✾ PROLOG ✾

61 17 28
                                        

[ Kim Samuel ]

"Kamu berdua sah suami isteri."

Nak luruh rasa jantung ku apabila paderi tu mengukapkan kata-kata itu. Kami berdua saling berpegang tangan kedua-dua belah dan saling bertentang mata.

Aku mula memikirkan tentang assignment aku yang masih bertimbun kerana sudah beberapa hari aku terpaksa tangguhkan untuk menguruskan perkahwinan yang aku tak boleh terima dengan hati terbuka ini. Dengar kata hari ini pun akan ditambah lagi tugasan yang perlu aku siapkan dengan segera. Oh Tuhan, berapa lama aku harus hadap perkara ini?

Wajah ku dan dia semakin rapat dan rapat dan rapat dan akhirnya jarak muka antara kami terhapus. Bibir kami berlaga. Tepukkan gemuruh bergema dalam dewan ini dan aku cepat-cepat jarakkan muka. Aku tak sanggup berlama-lama biarkan bibir ini terus di cabuli si dia. Entah siapa yang mulakan dulu tapi, aku harap hal itu tidak membawa makna, uh oh apa aku cakap ni?

Aku memegang sebelah tangannya dan kami sama-sama menuruni pentas. Mula lah sesi 'tahniah congratulations chukahae' yang diucapkan oleh semua orang yang menyapa kami. Aku hanya senyum agak kekok dan menunduk kepala tanda hormat dan sekali gus terima kasih.

"Anak appa besar dah!" Encik Minjong memeluk anak tunggal perempuannya. Mana daddy aku? Ingat dia seorang boleh bersweet dengan appa dia? Aku lagi sweet, urgh.

Encik Minjong memandang ke arah aku dan melepaskan pelukan bersama anaknya. Dah besar pun nak layan macam budak. Tak ke anak dia ni besar kepala nanti? Dimanjakan sangat!

Oh, aku nampak macam membenci isteri ekspres yang sah pada beberapa minit lepas. Aku tak patut macam tu. Aku kena terima yang dia adalah isteri aku.

Dia adalah isteri aku.

Adalah isteri aku.

Isteri aku.

Aku.

Fuh susah betul nak hadam.

"Samuel, jaga elok-elok intan payung appa ni tau." Intan payung?pfft...

"Nae appa." Jawab ku sopan dan memeluk bahu Chungha erat. Chungha menjeling ke arah aku. Apa? Ingat aku kisah. Okay, aku kisah. Aku terus lepaskan pelukan di bahu itu. Gila ke nak biarkan? Mahu dia kerja kan aku cukup-cukup. Perempuan sangat bahaya. Sukar di fahami.

"Appa pergi lah makan banyak sikit. Cepatnya appa habis makan. Penat tau Chungha fikir nak hidang makanan apa untuk majlis ni." Chungha menarik Encik Minjong pergi ke bahagian makanan dan tinggal lah aku keseorangan di tengah dewan.

Oh, beratus orang di sini, aku boleh kata aku seorang. Forever alone nampaknya, tapi aku dah kahwin.

"Hai Samuel oppa. Congratulation for your wedding." Teguran dari seseorang amat mengejutkan aku. Aku memusingkan badan dan terlihat lah di situ seorang perempuan memakai heloise dress warna hitam paras bawah lutut. Ahn Yoo Jin.

Dia muda dua tahun dari aku. Dia sepupu belah ayah aku. Dia anak tunggal. Dia, uh oh bukan dia belajar dekat luar negara? Takkan dah habis belajar. Dia cuti sem ke?

"Hai Yoojin. Yoojin datang seorang ke? Atau dengan family?" Aku memeluk kejap tubuhnya. Sudah sekian lama aku tak jumpa dia.

"Yoojin datang seorang saja. Mama dengan papa sibuk kerja. Sad kan? Bila lah Yoojin boleh nak luang masa puas-puas dengan diorang."

"Alololo. Don't worry. Anytimes Yoojin rasa sunyi datang lah rumah oㅡ oh lupa. Hehe sorry." Aku mengusap belakang tengkuk ku. Macam mana lah aku boleh lupa aku dah kahwin. Takkan lah sesuka hati aku nak ajak perempuan lain datang rumah. Kalau dulu selalu juga dia datang ke rumah keluarga aku, tapi sudah lama juga dia tak datang melawat. Katanya dia sambung belajar di luar negara. Aku pun dah lama tak contact dia.

