"Silakan masuk, nombor kerusi encik adalah AR13, dekat sebelah sana." Ucap Lisa sambil menghalakan ibu jarinya kepada seorang lelaki yang merupakan penumpang terakhir yang masuk ke dalam pesawat boeing ini. Lisa mula memulakan tugasnya sebagai pramugari. Sekejap dia ke sana, sekejap ke sini.
20 minit berlalu. Tiba masa untuk bertanya kepada semua penumpang tentang pesanan minuman memandangkan perjalanan dari Australia ke Korea memakan masa agak lama. Lisa memakai apron dan bergerak ke badan pesawat.
"Terima kasih. 3 minit ya?" Lisa beralih ke penumpang AR13 yang khusyuk menilik telefon bimbit. Sopan, Lisa bertanya.
"Minum, encik?"
"Mocha sej..."
Lisa dan penumpang AR13 itu sama-sama terpaku melihat wajah masing-masing. Seorang ternganga, seorang lagi besarkan mata.
"Lisa."
"What are you doing here, Hyun?"
"Balik Korea. And you.."
"We need to talk." Lisa membisik mengetap gigi, dan beralih ke penumpang lain. Tidak dihiraukan Jung Hyun yang terkebil-kebil tidak percaya. Dia terjumpa rakan baik isterinya di dalam pesawat ini. Keajaiban apakah?
Selesai Lisa mengambil pesanan, menghantar minuman kepada penumpang, Lisa memanggil Jung Hyun ke belakang. Disebabkan dia sudah terkenal dengan ramahnya terhadap penumpang, jadi rakan sekerja lain menganggap Lisa dan Jung Hyun tidak pernah kenal sebelum ini dan berjumpa untuk aduan atau masalah.
Lisa memeluk tubuh menunggu di belakang, sementara Jung Hyun dalam perjalanan ke arahnya. Jelas, Jung Hyun nampak bingung dan sekaligus tidak percaya.
"Soalan pertama, kenapa kau nak balik Korea lepas 3 tahun kau tinggalkan Rose?" Tanpa tertahan-tahan, Lisa menanya soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya kepada Jung Hyun. Jung Hyun memeluk tubuh, sandarkan tubuh pada dinding kapal terbang.
"Aku nakkan Rose semula. Dia isteri aku."
"Sebab lain? Takkan sebab tu je?"
"Aku masih cintakan dia. Dia cinta hati aku."
"Kalau kau cintakan dia, kenapa kau kahwin lain masa dekat Australia? Kau dah gila ke?!" Hampir menjerit Lisa dibuatnya. Dia terlalu geram. Lebih-lebih lagi Jung Hyun nampak tenang dan bersahaja. Sedikit pun tiada riak wajah bersalah kerana pulang ke tanah airnya.
"Kau dah tahu semuanya tapi kau tanya aku lagi?" Balas Jung Hyun. Lisa mengetap gigi.
"Ya, tahu. Tapi aku nak dengar dari mulut kau sendiri. Aku geram! Kau tahu tak, Rose sekarang dah tak macam dulu? Dia dah berubah. Penampilan dia, sikap dia, dan aku yakin, hati dia pun dah berubah. Dia dah move on, Jung Hyun. Mampu ke kau pujuk dia?" Soal Lisa serius. Jung Hyun terdiam. Terfikir terus tentang itu semua. Sebelum ini dia cuma fikir tentang hatinya sahaja. Tetapi sekarang, dia tahu apa yang Roseanna rasa ketika kehilangannya dahulu. Pasti gadis itu terluka.
"Aku tak akan sakitkan dia lagi, Lisa. Aku janji, aku tak akan buat dia sakit."
"Kau janji dekat aku, mungkin aku percaya dan terima. Tapi kalau kau berjanji depan Rose, mungkin susah untuk dia buat semua tu. Entah-entah, dia nak tengok kau pun dia tak mahu." Kata Lisa. Sekali lagi Jung Hyun terkedu. Hilang ayat dia dibuatnya.
"Tolong aku, Lisa. Kau dengan Adam, yang mampu tolong aku. Kau dengan Adam jelah yang faham semua ni. Adam dah ceritakan semua dekat kau, kau pun faham, jadi aku minta tolong kau, percayakan Rose dengan semua tu." Pinta Jung Hyun. Bersungguh air mukanya. Dia sudah mula rasa takut dan gerun dengan penerimaan Roseanna nanti. Dia takut untuk kehilangan isterinya itu.
YOU ARE READING
[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)
FanfictionLee Jung Hyun. Park Roseanna. Mereka berkahwin atas rasa cinta. Tapi entah di mana silapnya, lelaki itu pergi tanpa jejak. Tanpa ada bayang walau sekilas! Bertahun-tahun Roseanna menahan rasa rindu dan sakit. Menanti si suami datang ke pangkuannya...
![[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)](https://img.wattpad.com/cover/143056424-64-k299554.jpg)