Roseanna mengurut pelipisnya yang berdenyut-denyut. Tulang badannya sakit. Belakang tubuhnya lenguh bukan main. Hidungnya juga berair. Akibat mabuk, semuanya rasa tidak selesa.
Roseanna cuba pusingkan tubuhnya yang terasa ketat di'grip' oleh sesuatu pada bahagian pinggang dan anggota lain. Kepalanya menoleh ke kanan. Serta-merta darah menyerbu muka.
"Argh!!!" Roseanna menjerit kuat. Ditolak, diterajang tubuh lelaki yang sedang enak tidur di sebelahnya ini sehingga lelaki itu hampir terlentang jatuh dari katil.
"Kau siapa?! Apa kau buat?! Kenapa aku dekat sini?!" Baru tersedar akan persekitaran asing yang sedang didiami olehnya, Roseanna terus menggigil takut. Selimut yang menutupi tubuh ditolak ke tepi.
Bajunya bertukar. Bergenang terus air mata Roseanna.
"Rose..." Roseanna kerut dahi. Mulutnya separuh ternganga.
"Kau.. kau kenal aku? Kau siapa?! Kau siapa?!" Bentak Roseanna kuat. Dia duduk memeluk tubuh di hujung katil sambil memandang lelaki yang meniarap di atas katil. Nampak sakit penangan terajang Roseanna tadi.
"Saya suami awak, Rose." Jung Hyun bangkit dari baring. Dia duduk, menghadap Roseanna yang sudah terkedu tanpa bicara. Wajahnya jelas sangat-sangat terperanjat dengan lelaki yang muncul di hadapan matanya ini.
"Saya Jung Hyun. Suami awak. 3 tahun lepas." Mendengar itu, Roseanna lempar gebar ke tepi dan dengan kelam-kabut dia turun dari katil berlari ke muka pintu.
"Hei! Wait!" Jung Hyun melompat dari katil dan pantas lengan isterinya direntap kuat.
"Lepas! Lepas! Aku tak kenal kaulah! Lepas!" Pekik Roseanna tanpa henti. Dirontakan tubuhnya yang sudah melekat dengan tubuh suaminya ini. Dia tidak boleh menerima kenyataan yang berlaku.
Macam mana lelaki ini muncul di depan wajahnya? Kenapa lelaki ini tiba-tiba sahaja datang semula selepas 3 tahun menghilang?
"Roseanna, saya Jung Hyun. Suami awak."
"Tak! Aku tak pernah ada suami! Suami aku dah lama mati! Let me go!" Roseanna menolak sekuat kudratnya tubuh Jung Hyun sehingga pegangan lelaki itu terlepas dari tubuhnya. Lantas pintu kamar besar ini dibuka untuk melarikan diri. Tetapi tubuh kecil Roseanna menjadi kemudaham buat Jung Hyun untuk memaksa gadis ini tetap berada di sisinya. Diangkat tubuh itu dan dibawa ke katil.
"Hei! Turunkan aku! Lepas! Apa kau buat ni?! Lepaslah!" Bergema seluruh pelosok bilik ini dengan jeritan Roseanna. Jung Hyun memaksa Roseanna berbaring di atas katil dengan tangannya ditekan pada katil. Jung Hyun berada di atas Roseanna. Nafas mereka masing-masing berlumba keluar masuk melalui hidung dan mulut.
"Kenapa lari, sayang? Kenapa?" Soal Jung Hyun. Keras dan tegas sambil menekan kuat lengan Roseanna pada katil. Bernanah telinga Roseanna. Matanya terus bergenang. Perit hidungnya.
"Siapa sayang kau? Aku tak kenal kaulah. Aku tak pernah kenal kau." Kata Roseanna dengan suara separuh bergetar. Matanya dikalih ke tempat lain sambil cuba untuk melepaskan diri.
"Jangan buat saya macam ni. Saya tak kuat."
"Aku ditinggalkan 3 tahun. Aku kuat je. Aku dah lupa semuanya! Lupa siapa aku, siapa suami aku. Aku tak ada suamilah senang cakap. Aku, tak ada, suami." Tegas Roseanna sambil masih cuba melepaskan dirinya dari Jung Hyun. Jung Hyun menunduk. Hampir mengeluarkan air mata. Pegangan pada lengan Roseanna semakin ketat.
Jung Hyun menarik Roseanna supaya duduk. Belum sempat apa-apa lagi, isterinya didakap erat. Jung Hyun diam. Roseanna keras hati. Tangannya menolak-nolak dada Jung Hyun.
"Lepaskan akulah! Lepaskan aku! Aku tak kenal kau. Aku tak tahu siapa kau. Lepaskan aku." Tengking Roseanna lagi. Jung Hyun cengkam bahu gadis ini erat. Kemudian dijarakkan pelukannya.
"Kalau saya lepaskan awak, awak nak pergi mana?"
"Aku nak pergi jauh dari hidup manusia yang tak tahu malu. Yang tak faham bahasa. Macam kau."
"Bagi peluang saya jelaskan semuanya. Ya? Saya akan jelaskan."
Roseanna mendengus. Tangan Jung Hyun ditepis kuat, kemudian dia berdiri memeluk tubuh. Jung Hyun masih duduk. Tetapi dalam posisi berjaga-jaga untuk memastikan Roseanna tidak lari ke mana-mana.
