1 Pertemuan Pertama

2.4K 21 0
                                    

January. Penggal baru sekolah bermula. Aiman Hakim menyusun langkah. Maktab Sultan Ibrahim. Tahun terakhir dia di sekolah ini. bermakna dia akan menduduki SPM. Bahunya ditepuk dari belakang. Aiman Hakim berpaling. Rakannya menyapa. Aiman Hakim senyum gembira setelah hampir 2 bulan tidak bertemu. Kemudian dia meneruskan langkahnya ke kelas 5 Sains 2.

Tiba di muka pintu kelas, dia lihat hampir semua tempat duduk telah dihuni. Masing – masing sibuk berbual dan bertegur sapa dengan wajah ceria dan berseragam baru serta semangat baru. Aiman Hakim mencari tempat sesuai untuknya. Oleh kerana hampir kesemuanya pelajar lama dan senior maka masing-masing bebas memilih tempat duduk sendiri. First come first serve.

Tempat terhangat menjadi pilihan adalah di tepi tingkap sama ada menghadap blok satu lagi atau koridor. Dari tempat hadapan hingga belakang, kiri dan kanan setiap meja telah diambil alih. Tidak dapat tidak Aiman Hakim terpaksa mengambil tempat di tengah-tengah. Bawah kipas. Tempat yang paling sesuai untuk sesiapa yang kuat tidur. Manakala yang skema dan berdedikasi duduk paling depan sekali sesuai dengan sikap mereka.

"Kim," tegur Hasbi dari belakang. Aiman Hakim buat tidak tahu. Dia meletakkan begnya di bawah meja. Hari pertama persekolahan tidak perlu bawa buku. Aiman Hakim hanya membawa beg kosong sebagai syarat. Dia tidak mahu dikenakan tindakan disiplin pada hari pertama.

"Kim! Kau dengar tak aku panggil?" Hasbi mendekat. Tangan kirinya merangkul bahu Aiman Hakim. Aiman Hakim tidak mengelak. Sudah menjadi kebiasaan Hasbi.

"geli la dengar kau panggil Kim." Aiman Hakim menjawab. Hasbi gelak.

"tahun baru, nama baru la."

" tahun baru. Semangat baru. Bukan nama baru. Panggil Man la. Baru rasa jantan sikit"

"aku dengar guru kelas kita cikgu praktikal ganti Cikgu Maznah. Cuti bersalin." Hasbi dah buat muka gatal. Aiman Hakim buat muka teruja. Cikgu Maznah sudah bersalin dan dalam pantang hampir seminggu. Cikgu Maznah mengajar mereka subjek Kimia tahun lepas dan ada memberitahu bahawa dia mungkin tidak sempat untuk megajar awal tahun. Nampaknya mereka juga akan dapat guru ganti untuk subjek Kimia. Siapakah agaknya? Adakah Cikgu Hassan atau Cikgu Norizan. Antara Cikgu Hassan dengan Norizan, Aiman Hakim berdoa agar Cikgu Hassan akan mengganti Cikgu Maznah. Walaupun Cikgu Hassan garang, dia pandai mengajar. Kalau mengikut statistik keputusan SPM tahun sebelumnya, ramai pelajar cemerlang adalah hasil didikan Cikgu Hassan. Cikgu Norizan pernah mengajar kelas Aiman Hakim gabung dengan kelas utamanya. Aiman Hakim lansung tidak faham apa yang Cikgu Norizan. Demi keputusan cemerlang, Aiman Hakim menolak Cikgu Norizan walaupun Cikgu Norizan pujaan pelajar lelaki disekolahnya. Maafkan Aiman Hakim,Cikgu Norizan.

"ada peluang nak mengurat ni," Anas menyampuk yang tiba-tiba muncul di sebelah kanan Aiman Hakim. Teman yang sebaris dengan meja Aiman Hakim. Sebelah kiri meja Aiman Hakim masih kosong di duduki Hasbi. Hasbi walaupun sahabat karib tidak duduk semeja dengan Aiman Hakim. Dia datang awal dari Aiman Hakim sudah mendapat meja paling belakang kelas.

