Lissa terjaga dari tidurnya apabila iphonenya berbunyi bunyi minta diangkat. Tangannya meraba raba meja disebelahnya mencari iphonenya. Tanpa melihat nama pemanggil Lissa mengangkat dengan mata yang masih tertutup.
“ hmmmmm?”
Malas malas Lissa menjawab.
“alongggggggggggggg!!!”
Terus Lissa menjauhkan iphonenya dari telinga. Terus segar matanya. Matanya terkebil kebil setelah sepuluh saat terkebil kebil Lissa melihat nama pemanggil. Ariel. Lissa tengok jam dah pukul 11 pagi. Lissa ketuk dahi sendiri. Alamakkk macam mana boleh terlajak tidur ni.
“ alongggg... alonggg dekat mana tu? Jenuh Ariel call dari tadi tak angkat angkat. Ni ha Ariel dah sampai bila nak ambil ? Dah setengah jam Ariel tunggu.. cepatlah ambil rimas ni panas”
Suara Ariel yang seperti merajuk membuatkan Lissa melompat bangun dari katil.
“ alamakkk Rielll.. so sorry along terlajak tidur tadi lepas solat subuh along sambung tidur. Tunggu sekejap.. Riel lepak dekat starbuck dulu nanti along belanja okay? Bye nak siap”
Terus Lissa menguruskan dirinya. Kepala yang berdenyut akibat demam semalam masih tidak kebah. Dia gagahkan juga dirinya bangun dan ambil adikknya di airport. Lissa hanya membasuh mukanya dan menyalit sedikit basic skin care dari klairs. Dapat jugakllah tutup muka pucatnya. Terus dia sarungkan skinny jeans bllack and tshirt blue paras pinggang. Tidak lupa juga cermin mata hitam untuk menutup matanya yang sembab.
Lissa capai kunci kereta dan singgah didapur. Terlihat kedua dua orang gajinya ada disitu.
“ Mak Limah , Lissa pergi ambil Ariel dulu ye? Maybe tak makan tengah hari dekat rumah kot. Kami lunch dekat luar. Ni nanti kalau ada siapa siapa cari Lissa cakap dekat depa cek keluar kejap kalau penting tinggal ja apa apa pesanan dekat mak Limah okay?”
Mak Limak hanya mengangguk. Tersenyum dia melihat Lissa yang kelam kabut. Majikannya itu sungguh lah tak serupa macam umurnya perangai. Selepas mendapat jawapan dari Mak Limmah Lissa berlari ke kereta mini coopernya. Dia memecut selaju boleh untuk sampai ke airport Langkawi. Kesian adiknya menunggu lama. Sampai je diairport Lissa memarking kan kereta di parking lot. Terus kakinya kelam kabut turun dari kereta. Lissa melihat dirinya sekilas di cermin. Dia mengemaskan rambutnya yang agak serabut. Mujur rambutnya jenis lurus kalau curling mampus.
Sedang kelam kabut masa mahu memasuki pintu utama airport badan Lissa terlanggar seseorang dengan kuat. Terduduk Lissa dibuatnya. Aduimakkk jatuh lagi. Orang yang lalu lalang hanya memerhati. Lissa cepat cepat bangun dan menghadap orang yang melangggarnya tadi. Lissa memandang tajam kepada lelaki dihadapannya. Tidak nampak muka sepenuhnya kerana dia memakai cap dan cermin mata hitam. Lissa membetulkan spek mata hitamnya di hidungnya. Masing masing merenung mata memasing walaupon kurang pasti adakah kedua duanya memandang satu sama lain akibat cermin gelap.
“ ehemmmm.. tak reti nak minta maaf ke pak cik? Dah lah langar saya lepastu tak tolong saya bangun pulak tu huh”
Lissa melibas libas bontotnya yang terasa sakit. Dia hanya mencebik memandang lelaki dihadapannya. Ambik kau dapat title pak cik dari aku.
“ ehemm .. maafkan saya ya cik kalau tak silap saya tadi cik yang kelam kabut sangat sampai tak nampak saya berdiri depan cik”
Lelaki itu memandang Lissa dihadapannya. Geram dibuatnya dah langgar orang panggil pak cik pulak tu. Aku yang tegap muda ni dia panggil pak cik. Oh lupe perempuan di hadapannya ini rabun kot lagi lah dengan cermin gelapnya itu. Positive Fariq Adrian.
“ erkk?... ahhh apa apa ajalah. Kalau salah cek, cek nak minta maaf. Pak cik saya minta diri dulu.. “
Terus sahaja Lissa berlari menuju starbuck. Matanya mencari cari adiknya. Nahh.. hujung betul duduknya. Tanpa Lissa sedari iphonenya terjatuh semasa dia tergolek.
Fariq menggeleng melihat perangai budak perempuan zaman sekarang ni. Makin moden makin pelik. Matanya menangkap iphone 8 yang berada dikakinya. Hesh nyusahkan aku pulak nak cari budak ni. Hmm..
YOU ARE READING
MY PROF ♡ 《Slow Update》
Romancecerita ini tiada kaitan dengan manusia sama ada hidup atau mati. Hanyalah rekaan semata mata. Apa apa pon baca dulu. Hapoy reading Lissa- "kalau sanggup ambil risiko takkan nak mengalah sebelum berjuang" Fariq - "saya sanggup ambil risiko unt...