"Nothing to explain. Memang aku tak kenal kau, aku hidup sendiri 3 tahun sejak aku diperbodohkan oleh lelaki yang tak tahu malu. Aku mampu sara hidup aku sendiri, walaupun aku berstatus isteri orang. Jadi buat apa kau datang semula untuk menganggu hidup aku? Hmm?" Terdiam Jung Hyun. Pandangan matanya mula kabur. Roseanna masih degil. Sikit pun wajahnya tidak sebak menahan rasa sedih di hati. Malah rasa marah sahaja yang menguasai diri.
"3 tahun, Jung Hyun. Aku hidup sendiri, terkontang-kanting, tak ada tempat nak mengadu dan nak menangis. Aku sorang. Walaupun masa tu aku isteri orang, tapi semua tu sekadar status. Hakikatnya?" Soal Roseanna. Panas hatinya. Dia terlalu marah dengan kedatangan Jung Hyun yang tanpa rasa bersalah mengakui rasa sayang dan cinta. Bernanah telinganya.
"Aku tak ada sesiapa melainkan Lisa. Aku sendiri. Setiap hari menunggu kedatangan lelaki yang dulunya beria lafazkan kata cinta. Tapi lepas kahwin? Lepas kau dapat apa yang kau nak? Kau buang aku macam orang tak guna. Macam barang terpakai. Aku terluka, Jung Hyun. Aku terluka!" Tengking Roseanna sepuas hati. Suaranya mula bertukar nada.
Jung Hyun terima semua itu dengan telinga dan hati terbuka. Dia sedar silapnya. Dibiarkan Roseanna lepaskan semua itu. Dia tidak mahu isterinya pendam kerana dia yang akan rasa sakit dan terseksa. Selagi itu yang membuatkan gadis ini puas hati, dia akan biarkan sahaja. Dia tidak mahu menolak atau membantah. Jelas, Park Roseanna sangat kecewa.
"Jadi aku tak nak minta banyak dari kau." Roseanna tiba-tiba datang mendekat. Jung Hyun memandang Roseanna.
"Tolong lepaskan aku. Ceraikan aku." Ucap Roseanna. Mudah. Kata rayuan dan permintaan itu sangat menghempap dada Jung Hyun sehingga rasa sesak nafasnya. Hilang susun atur nafasnya yang tadinya tenang tanpa ada sekatan. Tetapi kali ini, dia tertunduk lemah. Tangannya cuba menggapai tangan Roseanna. Tetapi gadis itu menepis lagi.
"Tak ada peluang kedua untuk saya?" Soal Jung Hyun. Masih meminta.
"Tak, tak ada peluang lagi untuk kau. Semua peluang tu terhapus sejak 3 tahun ni. Aku kecewa. Hati aku sakit sangat, Jung Hyun. Jadi aku tak nak terus sakitkan hati, aku tak nak kau buang masa, aku nak kita buat haluan masing-masing. Kita cerai. Ya?"
Jung Hyun diam. Dia tidak bersetuju tentang itu. Dia termenung seketika sementara Roseanna sudah tidak sabar untuk angkat kaki keluar dari rumah ini.
Jung Hyun raup mukanya. Hapuskan rasa putus asa dan kecewa pada wajahnya. Kemudian bahu Roseanna kembali dipegang erat.
"Bagi saya masa."
"Masa apa lagi, Jung Hyun? Tak cukup ke 3 tahun tu aku menahan? Kau nak apa lagi? Kau nak seksa aku lagi ke?" Tanya Roseanna. Rimas. Jung Hyun menggeleng. Dia terlalu sedih sebenarnya. Dia terlalu kecewa dan takut untuk kehilangan isterinya.
"Tak. Saya tak akan buat macam tu lagi. Tapi, saya nak kita buat perjanjian. Bagi saya masa 3 bulan untuk perbaiki silap saya. Saya nak tutup semuanya, dan saya nak buka buku baru dengan awak. Lupakan semua dan anggap semua yang pernah jadi tak ada pernah berlaku antara kita. Boleh?" Roseanna ketawa mendengar permintaan itu. Ketawanya kuat dan penuh ejekan benci.
"Senangnya kau cakap. Kau tak rasa dan tak duduk dekat tempat aku. Menanglah kau akan cakap macam tu."
"Saya akan jelaskan semuanya." Kata Jung Hyun. Tetapi Roseanna menggeleng. Tidak percaya. Dia bangun.
"Esok, aku akan isi borang penceraian dekat mahkamah. Aku akan datang sini, tuntut tanda tangan kau. Tak kiralah kau bersetuju atau tidak, aku tetap akan buat." Roseanna mencapai beg tangannya. Jung Hyun diam.
"Jangan sibuk hal aku, sebab lepas ni kita bukan suami isteri lagi. Aku minta maaf, Jung Hyun. Tapi hati aku dah mati untuk lelaki macam kau." Kata Roseanna lantas dia melangkah besar ke pintu bilik. Jung Hyun terpejam mata. Rambut yang berserabai diserabaikan lagi sehingga keluar jeritan batinnya.
"Argh!!! Park Roseanna!!!"
YOU ARE READING
[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)
FanfictionLee Jung Hyun. Park Roseanna. Mereka berkahwin atas rasa cinta. Tapi entah di mana silapnya, lelaki itu pergi tanpa jejak. Tanpa ada bayang walau sekilas! Bertahun-tahun Roseanna menahan rasa rindu dan sakit. Menanti si suami datang ke pangkuannya...
![[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)](https://img.wattpad.com/cover/143056424-64-k299554.jpg)