BAB 31 - Valak In The House

5.2K 269 28
                                    

Tajuk bukan main seram, tapi lagu sweet namati. Ha bukak la lagu yang saya dah letak kat atas ni eh. Selamat membaca! :)) And btw sorry for my late update :p and please let me know if this chapter lawak tak? Ke hambar? Hahahaha

_________________________________________

HARRIS AMSYAR membuka daun pintu rumah agam itu setelah memberi salam. Sarah Nia terus sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya dan menaiki tangga ke tingkat atas.

Sarah Nia membuka pintu biliknya. "Hah, penat!" Keluhnya lalu membaringkan tubuhnya ke atas katil tanpa membuka selendangnya.

Harris Amsyar hanya mengerling langkah laju Sarah Nia ke bilik mereka. Dia mengatur langkah ke dapur dan membuka peti sejuk. Air susu jenama Goodday dicapai dan dituangkan ke dalam gelas. Laju sahaja dia meneguk. Fuh... panas do petang-petang macam ni, omel hatinya.

Sarah Nia yang di dalam bilik sedang sibuk merenung syiling bilik. Rehat jap, baru bangun. Okay, bangun Nia! Kau tak solat asar lagi. Haih, tak baik tangguh-tangguh! Bebel hatinya.

Dengan bersemangat dia bangun dan melangkah ke cermin biliknya. Kerusi yang dibeli di IKEA itu menjadi sasaran punggungnya untuk dilabuhkan.

Dengan pantas dia mengeluarkan jarum peniti dari selendangnya di bahagian kanan dan kiri. Entah macam mana, tiba-tiba jarinya tercucuk jarum peniti tersebut.

Auch!

Sarah Nia mengeluh sakit di dalam hati. Dia mengebas laju jarinya dengan harapan rasa sakit hilang.

Malas mahu melayan rasa sakit, dia terus menarik selendang dua muka itu keluar dari kepalanya. Al-maklumlah, baru berjinak-jinak pakai tudung, pakai yang simple dulu.

Selepas selendang itu terlurut di hadapan wajahnya, dia terus menarik selendang itu supaya keluar dari kepalanya. Sedang dia tarik, tiba-tiba tidak boleh keluar pula.

"Aduuu... time macam ni pulak kau nak tersekat. Heish!" Dia mendengus geram.

Dia mencuba sekali lagi. Tersekat juga. Kali kedua dia cuba, masih tersekat.

"Eeee keluarlah syaitonnn dari tudung ni. Kau tahu tak aku dah lemas ni?! Huaaaa..." marahnya sambil merapu. Selendangnya dicengkam kuat dan ditarik sekuat hati.

"Ah, adododoi... fine, fine aku tak tarik. Ish" dia berputus asa dan terus berjalan ke katilnya. Walaupun tidak seberapa jelas pandangannya disebabkan selendangnya yang berwarna hitam pekat itu, dia dengan yakinkannya terus menuju ke katilnya. Dengan kasar dia menghenjut punggungnya di situ.

Harris Amsyar di dapur sedang membasuh gelas yang sudah kosong itu dan terus menaiki tangga ke tingkat atas. Tak solat lagi ni. Nak mandi lagi, dia bermonolog.

Sampai di hadapan pintu bilik, dengan perlahan dia menguak pintu bilik itu.

Krekk...

Pintu itu menghasilkan bunyi disebabkan engselnya yang sudah berkarat.

Sarah Nia laju menoleh kepalanya ke arah pintu bilik.

Harris Amsyar yang terlihat figura wanita bersama tudung yang menutupi wajah itu terus terjerit spontan. "Valak!!" Lintang-pukang dia meninggalkan bilik.

Sarah Nia di dalam bilik sedang terpinga-pinga. "Valak dia cakap aku? Aku seram sangat macam Valak ke?" Dia menilik dirinya di hadapan cermin bersama tudung yang menutupi wajahnya itu.

Dia tersenyum jahat. "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Hyah!"

Dalam pada masa yang sama, Harris Amsyar sedang berlari sambil menoleh kepala kebelakang. Takut 'Valak' itu mengejarnya. Dengan cemas dia berfikir di mana dia harus menyorokkan diri.

Dia memandang sekeliling. Bilik sebelah dapur? Bilik air? Belakang sofa? Ahh... semua tempat tu 'dia' senang jumpa. Kat mana ni... sedang dia berfikir, dia terlihat stor di bawah tangga. Tanpa berfikir lama, dia terus membuka pintu stor itu dan menyorokkan badannya daripada dijumpai 'Valak' itu.