"It's okay. Yoojin dah jumpa boyfriend baru tau. Tinggi, handsome, kaya pulak tu. Dia kata nak datang, but dah satu jam Yoojin tunggu, tak datang-datang pun." Yoojin merengus perlahan sambil menilik jam tangannya.

"Kahwin lah senang. Takkan nak bercinta saja." Sengaja aku bagi cadangan. Aku yang berkahwin ni pun bukan atas sebab cinta. Nanti ada lah tu cinta bercambah.

"Malas Yoojin. Yoojin still young and Yoojin still sukaㅡ"

"Hey Samuel! Siapa dia ni?" Chungha tiba-tiba datang menyerbu dengan suara lantang dan kemudian berbisik pada telinga aku bertanyakan soalan itu.

"Hai, I am Ahn Yoo Jin, you Chungha right?" Yoojin terus menjawab dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Chungha.

"Ya ermm. Nice to meet you." Dengan ramah yang dibuat-buat Chungha membalas huluran itu dan mereka berjabat tangan. Diorang diam seketika dan sambil tu tangan diorang agak berurat serta pandangan masing-masing agak dalam. Apakah?

Perempuan sukar difahami.

Aku dah kata.

"Me too. Hrm, okaylah oppa, kalau Yoojin free, Yoojin jenguk oppa. Got to go." Yoojin terus berlalu dan oh, apa dia cakap tu?

"Jenguk... oppa? Untuk apa?" Chungha memeluk tubuh dan memandang tepat ke mata aku.

"Err, tak ada apa-apa lah." Aku senyum semanis mungkin. Ditengah dewan ni jugaklah dia nak siasat macam-macam. Tak malu ke? Hari perkahwinan dah kena label curang. Fuh, muka aku depan news nanti.

"Siapa dia tu? Girlfriend kau? Ex kau? Atau, slut kau?" Amboi soalan.

"Yah yah. Mulut kau. Dah lama hidup ke?"

"Aku hidup tiga tahun lebih awal dari kau." Aku memusingkan mata, menyampah.

"Dah lah malas cakap pasal dia tu. Aku nak pergi dekat kawan aku." Dia yang mula kan, dia yang berhentikan. Syukur pandai juga dia nak bertanggungjawab atas topik yang dia selatankan itu.

Chungha melambai ke arah kawannya yang mungkin berada di belakang aku sebab dia melambai di hadapan aku dengan muka yang ceria.

"Jom." Dia menarik tangan aku dan berjalan ke arah rakannya tapi aku pantas menepisnya.

"Eh, kau saja lah pergi. Seganlah. Aku nak pergi dekat keluarga aku."

"Teman lah aku. Gentle sikit." Aku mengalah. Aku mengikut sahaja dia menarik aku ke meja yang terkumpulnya kawan-kawan dia. Ada yang aku pernah jumpa, ada yang tak. Dalam kalangan mereka semua tu, ada seorang lelaki yang boleh tahan rupa parasnya.

Dia pandang aku semacam tapi aku endahkan. Aku syak dia gay. Hahaㅡ okay, itu seram sejuk. Macam mana kalau dia nak rampas aku dari Chungha? Aku tak sanggup. Nampak tak aku sayang Chungha? Auww auww baksu baksu.

Aku bosan berdiri di sebelah Chungha ni. Perempuan bila dah jumpa perempuan. To many mulut bercakap. Aku tak paham apa ayat diorang. Sesekali menjeling ke arah aku lepas tu ketawa tak ingat dunia. Mujur lah dewan ni sememangnya bising, tak ada lah orang pandang ke arah diorang ni dan berlakunya krik krik.

"Hey, aku pergi dekat keluarga aku."

"Pergi lah. Shuh shuh."

See? Tadi dia ajak aku, and now dia menghalau aku. Memang lah aku yang nak angkat kaki dari tempat ni, tapi... apa-apa lah.

Aku terus menuju ke meja yang terdapatnya keluarga aku dan keluarga Chungha.

Aku baru nak ubah haluan kerana aku mula memikirkan apa yang aku harus buat di sana? Tapi, daddy aku, Alex Kim sudah memanggil aku siap lambai ke arah aku menandakan dia sudah nampak kehadiran aku yang ingin ke sana.

Akan ada begitu banyak persoalan.

TBC

Cerita ini akan ada begitu banyak perubahan dari cerita asal.

Mohon support ya~~~ 💕

SAHA couple! 💕

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 30, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[Coming Soon] ✾ With YouWhere stories live. Discover now