Lisa terdiam. Ternganga mulutnya tanda tidak percaya. Lelaki yang kemas berpakaian kasual di hadapannya ini bagai hendak dihentak dengan siku sepuas hati. Bangs rambutnya yang menganggu mata sudah tidak menimbulkan kegangguan lagi. Apa yang menganggu sekarang ialah lelaki ini.
"Saya macam nak hentak-hentak kepala awak sekarang ni awak tahu tak?" Kata Lisa geram. Kuat giginya diketap. Lelaki itu senyum.
"Saya ikut arahan bos saya. Kalau dia suruh, barulah saya buat."
"Masalahnya Adam, dah 3 tahun. Okeylah, mungkin saya boleh terima dan maafkan bos awak tu, tapi Roseanna? Dia terluka. Tak mungkin dia boleh percayakan semua ni. Sedangkan saya pun.. masih ragu-ragu dengan awak." Kata Lisa sambil menjelinh. Lelaki bernama Adam Lee itu mengeluh.
"Tentang Puan Rose, saya tak tahu. Tapi percayalah, Lisa. Saya tak tipu. Bos saya buat semua tu sebab mendiang mommy dia. Dia sendiri pun tak tahu mommy dia ada breast cancer stage 4." Terang Adam lagi. Lisa meraup wajahnya. Tertekan. Balik sahaja dari kerja tadi, tiba-tiba ada orang menjemputnya di lapangan terbang. Mujur sempat tukar baju tadi. Kalau tak, pelik je orang tengok dia pakai baju pramugari kat restoran makanan barat ini.
"Saya tak tahulah macam mana reaksi Rose kalau dia dapat tahu semua ni. Mesti dia terkejut. Saya takut sangat kalau dia tiba-tiba jadi macam dulu. Murung, tak nak makan." Kata Lisa. Adam senyum. Tangannya menepuk belakang tangan Lisa dua kali.
"Tak apa. Saya akan terangkan dekat dia." Lisa memandang tangan Adam yang menepuk tangannya tadi. Terkejut dia. Dan gugup.
"Bila Jung Hyun balik sini?" Soal Lisa. Hilangkan rasa terkejut tadi.
"Esok malam. Kalau flight delay, lusa sampailah sini." Kata Adam. Lisa angguk faham.
"Sekarang apa yang patut saya buat?" Tanya Lisa kebuntuan. Dia memandang Adam. Adam diam sekejap. Berfikir sejenak.
"Awak rahsiakan dulu, jangan bagitahu dia. Saya tak nak dia lari." Kata Adam. Lisa mengeluh. Dia mengangguk akur.
"Yelah."
"Dia masih jaga gym ke?"
Lisa menganggukkan kepalanya. Air lemon madu ais diteguk perlahan menggunakan straw.
"Haah. Tapi tak tahulah dia balik ke tidak malam ni. Dia cakap, dia balik lewat." Kata Lisa. Kening Adam berkerut lebat.
"Dia selalu balik lewat ke?" Adam mula mengorek rahsia. Lisa terus mengangguk tanpa selindung. Baginya, Adam bukanlah sesiapa. Kawannya dan pekerja Jung Hyun juga.
"Emm.. selalu juglah. Pergi kelab, balik mungkin pagi-pagi."
"Dia pernah balik dalam keadaan mabuk ke?" Soal Adam lagi. Lisa mengangguk.
"Pernah. Tapi sekali je. Masa tu dia betul-betul stress. Sekali tu je. Lepas tu dah tak ada lagi dah." Kata Lisa. Adam mengangguk mengerti. Dia mencapai telefon pula. Tekun jarinya laju menekan skrin iPhone X itu.
"Awak buat apa? Awak bagitahu Jung Hyun ke?!"
"Ya. Tapi habis bateri. Terus mati ni haa." Kata Adam sambil menayangkan skrin telefonnya yang gelap kepada Lisa. Lisa lega.
"Awak janganlah bagitahu. Nanti keadaan makin rumit." Halang Lisa. Adam senyum. Tenang wajahnya.
"Jangan risaulah. Tak ada apa-apa pun." Balas Adam. Lisa senyap. Akur dengan segala rancangan Adam. Tapi sungguh, dia sangat terkejut dengan berita yang baru Adam beritahu tadi. Bagaimana penerimaan Roseanna kalau dia sendiri rasa tidak percaya dan terkejut?
❤📍❤📍
Roseanna masuk ke dalam pejabat di gimnya setelah selesai membuat pemeriksaan peralatan yang perlu diganti atau yang tidak berfungsi. Tubuh dihempas di atas kerusi sebelum menghidupkan komputernya. Fail-fail berkenaan dicapai, kemudian dia menandatangani segala surat rasmi yang ditaip oleh stafnya.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)
Hayran KurguLee Jung Hyun. Park Roseanna. Mereka berkahwin atas rasa cinta. Tapi entah di mana silapnya, lelaki itu pergi tanpa jejak. Tanpa ada bayang walau sekilas! Bertahun-tahun Roseanna menahan rasa rindu dan sakit. Menanti si suami datang ke pangkuannya...
![[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)](https://img.wattpad.com/cover/143056424-64-k299554.jpg)