MP♡ 8

2.7K 55 0
                                        

Keesokkan paginya Lissa perlahan lahan tersedar daripada tidurnya. Dia mengelip ngelipkan matanya memandang tempat yang asing baginya. Last perkara dia ingat dia kena ti... tikam. Lissa meraba perutnya. Terdapat plaster besar di perutnya. Lissa mengeluh kuat. Benda yang ditakuti telah pon terjadi. Lissa cuba bangun dari baringnya. Rasa sakit diperutnya agak mencucuk membuatkan Lissa hendak menjerit kuat kuat.

Lissa memandang di dalam biliknya. Kosong. Mana adiknya? Lissa bangun perlahan lahan untuk turun dari katil. Dia memaksa kakinya untuk bergerak dan dibawa bersama air yang mencucuk di tangannya. Aduh susah betullah. Dia berlalu ke tandas. Dia memeriksa mukanya di cermin.

“ mujur lah dia tak sentuh muka aku.. kalau tak.. huh jatuh lah sahamnya”
Lissa mengikat rambutnya yang panjang mengurai dipinggangnya. Ala ala ekor kuda. Lissa membasuh mukanya dan berlalu ke katilnya.

‘ bosan gilaa... apa aku nak buat ni?’ Lissa memandang jam didinding pukul 10 pagi. Lissa bergerak perlahan lahan ke pintu dia mahu keluar menghirup udara segar. Dia buka pintu terkejut dirinya apabila seramai emppat orang polis berada di hadapan biliknya. Semua pakat pakat memandangnya. Semua bergerak serentak menghalang laluan Lissa. Lissa merengus kuat.

“ please bagi saya jalan jalan sekejap. Saya bosan duduk dalam bilik tu”
Kata kata Lissa langsung tidak diendahkan oleh empat anggota polis tu. Lissa mencebik dia mencari akal macam mana dia mahu melepasi polis polis ini. Ting.

“ errrr abang polis .. boleh tolong Lissa tak .. Lissa nak pergi tingkat atas nak ambil udara segar. Nanti kalau Lissa tak sihat abang polis tak dapat isi maklumat. Macam mana hermm?”

Lissa menguis nguis lengan salah satu abang polis betul betul dihadapannya. Abang polis itu hanya merenung Lissa tanpa perasaan. Dia menolak tangan Lissa perlahan. Brrrrrr.. dia tolak. Fine.

“ kalau awak semua halang saya, saya beritahu dekat ketua awak suruh pecat kamu semua”

Lissa menguggut semua polis dihadapannya. Lissa ni memang hilang akal apa main ugut polis pulak. Semua polis disitu terkebil kebil dengar ugutan gadis dihadapannya. Salah seorang polis disitu mengeluh. Degil betul gadis ni. Duduk dalam bilik tak nak. Hish.

“ baiklah kalau itu cik Lissa nak tapi kami akan sentiasa ikut cik Lissa ke mana cik Lissa pergi. Kecuali ke tandas”

Lissa hanya tersenyum kemenangan. Dia berjalan ke arah lift semua yang berada disitu memandang Lissa. Lissa hanya melemparkan senyum. Tiba lift terbuka Lissa masuk serta empat orang polis tadi. Sampai ditingkat paling atas Lissa keluar. Lissa tersenyum lebar. Serupa macam orang baru keluar dari penjara je lagaknya. Lissa pergi ke hujung atap itu. Disitu dia memejamkan mat sambil menikmati angin yang meniup mukanya.

Lissa tidak sedar bahawa ada orang memerhatikannya. Fariq tergelak kecil. Dia teringat kejadian tadi Lissa sedaya upaya mencari alasan untuk melepasi empat polis tegap itu. Kental betul hati polis polis itu apabila di seduce oleh Lissa. Last last ugut jugak baru lah Lissa boleh pergi. Fariq berjalan ke arah salah seorang polis.

“ saya Doc Fariq .. boleh saya melawat cik Lissa?”

Polis itu hanya mengangguk. Fariq pergi ke arah keberadaan Lissa. Lissa yang sedang kusyuk menikmati angin menghembus mukanya tidak perasan ada orang dibelakangnya. Fariq teringat ketika Lissa mengejutkannya di tepi pantai semalam. Fariq tersenyum jahat.

Fariq mendekatkan kepalanya ke arah telinga Lissa.

“ sayang....”
Perlahan sahaja bunyinya. Cukup untuk buat Lissa melatah.

“ ehh bana kau sayang”
Lissa tergerak sikit badannya ke belakang. Dia cepat cepat memandang belakang. Tanpa disangka sangka bibir Lissa melekat di pipi Fariq. Fariq pulak yang terima kejutan. Membulat matanya. Lissa yang baru tersedar cepat cepat menjauhkan dirinya dari lelaki yang dia tidak kenal itu. Lissa mengetuk dahinya kuat.
‘ aduh sakitlah pulak’ Lissa menggosok kembali dahinya.

Suara gelak menarik perhatiannya. Lissa memandang lelaki dihadapannya. Terkejut bukan main Lissa apabila mendapati lelaki semalam berada dihadapannya. Lissa rasa seram sejuk. Adakah dia musuhku? Lissa mengundurkan dirinya ke belakang. Fariq memandang pelik melihat muka cemas Lissa. Fariq baru menangkap riak cemas Lissa kenapa.

“ Lissa relax ni saya doktor Fariq. Saya disini untuk melihat keadaan awak. Saya yang merawat awak semalam”

Kata kata tah mengapa membuatkan Lissa lega. Dia memandang tepat ke arah lelaki yang memperkenalkan dirinya doc Fariq. Lissa mengingati muka lelaki itu. Nahhh.. dia lah mengusik aku semalam di tepi pantai. Lissa tersenyum. Fariq pulak yang memandang pelik. Aikk.. gila pulak ke Lissa ni?

“ dah kenapa pulak tu tersenyum. Nampaknya awak dah okay lah tu. Dah boleh berjalan jauh. Boleh melatah lagi. Saya turun dulu”

Fariq terus bergerak ke arah Lissa. Dia menarik getah rambut Lissa dengan sekali rentap rambut Lissa mengurai. Terkebil kebil Lissa dibuatnya. Baru dia mahu bersuara suara Rafiq mencelah.

“ awak seksi sangat. Tolong lah tutup sikit leher tu. Polis polis itu telan air liur je tengok leher awak tu. Ha pasal semalam kalau saya tak halang awak dari pandangan mat rempit agak agak dah kena rogol kot”

Tegas sekali suara Fariq. Tapi cukup didengari oleh Lissa sahaja. Lissa yang mendengar hanya menundukkan wajahnya.

“ maaf...”

Fariq tersenyum. Perkataan maaf dimulut Lissa membuat hatinya kembang. Lissa seolah olah menganggap dirinya istimewa untuk gadis itu. Fariq berdehem sedikit sebelum membuat muka serios. Dia mengusap kepala Lissa kasar. Terus dia berlalu pergi. Lissa mengangkat kepalanya. Dia memandang kelibat Fariq yang sudah jauh darinya. Hatinya berbunga bunga. Dia tersenyum gatal. Lissa tergelak perlahan. Mulutnya tak henti henti senyum. Macam ni ke rasa diri dilamun cinta. Lissa tergelak lagi.

Polis yang memerhatikan Lissa memandang muka Lissa pelik. Semua memandang antara satu sama lain. Selepas beberapa minit melayan perasaan baru Lissa menyedari bahawa dirinya dibawah pengawasan polis. Lissa membuat muka tanpa perasaan. Dia berjalan melepasi polis itu. Keempat empat polis itu mengekori Lissa. Lissa kembali ke biliknya. Adiknya tiada. Tiada siapa melihatnya ketika ini.

Lissa memandang makanan yang telah terletak di meja hadalan katilnya. Lissa merengus kuat. Apa dia ingat aku budak kecil ke apa bagi makn jeli.
“ hah!”

Lissa menjauhkan makanan itu daripadanya. Selelas itu adiknya dengan pekerja pekerjanya baru sampai. Lissa tersenyum memandang mereka semua. Lagi lagi matanya meangkap makanan yang dibawa oleh Ariel.

“ Ya Allah susah susah je”

Terus tangannya mengambil plastik ditangan Ariel. Dia makan tanpa memandang orang yang berkumpul disekeliling katilnya. Lima orang pekerja berada disitu langsung tidak dipedulikan oleh Lissa. Lissa kusyuk melantak kfc yang dibawa oleh Ariel. Semua disitu memandang satu sama lain.

“Cik Lissa!!!”

Saura kelima lima orang itu mengejutkan Lissa. Tersedak dirinya cepat cepat mengambil air yang berada disebelah Ariel. Dia meneguk air botol kecik itu sehingga separuh. Lega.
Lissa memandang tajam ke arah semua yang memandangnya. Belum sempat mereka berseuara Lissa mencelah. Apa nak Jadi lah dengan Lissa ni asyik memotong cakap orang je.

“ okay stop.. Lissa tak nak dengar apa apa. Lissa okay.. jangan risau. Yang kau orang kenapa panggil aku macam aku ni mati je”
Lagi sekali suara kelima kelima orang bergabung.

“ cik Lissa!!!”

Lissa menutup telinganya. ‘ ya Allah pekak aku dibuatnya’

MY PROF ♡ 《Slow Update》Where stories live. Discover now