Sedangkan di rumah ini hanya ada dia seorang. Cik Gayah keluar pergi ke kedai runcit untuk membeli barang dapur.

"Siapa pulak ada dekat dapur ni? Setahu aku, aku seorang je. Lagi dua orang tu, tak balik lagi." guman Dheya seorang diri.

Dia memberanikan diri ke dapur. Risau takut-takut kalau ada pencuri.
Penyapu yang berada di sebelah almari kecil diambil untuk dijadikan perisai sebelum

Pak!

Pak!

Pak!

"Auch! Apa ni? Sakit lah!"

Ashrell menjerit kesakitan. Badannya digerakkan ke kiri dan ke kanan, mengelak dari dipukul oleh seseorang. Perit!

Dheya terkedu seketika.

Alamak! Ashrell!

Terus Dheya lempar batang penyapu itu ke lantai dan bersedia untuk melarikan diri. Hisy! Macam mana boleh terpukul si monster ni pulak!

Ashrell yang masih menggosok belakang badannya berpaling. Lantas, tangannya menangkap pergelangan tangan Dheya yang cuba lari dari dia.  Dheya cuba melepaskan diri tapi tak boleh. Ashrell pegang tangan dia kuat sangat.

"Kau nak pergi mana? Jangan harap kau boleh lari dari aku lepas kau pukul aku." ujar Ashrell dengan nada yang mendatar. Tajam matanya merenung anak mata coklat milik Dheya.

Dheya tarik sengih sambil menayang wajah tak bersalah. Ashrell tersenyum sinis sebelum dahi Dheya dijentik.

Dheya mendegus geram.

"Ish! Kalau ye pun marah, jangan lah jentik-jentik orang. Sumpah! Saya tak sengaja pukul awak. Saya ingatkan awak pencuri. Lagipun, saya tak tahu awak dah balik."

Dheya menjawab selamba. Penyapu yang jatuh di lantai dikutip dan diletak semula di tempat asal.

"Huh!" Ashrell menjelingnya tajam. Baru sahaja kaki Dheya mahu melangkah keluar dari dapur, Ashrell tiba-tiba bersuara.

"Cik Gayah mana?"

"Keluar."

Ashrell mengangguk. Dia memegang perutnya yang berkeroncong meminta untuk diisi. Daripada pagi tadi, dia tak menjamah apa-apa makanan. Sibuk sangat mengurus hal syarikat yang sedikit bermasalah.

Dheya mengerutkan dahinya.

"Awak, lapar ke? Nak saya hidangkan makanan?" tegur Dheya kepada Ashrell.

Ashrell menganggukkan kepala. Dheya ukir senyuman nipis sebelum masuk ke dalam dapur untuk menghidangkan makanan. Ashrell pula laju saja mengambil tempat di meja makan.

"Err.. Awak? Saya nak tanya beberapa soalan, boleh?"

Ashrell mengangguk tanpa senyuman. Dheya meletakkan lauk pauk yang sudah dipanaskan di atas meja makan. Punggung dilabuhkan di kerusi berhadapan dengan Ashrell.

Dheya memandang Ashrell makan sambil menongkat dagu. Ashrell masih kekal dengan riak wajah yang tidak berperasaan dan selambanya. Seolah-olah seperti dia tidak wujud.

"Kau nak tanya apa tadi?" ulang Ashrell setelah sekian lama mereka berdiam diri. Dheya membetulkan duduknya sebelum menumpukan sepenuh perhatian.

"Saya cuma nak kepastian daripada awak. Kenapa awak selamatkan saya? Awak tak menyesal?" ujar Dheya meluahkan isi hatinya.

"Apa maksud kau? Aku tolong kau sebab aku tak nak kau jadi mangsa setan si Amran tu. Dia dah banyak rosakkan anak dara orang. Asal? Kau tak suka aku tolong kau? Kau nak aku hantar kau dekat kelab tu balik ke?" Marah Ashrell tidak puas hati.

Dheya menggeleng laju. Ke situ pulak lelaki ni fikir? Gila ke nak suruh dia pergi balik dekat tempat neraka tu? Memang taklah.

"Bukan tu maksud saya. Saya cuma tak nak awak susah sebab saya. Tapi, saya terhutang budi dengan awak. Sebab awak, saya selamat."

"Aku tolong kau ikhlas. Tak perlu nak terhutang budi bagai." kata Ashrell tegas.

"Terima kasih awak. Awak makan lah. Saya nak pergi dekat kolam, ambik angin. Saya pergi dulu." ujar Dheya sebelum berlalu ke kolam.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Please Vote And Comment !

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now