MP♡ 3

3.8K 37 0
                                        


Pada malam itu Lissa bergerak ke cafenya mahu melihat perkembangan cafenya yang sudah tiga hari tidak menjenguk. Selepas menyarungkan hoodie gray dengan seluar sport hitam dia memanaskan enjin mini coopernya. Jarak antara rumahnya dengan cafe utamanya hanya 4km je jaraknya. Sampai je di cafe Lissa melihat ramai pelancong dari luar negara datang ke cafenya. Alhamdulillah. Perkerja disitu yang sedang kelam kabut menyelesaikan tugas lagi kelam kabut dibuatnya apabila nampak cik bos sudah tercegat dipintu. Lissa hanya tersenyum melihat pelanggan yang ramai. Dia masuk ke dapur . Melihat keadaan yang sedang kelam kabut itu. Salah seorang pekerja menegurnya.

“ Bos Lissa nak makan apa apa ke? Atau nak air? Kami nak bos rasa resepi baru kami. Nanti kami hantar dekat depan”

Ketua chef disitu berbual sambil tangannya lincah bekerja menyiapkan makanan untuk pelanggan. Dia suka kerja disini dari kerja hotel lima bintang kerana perkerja disini sangat ramah dan bosnya pon cantik dan baik hati.

“ hmmm resepi baru? Boleh lah Chef Razif.. nanti hantar dekat bilik saya. Saya ada benda nak siapkan nak tengok stok bahan apa yang tak ada macam macam lah. Guys guys pengunguman... attention for a minute please”

Bunyi tepukan dua kali Lissa membuatkan dapur yang bising dengan bunyi periuk belanga terus senyap. Semua mata yang berada didapur memandang ke arah bos mereka.

“ saya nak buat urgent meeting kepada semua pekerja bila kedai ni tutup okay.. and lagi satu tak kiralah senior ke junior ke semua masuk bilik meeting. Saya ada hal penting nak bincang. Okay sambung semula kerja kamu. Nanti dah siap kerja saya diatas saya bantu apa yang patut dekat bawah okay.. “

Serentak mereka balas
“ baik cik bos”

Tiada seorang pon yang mengeluh apabila mendengar urgent meeting. Bagi semua pekerja disitu semua dilayan sama rata. Mereka bertahan dengan bos mereka yang hampir 3 tahun sebab bos mereka itu sangatlah bertimbang rasa dengan mereka. Lissa kalau ada pekerja yang nak berhenti kerja dialah orang lertama yang kata kenapa. Bagi mereka mereka bertuah bekerja dibawah Bos Lissa. Orang habisan spm pon dia terima bekerja.

Sampai dibilik Lissa memerhatikan biliknya. Lissa tersenyum terus dia buka macbooknya. Matanya melihat aturan duit yang keluar masuk dekat bank. Dia tak lupa nak emelkan tiket adiknya. Rindunya dekat keluarganya. Yang adik lagi sorang tu jarang betul nak call dirinya. Tiba tiba iphone nya berbunyi. Tersenyum lagi sekali Lissa melihat nama pemanggil. Tau tau je dia alongnya tengah rindukannya.

“ Assalamualaikum along”

Tersenyum Lissa mendengar. Alhamdulillah mendengar perubahan adiknya seorang tu.

“ Waalaikumsalam Aqief.. awat jarang na call along? Busy sangat ka? Ka hang main aweks dekat sana sampai along hang ni lupa nak call?”

Tergelak Aqief mendengar loghat utara along. Bukan apa bila along yang cakap rasa pelik pulak.

“ ehhhh gelak pulak budak kecik ni”
Aqief berdehem.

“ along tak habis habis panggil Aqief budak kecik. Aqief dah 23 tahun okay. Dah boleh kahwin dah pon. Hish... Haah along Aqief busy dengan exam. Aqief study sampai lupa nak call along. Mana ada Aqief main aweks... Aqief nak along Aqief ni kawin dulu barulah Aqief fikir nak ada awek... ni along sihat tak? Your voice crack”

Lissa memang tak sihat sikit hari ni. Hmmmm makin sayang dengan adik sorang ni. Lupa bahawa adiknya seorang ni bakal doktor. Dia membetulkan suaranya.

“ alaaaa Aqief kecik lagi bagi along. Aqief tak habis habis suruh along kahwin. Hmmmm... along sihat je ni cuma penat sikit.. nanti along makan panadol elok lah. Ni Aqief study elok elok along hantar sana bukan suruh main main. Baiki mana kena baiki. Along sentiasa support Aqief”

MY PROF ♡ 《Slow Update》Where stories live. Discover now