Sarah Nia menuruni tangga dengan sengihannya yang membunuh. Lagak seperti pembunuh bersiri yang sedang mencari mangsanya. Tidak sabar rasanya untuk basahkan pisau tangannya dengan darah.

Perlahan-lahan dia menuruni tangga. Sedang dia berjalan, oops! Tersepak duit syiling pulak.

Kling, Kling, Kling, Kling...

Duit syiling yang jatuh tergolek itu menghasilkan bunyi apabila menuruni dari satu tangga ke tangga yang seterusnya.

Harris Amsyar yang sedang menyorok sudah dup-dap dup-dap. Rasa tekanan yang maha dahsyat menghimpit jantungnya. Allahu Akhbar, selamatkan aku. Doanya di dalam hati. Bibirnya dikemam sekemam-kemamnya (hahaha) supaya tidak mengeluarkan suara.

"Hehehe..." Sarah Nia membuat suara seperti nenek tua atau lebih tepat lagi seperti gelak angin. Saja untuk menakutkan Harris Amsyar.

Pada masa yang sama, Harris Amsyar yang terdengar suara 'Valak' itu terus menutup tubir matanya. Tiga saat selepas itu, dia membuka semula matanya. Bukan apa, rasanya kalau tutup mata waktu 'segenting' ini seperti tidak kena pula.

Mata Harris Amsyar melilau-lilau memandang sekeliling. Tiba-tiba hatinya terdetik sesuatu. Kenapa aku rasa tempat ni sama macam dalam scene hero The Conjuring kena benda tu eh? Jangan-jangan...

Kelibat sesuatu berjaya ditangkap oleh bebola matanya.

Jangan-jangan...

Tiba-tiba kelibat itu muncul semula. Coklat. Sama seperti di dalam The Conjuring.

Harris Amsyar melangkah setapak ke belakang.

Kelibat itu melangkah setapak ke hadapan.

Harris Amsyar melangkah lima tapak ke belakang.

Kelibat itu melangkah sepuluh tapak ke hadapan.

Harris Amsyar sudah mula panik. Sudah dapat dia rasakan peluhnya jatuh menitik ke dahi. Dengan kaki yang macam nak menyembah ke tanah, dia sedaya-upaya melangkah ke belakang.

Tiba-tiba. Tiba-tiba kelibat itu mendongakkan wajahnya. Kelibat itu memandang Harris Amsyar dengan pandangan seramnya. Badannya coklat pekat.

Makhluk itu memberi pandangan 'comel tak saya?' kepada Harris Amsyar sejurus mendongakkan kepala. Lalu makhluk itu terus berlari pantas ke arah Harris Amsyar untuk memeluknya.

"Arhhh Lipasssssssss! Nia, tolong! Nia, Nia!" Harris Amsyar menjerit sekuat hati. Bergegar rumah. Bayangkan lelaki yang menjerit. Hmmm... MashaAllah gempa bumi.

Dengan sepantas kilat, Harris Amsyar memulas tombol pintu stor itu dan berlari keluar ke ruang tamu. Tercungap-cungap dia melarikan diri. Padahal jarak tak sampai 50 meter pun.

"Awak kenapa?" Soal Sarah Nia kehairanan.

Harris Amsyar terus menoleh ke arah punca suara yang datang dari dapur itu. Melihat sahaja Sarah Nia, dengan wajah pucat, dia berkata "V-Valak..." dan terus pengsan jatuh ke lantai.

"Eh, Amsyar!" Sarah Nia berlari mendapatkan tubuh suaminya. Dia lupa. Dia lupa yang dia masih memakai tudung hitamnya itu.

"Eh, tapi siapa nak bukakkan selendang ni kalau dia pengsan? Huaaa..."

________________________________________

Diary Harris Amsyar...

Aku tahu aku penakut.
Ye, aku sedar.

Tapi janganlah gunakan kelemahan aku hanya untuk memberi kepuasan.

Aku sedar aku penakut.
Tapi tak semua benda aku takut.

Aku tahu aku tak seberani lelaki lain.
Aku tahu aku tak sesado lelaki lain.
Tapi aku cuba untuk menjadi lelaki yang akan melindungi dan menjaga kau sepanjang hidup aku.

Aku cuba. Kerana aku Amsyar. Suami kau.

Taming The Bad GirlKde žijí příběhy. Začni objevovat