#SuamiMUDA BAB[C]1

1.1K 12 0
                                    

"Ayah!!" teriak Mikhail memanggil ayahnya yang baru pulang dari tempat kerja.

"Anak ayah! Apa keputusan Mika?" encik Mohd mendapatkan anaknya.

"Allhamdulillah. Mika ingat nak masuk sekolah kemahiran lah. Boleh?" tanya Mikhail.

"Meh ayah tengok result." meminta slip keputusan PT3 anak lelakinya.

"Bagus ni. Eloklah tu kalau nak amik kemahiran. Nanti ayah suruh abang Saufi carikan ya?" ujar encik Mohd bersetuju.

"Mika dah cari dah. Tapi kat Kelantan, boleh ke boleh?" Mikhail meminta izin. Nampaknya tiada pilihan yang diberi.

"Jauhnya. Mika nak tinggalkan ayah ke? Mika tak kesiankan ayah? Ayah nanti sorang sorang." encik Mohd pura-pura merajuk.

Encik Mohd melangkah pergi meninggalkan anak lelakinya. Entah kenapa dia rasa sebak ingin melepaskan Mikhail. Adakah sebab dia masih muda? Atau sebab Kelantan? Jauhnya Mika pergi tinggalkan Ayah.

Pintu diketuk. Selepas dibenarkan masuk, Mika langkah kanan apabila encik Mohd bersetuju.

"Ya, memang ayah tak ada pilihan pon kan?" encik Mohd melepaskan keluhan.
"Ayah izinkan. Pergilah." encik mohd memeluk anaknya.

"Terima kasih ayah. Mika sayang ayah." Mikhail membalas pelukan ayahnya.

"Mika ingat pesan ayah tau, sebab Mika tinggalkan ayah sorang sorang Mika kena kerap balik cuti tau. Lepastu mesti apa-apa kena update. Yang paling penting keputusan SPM mesti lagi cemerlang dari PT3." encik Mohd memberi perjanjian.

"Janji." Mikhail menggeluarkan jari kelingkingnya lalu ditujukan pada ayahnya untuk menyambut.

Anak beranak itu ketawa kegirangan. Entah kenapa? penulis pon tak tau. Kena rasuk dengan jembalang manatah.

"Tapi Mika tak nak duduk asrama." Mika kembali bersuara.

"Laa dah kenapa? Sekolah jauh dari rumah memanglah kena duduk asrama. Hadoii Mika ni macam-macamlah. Ayah rasa macam kekurangan kaunseling anak sendiri." encik Mohd rungsing melayan kerenah anak tunggalnya.

"Alaa ayah ni. Dulu ayah jugak cakap apa pon untuk Mika ayah tunaikan. Ini apa ni? Janji hanyalah janji, janji tak serupa bikin." Mikhail memuncungkan mulutnya.

"Haih dah besar kan? Tak baik buat macam tu. Sunatkan mulut tu baru tau." encik Mohd menjentik mulut anaknya.

"Ayah ni!" Mikhail tidak gemar dengan usikan itu.

"Yelah yelah. Pergilah tidur, nanti ayah fikirkan." encik Mohd mengusap kepala Mikhail.
.
Sedang sibuk Saufi menghidangkan sarapan.

"ayah dah uruskan sekolah Mika kat Kelantan." Kata Encik Mohd kepada anak lelakinya.

"Tapi Mika tak nak duduk asrama tau ayah? Mika dah bagitau banyak banyak banyak banyak kali." Mikhail mengingatkan ayahnya untuk yang keberakali tah. Em memang banyak sangat.

"Amboi banyaknya banyak? Haa ya tau lah. Sebab itu ayah dah carikan Mika keluarga angkat kat sana. Dekat dengan sekolah. Ada yang boleh tengok-tengokkan Mika kat sana." Encik Mohd mengujarkan cadangannya.

Mikhail hanya mengangguk dengan cadangan ayahnya.

"Ayah yakin Mika mesti suka punya nanti kat sana." Encik Mohd cuba meyakinkan anak lelakinya lagi sekali.
.

"kau bila nak datang sini?"
"Oh yeke? Okay okay boleh."
"Takpe. Aku pun duduk sini berdua je. Boleh tambahkan suasana ceria kat rumah ni."
"Ya baiklah. Assalammualaikum."

Encik Zainol meletakkan ganggang telefon.

"hah bila budaknya nak datang sini?" Puan Suminah bertanya kepada suaminya.

suami MUDA (In Starting)Where stories live. Discover now