1

1.2K 30 0
                                    

 Umar memandang dia cantik dengan busana pengantin. Gaya hijabnya tetap sama seperti pertemuan pertama mereka sesuai make up yang minimal. Umar menarik senyum tenang. Sikap dia masih sama walaupun statusnya dia sudah berubah. Comel.

"tahniah, ABANG Umar," bisik Saif disebelahnya. Saif sebelum ini kawannya kini telah bertukar status sebagai adik iparnya. Juga merangkap adik kepada dia yang menjadi penyebab kepada ikatan ini terjalin.

Secara tidak sengaja, Saif mengenalkan Umar pada kakaknya pada suatu petang. Pada hari itu, kereta Umar rosak dan sudah dua hari di hantar ke bengkel untuk dibaiki. Umar tidak dapat pergi ke gelanggang futsal sendiri dan merancang untuk pergi bersama Saif. Rumah Umar dan Saif bersebelahan taman. Jalan 5 minit sampai.

Tetapi Saif tidak mampu memandu. Kemalangan setahun sebelumnya menyebabkan Saif mengalami trauma apabila dia berada tempat pemandu. Atas keselamatan, kakak Saif menjadi pemandu Saif untuk sementara. Untuk hari itu, Saif meminta kakaknya hantar mereka ke gelanggang futsal.

Selepas Asar, Umar berjalan ke rumah Saif kerana mereka telah berjanji untuk pergi ke gelanggang futsal dari rumah Saif. Saif juga sudah berada diluar rumah bila Umar sampai. Namun riak wajah Saif kurang gembira.

"kau naik kereta nanti senyap je, jangan tanya apa-apa," pesan Saif tanpa sempat Umar beri salam. Umar hanya memandang wajah Saif dan bergerak ikut belakang Saif. Laju Saif membuka pintu belakang kereta Suzuki Swift untuk Umar. Seketika kemudian keluar perempuan muda dari rumah Saif. Mungkin itu kakak Saif. Bercermin mata. Kecil sahaja berbeza dengan Saif yang tinggi.

"lambat la, kakak," rungut Saif apabila perempuan tersebut mengambil tempat pemandu. Kini semua sudah berada dalam kereta dan bersedia untuk bergerak.

"ampun," pohon kakak Saif ceria bercampur bersalah. Suzuki Swift mula bergerak keluar dari parkir rumah mereka. Umar hanya diam di duduk belakang. Ingin bertanya nama kakak Saif terasa serba salah apabila suasana tegang antara kakak Saif dan Saif masih belum reda. Saif pula asyik memanggil Kakak sahaja dan Umar juga turut ikut panggil Kakak.

Umar menjadi penonton bisu drama Kakak dan Saif. Kakak dan Saif pula seakan-akan tidak peduli kewujudan Umar dibelakang. Umar menoleh sebelah kanan. Ada kotak yang dipenuhi buku-buku pelbagai genre. Seperti baharu dibeli kerana ada yang berbungkus plastic. Umar dengar Saif memarahi Kakak. Rupanya Kakak beli buku lagi. Buku tersebut menaikkan darah Saif. Umar juga hairan bagaimana Saif boleh tahu tentang buku ini. Kakak pula sedar kesalahannya hanya meminta maaf. Bagi Umar situasi ini terbalik, sepatutnya Kakak yang marahkan Saif tetapi Saif pula berlagak sebagai abang dan Kakak sebagai adik.

"tak dapat tahan la, dik." Kakak memberi alasan. Saif mendengus dan masih lagi membebel pada Kakak. Umar memandang hiasan dalaman kereta Kakak. Hiasannya biasa seperti kereta lain. Leather seat cover dan setiap poket simpanan belakang kerusi dan pintu hadapan dipenuhi buku bermacam saiz. Umar ketawa dalam hati. Barangkali inilah yang menyebabkan Saif jadi kurang ceria untuk menumpangkan dia. Sesak dengan buku sebagai penumpang senyap Swift Kakak. Terbongkar hobi pelik Kakak menghiasi kereta ini seperti perpustakaan bergerak.

Umar masih diam dibelakang dan memasang telinga pada perbualan dua beradik di hadapannya. Kakak dengan tenang menukar topik perbualan bertanyakan tentang rancangan futsal mereka. Saif pula menjawab dengan biasa seperti situasi tadi tidak berlaku langsung.

Umar dan Saif bercadang mahu bermain futsal untuk dua pusingan. Selalunya Umar dan Saif bermain dua hari seminggu dan Umar akan pergi bersama Saif dengan keretanya. Oleh kerana kereta Umar berada di bengkel, Umar menukar rancangannya dengan menumpang Saif. Umar sebenarnya tidak menyangka Saif akan setuju tanpa komen apa-apa. Walaupun Umar tahu Saif rasa kurang selesa meminta bantuan Kakak tetapi Saif bersetuju sahaja. Barangkali Saif rasa terhutang budi dengan Umar kerana menumpangkan setiap kali mereka bermain futsal.

Dari perbincangan Kakak dan Saif ada perubahan. Kakak membenarkan Umar memandu keretanya untuk ke gelangan futsal tetapi perlu tinggalkan Kakak di rumah Kak Maya terlebih dahulu.Kakak mahu singgah ke rumah Kak Maya kerana ada urusan di sana. Menurut Kakak lagi, dia tidak pasti bila urusannya akan selesai. Jadi sebaiknya Saif menjemput Kakak setelah Saif dan Umar selesai bermain. Saif hanya bersetuju tanpa ada penambahan. 

Kakak Si Pencinta BukuWhere stories live. Discover now