Day 5

377 20 0
                                    

Macam biasa, lepas kelas, aku akan hantar Ashaari ke rumahnya, sebab satu laluan ke rumah aku.
Sama juga bila kami kena stay untuk buat kerja, dia akan tunggu dan buat kerja sama-sama.

"You ... " whatsapp dari Mika muncul di skrin phone ku semasa aku drive.
Aku balas masa lampu merah.

"Ya Mika"
Dia nak wish hati- hati ke, nak wish goodnight ke, atau rindu aku sampai chat malam-malam ni?
Semua ni bermain dalam fikiran aku.

"I down ni" katanya.
Dah kenapa pula ni, aku mula risau, apa jadi dekat dia, apa yang ada dalam fikiran dia.

"Kenapa ni, cerita lah , I dengar" balas aku sambil memandu, ketepikan semua risiko, kerana hati yang tak tenang.

"Ashaari sekarang dah tak balas DM I." Kata Mika.

Dari awal, aku tahu, Mika merupakan pengikut, mungkin peminat, Ashaari dari dulu lagi, mereka pernah DM sesama sendiri, dari situ aku tahu, Ashaari diminati ramai pengikutnya, bukan hanya Mika, malah ramai rakan-rakan laman sosial aku yang kenal Ashaari.

Cemburu? Mungkin.

Aku mengaku, aku dengan Ashaari jauh panggang dari api. Mula jumpa Ashaari di kelas pertama semester 1, he is the center of attraction among us.

Sebagai kawan, bagi aku, dia sempurna, pandai jaga hati, walaupun kadang-kadang tak sama pendapat, dia ikut je kehendak orang lain, mengalah. Dia punya ciri-ciri seorang kawan.

Dari segi fizikal, mesti orang akan pilih dia dari aku kalau perlu pilih antara kami berdua, biar lah tinggal aku seorang sahaja pun di dunia ni, orang tetap akan pilih dia.

Kenapa? Dia ada rupa, bentuk badan yang mungkin diidamkan orang di luar sana, dia ada tarikan tersendiri.

" I sedih lah macam ni, kenapa dia dah lain" sambung Mika.

Semalaman aku cuba pujuk dia, tenang kan hati dan fikiran dia untuk tak fikir kan tentang ni, ingatkan dia yang aku akan selalu ada dengan dia, dan ketepikan tanggapan negatif dan overthinking aku.

" hmm tak apa lah, I tak nak ganggu you lagi."

Harapan aku untuk kejadian malam ni berakhir dengan segera musnah selepas kejadian hari-hari berikutnya.

Hopes.Där berättelser lever. Upptäck nu