7 KERANA WANITA

686 16 0
                                    

Akhir Februari. Teacher Latifah meraup wajahnya. Ini kali kedua dia berada di bilik guru disiplin. Kali kedua juga buat Aiman Hakim. Dua minggu lepas, Aiman Hakim ditangkap kerana menghisap rokok di tandas sekolah ketika waktu rehat. Guru disiplin, Cikgu Amran kebetulan melalui blok pelajar menengah atas terhidu bau rokok. Aiman Hakim dan tiga pelajar lain ditemui oleh Cikgu Amran tanpa sempat mereka lari. 

Aiman Hakim dan tiga pelajar lain kemudian dibawa ke bilik guru disiplin. Apabila disoal siasat oleh guru disiplin, Aiman Hakim mengaku tidak bersalah. Alasannya bahawa dia kebetulan masuk tandas tanpa menyedari ada tiga pelajar sedang merokok. Tiga pelajar lagi tidak dapat mempertahankan diri kerana masing-masing  dari satu kelas yang sama dan dua daripadanya jelas dilihat memegang batang rokok ketika ditangkap oleh Cikgu Amran. 

Cikgu Amran hanya memberi amaran kepada mereka setelah mendapati masing-masing mempunyai rekod bersih dan pertama kali melanggar peraturan sekolah. Sekiranya mereka ditangkap sekali lagi, Cikgu Amran akan menggantung mereka dari sekolah selama 3 hari. Aiman Hakim terpaksa dilepaskan oleh Cikgu Amran kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh dan Aiman Hakim pernah menyumbang kepada sekolah dengan dinobatkan pemain terbaik untuk sukan bola sepak dua tahun lepas. Sebagai menghargai jasa Aiman Hakim, Cikgu Amran tidak boleh mengenakan tindakan disiplin sewenang-wenangnya. Tambahan pula, Cikgu Amran cuba bertoleransi dengan Aiman Hakim yang bakal menduduki SPM hujung tahun nanti. 

Teacher Latifah pula sangat lega apabila Aiman Hakim dilepaskan oleh Cikgu Amran. Namun, ketika ini masalah lain pula yang timbul. Aiman Hakim bersama dua rakannya, Ariff dan Hasbi dipanggil oleh Cikgu Amran. Menurut cerita yang Teacher Latifah dengar dari rakan sekelas yang lain, Aiman Hakim, Ariff dan Hasbi bergaduh dengan seorang pelajar tingkatan empat kerana seorang perempuan. Mereka bertumbuk di kantin sekolah ketika waktu rehat. Bukan Aiman Hakim, Ariff mahu pun Hasbi yang memulakan pergaduhan sebaliknya pelajar tingkatan empat yang meluru menumbuk muka Ariff. 

"Alif ingat Ariff sukakan adik Hasbi. Dia sebenarnya sukakan adik Hasbi," jelas Aiman Hakim sebagai orang tengah. Teacher Latifah diam mendengar penjelasan Aiman Hakim kepada Guru Disiplin. Aiman Hakim, Ariff dan Hasbi berdiri di sisinya ketika memberi keterangan. Kini dia tahu pelajar tingkatan empat yang bergaduh mereka bertiga bernama Alif. 

Turut bersama mereka guru kelas Alif. Alif pula dikejarkan ke hospital. Dia mengalami kecederaan yang memerlukan rawatan di hospital. Ketika mereka bergaduh, kepala Alif terhentak di lantai dan tangannya terlanggar bangku. Aiman Hakim, Ariff dan Hasbi hanya mengalami kecederaan ringan. Ada kesan lebam di wajah masing-masing. 

Teacher Latifah tidak tahu bagaimana keadaan mereka bergaduh kerana dia tiada di tempat kejadian. Menurut saksi, bukan salah Aiman Hakim, Ariff dan Hasbi 100% kerana Alif yang memulakan terlebih dahulu. Keadaan menjadi kerana Alif dimasukkan ke hospital. Pihak sekolah juga bimbang kalau ibu bapa Aliff akan membawa kes ini ke pihak polis. Banyak perkara yang perlu mereka pertimbangkan. 

"semalam Alif nampak adik Hasbi berbual dengan Ariff. Sebelum ini, Alif juga ada nampak adik Hasbi memuat naik gambar dia bersama Ariff yang sudah diedit. Alif cemburu dengan Ariff dan dia bergaduh besar dengan adik Hasbi. Jadi, hari ini Aliff tidak puas hati  dengan dengan Ariff terus serang Ariff waktu rehat tadi," tambah Aiman Hakim. Teacher Latifah cuba meghadam penjelasan Aiman Hakim. Dia tidak mahu membuat kesimpulan terburu siapakah yang bersalah. 

Masalah perempuan begini harus diselesaikan dengan baik. Dia juga pernah menjadi remaja dan cuba memahami situasi antara Alif dan Ariff. Hasbi mengaku bahawa dia tidak tahu menahu tentang perkara ini. Adiknya (Hasbi tidak mahu memberitahu nama adiknya)  tidak pernah memberitahunya dan Hasbi juga tidak sedar perubahan layanan adiknya terhadap Ariff. Bagi Ariff pula, dia hanya melayan adik Hasbi sebagai adik sahabat baiknya dan tidak pernah ada perasaan terhadap adik Hasbi. 

DARI ADIK UNTUK KAKAKWhere stories live. Discover now