kita baru je lalu tempat tu semalam."

"Itulah tu."

"Aku ada baca Twitter, ada orang tu cakap dia orang meninggal dalam keadaan pegang tangan."

"Seriuslah weh?" Bulat mata Had mendengarnya.

"Iya! Kereta mereka hancur teruk. Tapi orang dalamnya luka biasa aje. Tapi meninggal. Dah lah isterinya tu tengah mengandung. Tiga-tiga tak dapat diselamatkan."

"Hurm. Dah sampai ajal mereka agaknya."

"Itulah. Innalilah."

"Tak habis lagi gosip?" Suara Cik Amee buatkan mereka berpaling. Sengih kambing saja mereka mampu beri.

"Cik Amee nak keluar ke?" Soal Had apabila melihat Cik Amee seperti ada urusan luar.

"Dah tu? Kau ingat nak ke mana? Cepat gerak. Kita ada emergency. Gosip aje kerja." Cik Amee terus ke lif.

"Itulah kau. Tengok kita kena marah." Jad merungut.

"Eh? Aku pula? Kau yang ajak gosip tadi."

"Dah-dah jom!" Kaki terus mengekori langkah Cik Amee. Karang mengamuk pula serigala seorang tu.

THE END

———

Who's the cameo?
Nantikan...
🤔🤔🤔
🤫

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now