Sarah Nia tersenyum bangga. Bangga kerana hatinya berjaya tertawan terhadap Harris Amsyar. Jejaka ini memang tercipta untuknya. Walau seteruk mana pun masa silam lelaki ini, dia tetap akan menerima. Kerana manusia mana sahaja yang sempurna selain nabi? "You know what, I feel so lucky 'cause I fell for you, my husband"

Senyuman di bibir Harris Amsyar semakin melebar. Dia mengucup dahi Sarah Nia penuh syahdu. Terima kasih Ya Allah, atas pemberian yang Engkau telah berikan kepadaku.

MALAM itu, rumah banglo Harris Amsyar dan Sarah Nia dipenuhi dengan kedatangan keluarga terdekat seperti Puan Suhaila, Puan Zunaida, Ikhwan Hakim, dan Amirul Zikrie. Meriah rumah mereka pada malam ini. Semuanya menjamu selera dan menonton televisyen bersama. Harris Amsyar dan Sarah Nia telah merancang untuk memberitahu perkara yang 'satu' itu ketika menjamu selera.

Ketika semua sedang berbual dan bergurau senda, tiba-tiba Harris Amsyar berdehem meminta perhatian semua yang ada di situ. Ala-ala hakim di mahkamah gitu.

"Sebenarnya, hajat kami menjemput kamu semua datang ke sini adalah kerana satu sebab. Di mana sebab itu adalah berita paling gembira untuk kita semua" Harris Amsyar membuka bicara dengan gaya poyonya. Sarah Nia di sebelah hanya menjeling 'menyampah'.

Semuanya kelihatan tidak sabar untuk mengetahui berita gembira itu kerana tiada siapa langsung yang membuka mulut. Ini sungguh mendebarkan.

"Sebenarnya... Nia... Pregnant!" Harris Amsyar mengucapkannya dengan nada teramat gembira.

Suasana yang hening sebentar tadi terus bertukar riuh-rendah dengan usikan-usikan daripada Ikhwan Hakim dan Amirul Zikrie. "Pregnant? Woww... Amsyar, bagilah tips!" usik Ikhwan Hakim dengan sengihan.

"Hey hey, apa tips-tips ni" sampuk Sarah Nia.

"Tips dia, berusaha bersungguh-sungguh. Jangan putus asa dan make sure kau suburlah. Hahahaha" Harris Amsyar melayan pertanyaan Ikhwan Hakim.

Pecah ketawa jejaka bertiga itu. Amirul Zikrie yang memasang telinga turut geli hati.

Merah tomato sahaja pipi Sarah Nia di sebelah. Dia terus mencubit peha kanan Harris Amsyar. Malu tau! Ada ke patut cakap hal itu depan keluarga. Sabar jelah.

Puan Zunaida dan Puan Suhaila turut berasa gembira. Mereka sehinggakan tidak mampu untuk menjatuhkan kembali senyuman mereka. "Nia, kandungan dah berapa minggu?" soal Puan Zunaida.

Sarah Nia tersenyum manis. "Dah empat minggu dah bu"

"Alhamdulillah. Jaga baby tu betul-betul. Makan makanan berkhasiat je" maka Puan Zunaida pun memulakan sesi bebelannya. Puan Suhaila di sebelah sekadar tersenyum.

4 BULAN KEMUDIAN...

Siapa sangka, manusia yang dahulu membencinya, kini menyayanginya. Siapa sangka setelah sekian lama hubungan persaudaraan terputus, sekelip mata boleh terikat kembali. Ini semua ketentuan Allah kerana hidayah itu milik Allah. Syukur Sarah Eryna dan Jazlina sempat diberikan petunjuk sebelum dicabut nyawa. Ngeri memikirkannya.

Tidak semua pengakhiran, diakhiri dengan kesengsaraan. Kita perlu mencari hidayah itu sendiri. Kalau hidayah tidak dicari, bilakah kita akan bertaubat? Ketika roh di kerongkong?

Kini, hidup Sarah Nia lebih bahagia apabila hubungannya dengan Sarah Eryna sudah pulih. Tambahan pula dengan kehadiran ahli baru dalam keluarganya dan Harris Amsyar.

Jazlina pula sudah bertaubat dengan kesalahan lampaunya. Dia tidak mahu mengulangi kesilapannya lagi. Dia kini sudah berhijab, begitu juga dengan Hazlina. Hazlina pula sudah diijab kabulkan pada 1 Ogos 2017 yang lalu. Atas permintaan suaminya Ikhwan Hakim, dia dengan ikhlas menutup auratnya dengan sepenuhnya. Dia juga tidak mahu Ikhwan Hakim menanggung dosa-dosanya.

Taming The Bad GirlTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon