BAB33❤

4.7K 253 13
                                    

Duduk dilabuhkan di tepi kolam . Sepinggan biskut chip coklat dan air jus tembikai diletakkan di meja yang ada kecil di situ .

" Hani " Hani yang ralit termenung berpusing mencari kelibat manusia yang memanggilnya .

" Ada apa , maklong ? Duduk la "

Puan Anita melabuhkan duduk di sebelah Hani.  Matanya memandang Hani dari atas ke bawah.

" Kenapa maklong pandang Hani macam tu ? Ada yang tak kena ke ?" Soal Hani pelik.

" Aku nak tanya kau ni "

" Tanya la . Maklong nak tanya apa ?" Soal Hani . Masih lembut dan beradab .

"Kau ni memang jenis perempuan tak malu ke eh ?" Kening Hani berkerut .

"Kenapa pula maklong cakap Hani macam tu ?"

Puan Anita tersenyum sinis .

" Kau saja kan , berlakon baik depan adik aku , sebab kau nak harta dia kan ?"

Hani mengeluh kecil .

" Hani tak pernah terfikir pun nak harta mummy dengan daddy . Diorang dh besarkan Hani pun , Hani dah bersyukur sangat dah . Kenapa eh maklong suka tuduh Hani macam tu ?"

" Aku tak suka kau . Dari dulu lagi aku cakap yang aku tak pernah suka kau . Anak pungut macam kau ni , memang kaki kikis pun kan ?"

Hani meraup muka .

" Maklong , untuk pengetahuan maklong , Hani dah jumpa mama Hani . Kalau maklong nak jumpa dia , Hani boleh suruh dia datang sekarang juga . Nak ke ?"

Puan Anita mengetap bibir . Dah pandai melawan!

" Aku ? Jumpa mak kau ? Memang tak la. Mak kau yang pelacur tu, tak layak jumpa aku tau . Jijik !" Selepas itu , disambut dengan ketawa sindiran.

Hani mengepal tangannya . Mata dah mula berair .

" Apa hak maklong nak cakap mama Hani macam tu ? "

Puan Anita ketawa mengejek .

" Eh ? Marah ? Laa , apa yang aku cakap tak betul ke ? Mak kau memang pelacur kan , kalau dia tak jual badan , takkan la dia boleh dapat kau kan ? Kalau kau ni anak sah taraf , kenapa nama kau berbintikan Abdullah ? "

" Maklong , lebih baik maklong tarik balik kata kata tu . Maklong tak ada hak nak cakap mama Hani macam tu ! Mama Hani bukan perempuan macam tu la !" jeritnya kuat dan automatik air matanya mengalir laju .

" Eh , nangis pula. Sedih sangat ke dapat tahu tentang mak kau? Alaa kau pun macam tu kan ? Entah entah , dah berapa banyak jantan kau tidur , sebab kau nak hidup senang. Perempuan macam kau ni bukan boleh percaya sangat "

Tanpa sedar , tangannya naik menampar wajah tua itu . Nafasnya turun naik menahan kegeraman campur terkejut .

Dia pun tak sangka yang dia boleh tampar wanita itu .

" Eh anak pelacur , berani kau tampar aku eh ? Sini kau " rambut panjang mengurai Hani ditarik kuat membuatkan wanita itu menjerit kesakitan .

Hani cuba melawan namun nasibnya tidak baik , dia ditolak jatuh ke dalam kolam sebelum dia tersenyum puas .

Tangan Hani terkapai kapai . Dia tak pandai berenang langusung . Kalau mandi kolam selama ni pun , dia akan pakai pelampung .

Air kolam yang sudah masuk ke dalam hidungnya membuatkan dia tercungap cungap dan Puan Anita pula sudah berlari masuk ke dalam rumah dengan senyuman sinis yang tidak lekang dari bibir.

Izinkan Aku Bahagia. (EDITED )Where stories live. Discover now