Day 3

505 21 0
                                    

" BANGUNNNNNNNN!" Pekik aku semasa call Ashaari awal pagi. Menjadi rutin setiap pagi untuk aku pasti kan yang dia bangun dari tidur untuk siap-siap sebelum aku sampai untuk jemput dia pergi Universiti.

Bunyi notifikasi whatsapp masuk, tertera nama "Mika" sedang whatsapp aku.
Apa yang dia nak pagi-pagi buta ni? Sementara tunggu Ashaari keluar rumah, aku pun balas lah morning wish Mika.

Dia tahu yang aku datang awal ke Universiti setiap hari, dia whatsapp aku untuk ajak jumpa dengan dia di library sebelum aku masuk kelas.

pelik, dah bincang nak jumpa nanti tapi ajak jumpa last minute. Hati dah mula gelisah, takut,gelabah,gugup,malu,seram semua ada.

Sampai sahaja di universiti aku terus menghala ke library.

"Nak ikut ke? Aku kena jumpa kawan kat library" Tanya aku kepada Ashaari
"Eh tak nak lah, aku tunggu di bawah je." balas Ashaari.

Kenapa lah Ahsaari tak nak ikut, boleh lah dia teman aku tapi aku tak suka paksa paksa kawan aku jadi aku biarkan je die tunggu di bawah.
.
.
" kat mana? I dah masuk ni." Chat Mika tertera di skrin handphone aku.

Aku terus masuk library tanpa balas chat dia. Pandang je kiri, terus nampak muka yang agak familiar dan seperti menunggu seseorang.

"Hi." Sapa aku.
" eh hi, duduk lah." Balas Mika sambil menghadap komputer riba nya sejurus selepas pandang aku tak sampai sesaat.

Masing-masing diam,bisu,kelu tak terkata.
Dalam 1-2 minit, aku tanya dia tengah buat apa, dia jawab ada kerja perlu dia siapkan.

Dia pandang aku secara tiba-tiba, aku pandang dia,
Masing-masing pandang tanpa berkata apa-apa.
Tersenyum, mungkin sebab malu.

Dia capai tangan aku perlahan dan berhati-hati  sambil memerhati keliling jika ada orang yang nampak.

Aku tak tarik, tak lepas, aku biarkan.

Mungkin, orang kata, senang nya bagi pegang macam tu je, murah nya perasaan tu, kecilnya harga diri tu tapi,
.
aku rindu perasaan ni, perasaan disukai oleh seseorang, perasaan dicintai oleh seseorangx perasaan yang pernah aku rasa dengan pengalaman pertama, rasa yang mungkin, berdosa tetapi bahagia bagi diri ini.
.
Tenang, selamat, dilidungi, diterima, antara kata-kata yang bermain di fikiran aku semasa Mika pegang tangan aku.
.
"Nanti date eh." Tegur Mika.
"Okay, nanti kita keluar."
.
Masing-masing tersenyum.
.
Aku perlu pergi kelas dan dia perlu siapkan kerja dia, aku tinggalkan dia dengan rasa berat hati, kesian, sayang,rindu, sakit bila kena tinggalkan seseorang, seseorang yang mungkin, simpan peluang yang kita tunggu selama ni. Peluang untuk rasa diterima semula.
.
.
"You?". Whatsapp Mika terpapar di skrin handphone tak sampai berapa minit aku tinggalkan library.

Hopes.Where stories live. Discover now