BAB25❤

11.1K 400 9
                                    

Hani mengurut pelipis kepala berulang kali . Semakin lama , kesakitan semakin mencucuk di kepala . Rumah pun terasa macam dah berpusing pusing dah .

Telefon di bawah bantal dicapai . Nombor Adrian Firash cuba didail namun tidak diangkat . Akhirnya nombor Arina Sofea dicari .

Arin ada dekat bilik dia je sebenarnya tapi dia memang tak larat nak bangun dah ni .

Setelah beberapa minit , talian bersambung .

" Kenapa akak ? " memang dah biasa , kalau bercakap dengan Arin memang tak ada salam pun . Memang rock habis la

" Boleh datang sini tak ? Tolong akak kejap boleh?" Lemah nada suara Hani Rania . Dia tersentak apabila talian tiba tiba sahaja dimatikan .

Arina Sofea di hujung talian pula sudah menggelabah . Dengan rambut yang mengerbang serupa mak lampir , dia berlari menuju ke arah bilik Hani Rania .

Daun pintu itu dibuka kasar dan Hani Rania yang merengkot di dalam selimut dihampiri .

Muka pucat Hani Rania dibelek belek .

" Kenapa ni ? Akak okey tak ? " Hani mengangguk perlahan .

" Tolong call Zarif boleh tak tanya dia abang dekat mana ? Akak dah try banyak kali call abang tapi tak dapat . Arin boleh tolong akak tak ?"

Arina Farha terdiam seketika . Bukan tak nak , tapi dengan keadaan dia sekarang ni , dia tak rasa dia boleh bercakap dengan lelaki itu .

"Kenapa akak tak call dia sendiri ? Ataupun suruh Ikhwan je . Ikhwan ada dalam bilik tu . Arin panggilkan eh ?" Baru sahaja dia mahu berdiri , tangannya dipaut membuatkan dia terduduk kembali .

Mata Hani yang tajam memandangnya membuatkan dia menunduk bermain jari . Syeram pun ada.

" Kenapa ni ? Arin okey tak ?  Ada problem ke dengan Zarif ?

Arina Farha menggeleng laju . Mukanya cuba dimaniskan sebaik mungkin .

" Arin dengan dia okey je kak . Tapi tu la , kalau orang tak suka , buat macam mana pun orang tak suka " senyuman hambar terlukis di bibir .

Hani Rania memandang Arina Sofea pelik .

" Are you sure you are okey ?" 

Arin mengangguk laju .

"Arin okey , kak . Tapi lepas ni , Arin dah tak nak fikir pasal dia . Arin anggap Arin dengan Zarif tak ada jodoh , nak buat macam mana kan ? "

Matanya dah mula bergenang . Bercakap pasal lelaki itu memang membuatkan dia rasa sebak . Dia mengaku , dia masih tak boleh lupakan lelaki itu namun apabila mengingatkan kata kata Zarif pada hari itu , dia rasa dah jauh hati .

Cara lelaki itu bercakap , langsung tak jaga hati dia .

" Kalau tak kisah , share la dengan akak . Akak bukannya nak sibuk hal Arin tapi tak elok kita simpan masalah sorang diri . Akak tak nak la Arin jadi macam dulu "  bahu Arina Farha diusap lembut .

Arin teresak esak menangis .

" Zarif , langsung tak pernah jaga hati Arin . Sikit pun dia tak jaga perasaan Arin . Arin malu bila Arin je yang terhegeh hegeh dekat dia selama ni . Tapi ye la , Arin bodoh kan ? "

Hani mengeluh kecil . Badan Arina Sofea ditarik ke dalam pelukan .

" Dah la tanya kak , Arin dah penat nak nangis ni"

Hani tersenyum kecil . Dia bangun perlahan menuju ke arah tandas dengan mukanya yang sedikit berkerut . Kepalanya kembali terasa sakit .

Beberapa langkah berjalan , matanya mula terpejam . Pandangannya mula kelam dan akhirnya dia jatuh .

Izinkan Aku Bahagia. (EDITED )Where stories live. Discover now