7

594 29 4
                                    

 "Lelaki – tanggungjawabnya bermula bukan dari selesai dia melafaz akad untuk wanita yang dia nikahi tetapi tanggungjawabnya bermula apabila dia seorang anak yang masih mepunyai ibu bapa. Menjadi anak lelaki untuk ibunya lebih utama dari menjadi suami kepada isteri. Sekiranya dia gagal menjadi seorang anak begitu juga menjadi suami serta bapa. Apa yang ada seorang anak adalah dari seorang bapa."

Catatan hati Leny Aliah dimuka surat terakhir buku yang dibaca Umar. Dia akhirnya selesai membaca buku Nota Hati Seorang Lelaki. Umar menarik nafas dalam-dalam. Umar belajar perkara baru tentang Leny. Leny seperti seorang yang ambil mudah tentang sesuatu perkara tetapi sebenarnya dia seorang yang serius.

Hampir dua mingggu Umar mengadap buku tersebut. Pada tiga hari pertama dia berusaha untuk selesaikan bacaan dengan segera. Selesai solat subuh, dia habiskan satu bab. Kemudian waktu makan tengah hari satu bab lagi dia habiskan sampai sanggup tak makan. Kawan sekerja pun pelik dengan tingkahnya. Lepas maghrib dia sambung satu bab lagi dia dan terakhir, satu bab sebelum tidur.

'Bro, Kakak pesan baca perlahan-lahan. Jangan gopoh. Baca dengan akal dan hati bukan dengan mata semata' mesej dia dapat dari Saif selepas tiga hari dia memulakan misinya. Saif menjadi perantara Umar dan Leny secara tidak rasmi. Pada hari pertemuan tempoh hari, Umar lupa untuk dapatkan nombor telefon Leny. Leny pula menghantar Saif untuk berhubung. Umar tidak kisah. Baginya, elok juga Leny buat begitu dan dia pula tidak terganggu dengan misinya itu.

Dalam tiga hari, dia berhaya habiskan 13 bab dalam buku tersebut. Ada lebih 20 bab lagi untuk dia habiskan. Melihat pencapaiannya dalam tiga hari sangat memberansangkan, Umar kembali yakin bahawa dia akan habiskan buku ini dalam waktu yang singkat.

'Kakak pesan lagi jangan ponteng futsal pula. Jaga makan dan tidur cukup,' satu lagi mesej dari Saif. Umar senyum. Umar rasa Leny memerhatinya sekarang. Semua yang disebut dalam mesej Saif adalah hampir betul. Umar memang merancang untuk tidak pergi bermain futsal. Umar sedar dia tidak perlu ubah rutin hariannya semata untuk habiskan bacaannya. Dia hanya perlu cari masa sahaja.

Benar seperti yang Leny katakan, apabila baca dengan akal dan hati Umar dapat melihat dimensi yang berbeza. Ada mesej yang Leny cuba sampaikan. Buku yang Leny beri bukanlah sekadar pengukur masa untuk jawapan Leny tetapi lebih dari itu. Leny juga mahu Umar sedar bahawa perkahwinan bukan perkara main-main. Ia bukan sahaja mengingatkan tanggungjawab akan datang sebagai suami dan ayah tetapi kekalkan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan pekerja di syarikatnya.

Umar rasa lebih tenang dan percaya dengan keputusannya. Semoga urusannya selepas ini dipermudahkan. Walaupun sudah selesai membaca, Umar tidak terus memaklumkan pada Leny. Dia memaklumkan pada Baba dan Mama terlebih dahulu. Baginya penting restu dari Baba dan Mama.

'Salam, bro Saif. Selesai misi baca buku dari kakak. mohon maklum.'

Dua minit selepas mesej dihantar, Umar memandang telefon bimbitnya. Resah. Berdebar. Berbagai-bagai persoalan muncul di mindanya. Adakah Saif sudah baca mesejnya atau tidak? Kenapa lama sangat?

Nada dering telefon bimbitnya bergema 10 minit kemudian. Nama Saif tertera di skrin. Lekas-lekas Umar jawab.

"assalamualaikum, bro." Umar dulu memberi salam. Tidak sabar.

"waalaikumussalam, bro," mendatar suara Saif. Senyap.

"apa jawapannya?"

Senyap.

"saif!" Umar naik sedikit suara. Saif gelak. Gembira dapat mengusik Umar.

"kakak kata mas kahwin tafsir fi zilal Bahasa arab satu set." Umar berkerut dahi. Huh? Giliran Umar senyap. Sepi. Tidak mengerti.

"maksudnya kakak setuju la.lampi kau Umar," setelah berjaya hadam kata-kata Saif, baru kedengaran suara Umar gelak.

"Alhamdulillah," Syukur. Terima kasih Tuhan.

"eh, bukan Umar. Abang Umar." Umar menambah. Gembira.

"ceh. Baiklah, ABANG Umar."

-TAMAT - 


selesai edit : 27 April 2018

Kakak Si Pencinta BukuWhere stories live. Discover now