"weh, cikgu panggil turun sekarang. Perhimpunan!" laung wakil pelajar kelas. Aiman Hakim, Hasbi, Anas dan rakan kelas mereka bergerak malas ke dewan. Laluan koridor sesak kerana semua pelajar dari setiap tingkatan menuju ke dewan. Aiman Hakim dan pelajar sekolahnya beruntung dapat berhimpun di dalam dewan berbanding sesetengah sekolah berhimpun di kawasan terbuka dan di bawah cahaya matahari. Panas.

Aiman Hakim masuk beratur di barisan kelasnya. Dia hanya menurut. Hari pertama sekolah, dia malas mencari pasal. Selalunya dia akan pilih duduk di belakang sekali walau dia bukan pelajar paling tinggi. Kalau datang niat nakalnya, dia akan duduk secara rawak di mana-mana barisan kelas lain. Pengawas kadang-kadang hanya membiarkan asalkan dia duduk di dalam barisan.

Sekolahnya adalah majoriti pelajar lelaki dan hanya tingkatan 6 sahaja ada pelajar perempuan. Jadi guru akan toleransi dengan sikap nakalnya. Asalkan tidak melanggar peraturan sekolah dan tidak melakukan perkara yang boleh dikenakan tindakan disiplin.

MC telah membuka majlis dan semua pelajar terus senyap. Dewan menjadi hening seketika. Setelah selesai menyanyikan lagu negaraku dan lagu negeri, pelajar dibenarkan duduk. Mereka perlu mendengar amanat dari guru dan pengetua untuk 45 minit yang seterusnya. Seperti biasa,wakil guru akan memberi peringatan tentang peraturan sekolah dan memaklumkan beberapa kes yang telah berlaku sepanjang tahun lepas. Wakil guru juga berharap perkara yang sama tidak berulang dan tiada lagi kes yang memalukan sekolah lagi untuk tahun ini. Wakil guru ada pengemumuman yang berkaitan seperti anugerah cemerlang diterima oleh pelajar dari pihak penganjur program.

" Kim, tengok tu. Ada 3 orang cikgu baru. Aku rasa salah seorang mesti cikgu yang ganti cikgu Maznah," Hasbi berbisik dari belakang kerana mereka duduk dalam barisan. Aiman Hakim memerhati guru yang duduk depan mereka. Ya, ada 3 orang guru perempuan muda. Tajam betul mata Hasbi. Wakil guru sedang sibuk berucap dihadapan Hasbi sempat mencuci mata.

"aku kata yang pakai cermin mata, kau?" sambung Hasbi lagi.

" entah lah."Aiman Hakim termangu.Antara 3 orang guru perempuan yang duduk di atas pentas, ada seorang yang menjadi perhatian Aiman Hakim. Walaupun jarak mereka jauh, Aiman Hakim rasa dia kenal dengan salah seorang guru tersebut. Wajah itu. Dia seperti pernah melihat wajah tersebut. Di mana? Adakah dia?

Ada tangan mencuit bahu kanan Aiman Hakim mengejutkan lamunannya. Aiman Hakim berpaling kelihatan Ariff berada di sebelahnya tersenyum tidak bersalah. Ariff salah seorang kawan baik Aiman Hakim. Nampaknya, Ariff lambat sampai ke sekolah masih dengan perangai lama. Aiman Hakim menggeleng kepalanya.

"cerita apa menarik?" bisik Ariff.

"cikgu praktikal baru," jawab Hasbi dan mereka terus berbual secara perlahan. Kali ini Aiman Hakim hanya mendengar. Dia ada perkara yang lebih serius untuk difikirkan sekarang. Aiman Hakim terus merenung wajah guru yang berada di pentas. Kali terakhir dia mendengar khabar 3 tahun lepas dan sekarang takdir menemukan mereka di sekolah ini.

Aiman Hakim tiba-tiba rasa serabut. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia juga tidak tahu apa yang dia rasa. Gembira? Teruja? Atau janggal? Dia memandang Ariff dan Hasbi. Adakah dia perlu ceritakan kepada sahabatnya ini. Sekolah ini bukan besar pun. Lambat- laun mereka akan tahu juga. Resah. Bagaimana pula Mama dan ayah? Aiman Hakim yakin Mama mesti gembira dengan khabar ini tapi adakah dia sudi bertemu Mama. Mama, Kakak dah kembali. Adik rindu. KAKAK...

DARI ADIK UNTUK KAKAKNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