BAB19❤

10.6K 388 9
                                    

Arina Farha berlari kecil masuk ke dalam rumah . Beg di dalam kereta ditinggalkan .

" Akak ! "  laungnya kuat.

Hani yang ralit menonton televisyen di ruang tamu tersentak sebelum bibirnya melorek senyuman lebar .

Badannya tiba tiba sahaja dipeluk erat .

" Are you okey ?"

Hani mengangguk laju .

" Akak okey la Arin . Tak ada apa pun tapi tu la , tak ada rezeki nak buat macam mana " 

"Abang Rash mana ?"  Matanya melilau mencari kelibat Adrian Firash .

" Abang mandi dekat atas . Zarif mana ?"

Arina Farha menepuk dahi . Lupa pula dia tinggalkan kekasih hati dekat luar.

Baru sahaja dia membuka pintu rumah , figura Zarif Razin menyapa matanya .

Arina Farha tersenyum senget . Beg di tangan lelaki itu diambil .

" Menyusahkan orang . Dah hantar balik , aku pula kena angkatkan beg kau " dingin nada suara lelaki itu .

" Alaa -- awak kan lelaki . Tak kan tak boleh tolong perempuan lemah macam saya ni ?"

Zarif Razin diam . Dia berlalu meningglkan Arina Farha di muka pintu bersama beberapa beg yang agak besar  .

" Hani , Firash dengan Ikhwan mana ? " soal Zarif. Duduknya dilabuhkan di atas sofa depan Hani .

" Firash dengan Ikhwan ada dekat atas . Korang ni nak keluar ke ? Kenapa saya tengok Ikhwan dah bersiap . Firash pula tergesa gesa je mandi "

"Kita orang dah janji nak pergi main futsal harini"

Kening Hani mula berkerut .

" Bukan biasanya korang main futsal malam ke ?" Soal Hani . Arina Farha pula hanya memandang ke arah Zarif dan Hani silih berganti .

" Ikhwan tu siapa ?"  Soal Arin dengan muka yang jelas kelihatan tertanya tanya .

Hani tergelak kecil.

" Lupa pula akak nak bagitahu . Ikhwan tu , anak angkat mummy yang baru "

Arin hanya mengangguk . Tak pelik pun sebab mummy dia memang baik hati . Kalau boleh , semua orang dia nak jadikan anak angkat .

Hani memandang ke arah tangga apabila terdengar derapan kaki . Ikhwan yang berjalan bersama Firash dipanggil .

" Ni anak mummy yang bongsu . Arina Farha . Ikhwan boleh je panggil dia Kak Arin "

Arin memandang wajah Ikhwan lama . Senyuman di bibirnya mula melebar . Handsome ! Nampak macam lelaki baik .

" Hai Ikhwan . Umur berapa ni ?"  Soalnya ramah .

" 18 kak"

Senyuman di bibir Arina mula pudar . Hampeh ! Muda lagi rupanya tapi nampak dah matang. Takkan la dia yang umur 25 ni nak bercinta dengan budak umur 18 tahun .

Izinkan Aku Bahagia. (EDITED )Where stories live. Discover now