#SuamiMUDA BAB[C]10

513 7 7
                                    

Muka Hayati ditatap penuh kasih, diusap dan dibelai rambutnya. Rasa bersalahnya terhadap gadis yang akan bergelar 'emak' kepada anaknya tidak dapat dihilangkan. Berdosanya dia tidak dapat diungkap dengan kata-kata sekiranya dia hilang dua insan ini.

"sayang, biy minta maaf.." Mikhail mencium dahi isterinya. Matanya dipejamkan. Mikhail terasa wajahnya dibelai lembut. Hayati sudah sedar dari pengsannya.

"sayang.." panggil Mikhail apabila mendapati Hayati bangkit dari pangkuannya.

Hanya menoleh lemah dengan mukanya sebalnya. Disengetkan sedikitkan kepalanya "lapar tau tak? ini semua salah biy, baby tak dapat makan, mak baby tak cukup zat, ini semua salah awakk!!" Hayati memukul Mikhail bertalu-talu menggunakan bantal. Hekleh takat bantal je, pedehal!

Makanya bermulalah adegan berlari-lari anak ala-ala 'kushi kushi hota hai' dari bilik sehingga ruangan makan.

"eh kita pulak kena? sayang yang pengsan, asal biy pulak?" taknak kalah.

"eh eh dia ni tadi macam mengaku salah, ini tiba-tiba pula amnesia?" Hayati menjeling panjang. Menyampah rasanya cakap dengan lelaki, ego tak habis-habis. Tambahan lagi cakap dengan budak tak lepas SPM. Nasiblah kau tu suami aku kalau kau adik aku eiih dah lama aku lepuk kau dengan batang penyapu kasi sel-sel otak tu berhubung. Omel Hayati dalam Hayati je mampu.

"eh sayang dengar? bukan sayang pengsan ke? ke sayang pura-pura pengsan? eish.." Mikhail mengenggam erat jari jemarinya, akhirnya terasa sedikit penyesalan membazirkan air mata yang tidak bertitik.

"Ini Kepten Hayati antara tentera wataniah berjaya, takat pengsan kecik punya hal." Hayati mendabik dada. "Dah dah pergi tidur, nak makan ni jangan kacau." tambahnya lagi.

"sayang.." Mikhail mendagu memanggil Hayati.

"kenapa lagi?" Hayati masih menyahut panggilan itu walau kedengaran kasar.

"Biy tak taulah dan tak nak persoalkan pun apa..apa? apa aku nak cakap ni.." Mikhail menggaru-garu kepala susah betul nak membina ayat-ayat gramatis ni. Namun Hayati hanya mengganguk kepala ingin mendengar luahan si suami.

"tak taulah kan tapi kan biy cuba jadi suami yang bertanggungjawab, yang soleh dan paling penting ayah yang kacak." sambungnya lagi disertai gelak pecah habis.

"Tolong sedar sikit ya SPM pon tak lepas lagi jangan nak berangan lebih-lebih. Entah-entah sayang yang jaga anak kita ni lebih, awak tu? konon-kononya study. Heh!" sinis sungguh kata-kata Hayati langsung tidak berlapik.

"sayang ni tak support lah. Merajuklah macam ini." Mikhail tarik muka mahu merajuk katanya.

"alahai dia ni, nanti sayang buatkan air Horlicks." cubaan memujuk ke?

"Horlicks? eiiu biy nak Milo bila pula biy minum air Horlicks?" ala dia ni pun satu nak merajuk nak order macam-macam.

"haa okey-okey." balas Hayati acuh tak acuh.

***

Awal-awal pagi lagi puan Suminah sememangnya sudah berada di dapur, usai sahaja menunaikan kewajipan solat subuh bersama anak menantunya dia menjengah ke dapur melihat bahan mentah untuk menu bersarapan pada pagi itu. Sudah menjadi kebiasaannya menyediakan hidangan untuk seisi keluarga tambahan lagi Hayati sudahpun memberikan keiizinan untuk puan Suminah masuk ke dapaur, menggunakan segala perkakas yang ada.

"umi!" Mikhail menuruni tangga memanggil ibu mertuanya, nada mandayu-dayu diulangi berkali-kali.

"umi kat sini rupanya, Mika nak keluar jogging. Em Hayati tengah tidur tu. Lepastu kan nanti papa dengan abang Saufi datang tau." kata Mikhail sambil mengisi air didalam botol untuk dibawa bersama.

suami MUDA (In Starting)Where stories live. Discover now