[M] TRUTH 31 DARE 31

Start from the beginning
                                    

Halilintar hanya mengangkat bahu lalu beredar dari situ juga. Balik rumah lah kot.

Seminggu kemudian~

"Nah abang.." Fang menghulurkan badge abangnya.

Mata Kapten Kaizo mula bersinar lalu segera memgambil badge itu. "Yes! Aku dapat jugak pangkat ni balik!"

Fang hanya menggeleng kepala. Abang siapalah ni?

~~~

"Gempa!"

Gempa yang sedang memasak, terhumban senduk yang berada di tangannya akibat terkejut. Kebetulan senduk tu terpelanting ke arah Author lalu terkena dahinya.

"Aduh!" Author menggosok dahinya.

Gempa yang melihat, ingin sahaja mentertawakannya, namun, dihentikan sahaja niatnya kerana bimbang dahi Author cedera. "Masih sakit ke?" Dia menutup gas dapur.

Author menjeling. "Okey dah.. Tak payah risau.."

Gempa tersengih. "Tulah, kejutkan orang lagi.."

Author hanya menggeleng kepala. "Gempa, ada dare untuk kau dan Author pasti kau tak suka.."

Gempa mengerutkan dahinya. "Dare ape?"

Beberapa minit kemudian~

Halilintar, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar ternganga melihat Gempa sekarang sampaikan gajah pun boleh masuk. 😂 Author pula rasa nak muntah bila nampak Gempa macam tu.

Mana taknya, Gempa pakai pakaian perempuan dan pakaiannya seperti pembantu rumah. Gempa pula menunjukkan reaksi marah. "Aku benci dare ni.. Dan aku harap ini yang pertama dan yang terakhir kalau tak, aku bunuh korang..😡"

Readers yang sedang membaca pula sudah meneguk air liur. Seram pulak Gempa ni. 😲

Author yang memegang mulutnya segera masuk ke tandas. Tak tahan jadi terpaksalah lepaskan apa yang ada dalam mulut.

"Erk" ujar mereka berenam.

Seminit kemudian, Author keluar dari tandas dengan sedikit lega. "Huh.. Dah nak lemas Author.."

Halilintar memandang ke arah Author. "Kalau kau rasa macam tu, kitorang lagi rasa teruk.."

Apalagi, mereka berenam juga masuk ke dalam tandas. Habis tandas tu berbau dengan bau muntah diorang. Erk, gelinya.

Setelah sejam berlalu, mereka semua berkumpul di ruang tamu. Itu pun tunggu badan diorang jadi normal semula.

Author berdehem. "Selain Gempa, ada dare untuk Halilintar.."

Halilintar terus memandang ke arah Author. "Ape?"

"Kau kena jadi mangsa Gempa.. Maksudnya, Gempa kena suruh kau pakai baju macam princess dan main minum petang.." ujar Author. Aduh, tekak, boleh tak diam. Ni mesti kes dua orang pakai baju perempuan.

Terbuntang mata Halilintar mendengarnya. "Wey, seriuslah?! Gila ke nak pakai?!"

Author mengeluh. "Nak buat macam mana, buat jelah.. Kalau nak ugut diorang pun Author tak kisah.."

Dua minit kemudian~

Author terus menutup mulutnya apabila melihat Halilintar berpakaian seperti princess. Tak dapat tahan, dia segera masuk ke tandas.

Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar pula, sudah mentertawakannya. "Hahaha!! Lawak!" ujar Blaze.

"Dah tak macho! Haha!!" ujar Solar pula.

Halilintar mendengus geram. "Aku sangat benci dare ni.. Siapa bagi lagi dare macam ni, sila meninggal.."

Readers pula sudah berpeluh. 😵 Mata Halilintar tu lebih tajam berbanding Gempa.

Author mengeluh lega. Dia kembali ke ruang tamu. "Korang mainlah minum-minum petang.."

Gempa dan Halilintar terpaksa ke dapur. Setelah selesai membuat air, Gempa menghidangkan kepada Halilintar. Mereka berdua mengeluh lalu meneguk air itu.

"Apelah nasib kita.." Gempa termenung.

"Entahnye.." Halilintar mengeluh.

Author melihat ke arah mereka berdua dari jauh. Kesian mereka berdua. Dia sendiri ada dare, jadi, macam mana dia nak tolong.

~~~

"Kini, aku bebas jugak daripada pakai baju princess.. Taufan, bakar baju ni.." arah Halilintar yang sedang duduk di sofa.

"Okey!" Taufan terus mengambil baju princess yang berada di lantai apabila Halilintar main campak je baju tu. Dia segera menuju ke halaman belakang rumah untuk membakar baju itu. Dahlah baju yang dibeli oleh Author, kesian duit Author.

Gempa yang sedang termenung di bilik mengeluh. Dia kena pakai baju tu selama 2 chapter. Jadi, dia masih berpakaian seperti pembantu rumah. "Sabar jelah.." gumamnya.

Sementara itu, di sebuah pusat membeli belah, Author sedang bersama seorang perempuan. Sebenarnya dia ialah si pemberi dare ini. Si pemberi ini yang mengajak Author pergi shopping namun, Author hanya beli makanan je. Lagipun, dia bukan kaki shopping.


BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now