Sampai je dirumah Lissa menukar bajunya kepada baju santai. Dia memakai seluar pendek paras peha dan baju putih longgar paras pinggang. Rambutnya dibiarkan lepas. Orang gajinya sedang merehatkan diri. Lissa melihat lauk didapur yang telah dimasak oleh pembantunya. Oh my God makanan kegemarannya tomyam dan omelette. Nice. Lissa ni reti masak tapi tulah kepakarannya hanya ditunjukkan di Cafe nya sahaja itupon kalau family dia datang baru dia sebok memasak. Bukan tak nak memasak cuma penat tak boleh dibawa bincang sungguh. Lissa memenuhkan perutnya dengan nasi dan lauk kegemarannya.
Macam ni lah selalu kalau balik lambat mesti dia makan seorang. Orang gajinya sudah makan dahulu. Kalau menunggunya mahu kena gastrik perut. Selepas makan Lissa merehatkan diri di dalam biliknya. Iphone nya menjerit jerit berbunyi mintak diangkat. Lissa tersenyum melihat nama pemanggil.
“ yes darling .. wassup?”
“apa along ni.. darling darling pulak dengan Riel. Along esok Riel sampai Langkawi. Sebab mama suruh Riel datang teman along”
Terus tersenyum suka Lissa apabila adiknya akan datang sini.
“ Yo lahhh... ni nak along tempah tiket ke or nak naik feri? Along malas nak tunggu Riel dekat jeti along tempahkan tiket je lah ye? Ni lagi satu mimpi apa nak datang teman along? Tak menangis ke aweks disana bila kau duduk sini?”
Mengusik adik je tau Lissa ni. Dia sudah tahu bahawa adik dia ni elergic dengan perempuan. Dia pon tak tahulah kenapa muka dah ada duit ada baik pulak tu adiknya sorang ni. Jangan kunyit sudah lah adik aku ni.
“ alonggg!! Jangan nak usik Riel okay.. yang along tu bila nak kahwin. Riel dah kempunan nak anak buah yang comel ni. Asyik Riel je kena panggil baby lah darling dengan along. Bile lagi nak cari darling dengan baby sendirian berhad punya?”
“ hemoi hemoi.. ingat senang ke nak dapat ? Kena kahwin dulu baru dapat anak buah comel. Tapi tu lah calon pon tak ada lagi nak kahwin. Riel nanti kau datang sini tolong along cari abang ipar ye?”
Lissa bercakap dengan nada tak ada perasaan. Hish aku bile disuruh kahwin ni yang aku lemah ni. Lepastu budak ni pulak nak anak buah. Apa ingat boleh petik macam nak pilih ikan je ke?
“ along ingat nak cari abang ipar senang ke? Riel nak cari yang sesuai dengan along ni, susah sebab along ni perangai mengalahkan budak tak cukup akal. Asyik nak membahan orang je. Tu ler kena cari yang kuat sikit mental kalau tak baru satu hari kahwin dah jadi janda. Kesian...”
Membulat mata Lissa mendengar jawapan adiknya. Tak boleh jadi ni.
“ Elemekk kau budak kecik diam. Ni along tanya ni nak naik apa datang sini?”
“naik kaki lah along woi”
“ pasaipa tengin sangat ni. Akak ang tanya eelok elok dia dok main main. Ha datangllah along tak nak ambik”
“ buruk na kalau orang tua merajuk. Naik flight lah along. Penat lah nak seret beg kehulu kehilir. Ni nanti ambik Riel jangan nak ambik guna kereta mewah kang tak pasai pasai femes pulak Riel ni nanti”
“ perghhh kau ni kalau nak label along jangan orang tua panggil lah kakak cantik ke apa ke ni tak orang tua. Hmmmm sedar diri lah juga dah tua. Hahaha tak de maknenya along nak ambil kau guna gtr along hantar teksi je nanti”
“ hahahahahha baru nak sedar diri ke dah tua? Woiii kata nak ambil Riel ni apa kes hantar teksi. Orang nak jumpa dia, dia suruh teksi ambil pulak merajuk ahh macam ni”
“ alololo merajuk pulak baby kita ni. Ye lah along ambil. Ni along tempah tiket pagi tau nanti along emel. So.. nanti kita sembang lagi ye along belum solat bye”
Lissa terus letak iphonenya tanpa menunggu balasan adiknya. Dia terus berlalu solat zuhur apabila jam sudah menunjukkan pukul 3:30.
Ariel dihujung talian tersenyum. Macam ni lah alongnya bukan suka nak tunggu balasan orang bila nak akhirkan bualan. Dia dibilik terus berlalu ke ruang tamu. Mahu berbincang dengan mama dan papa tentang perginya ke Langkawi. Sebenarnya mama dan papa nya tak tahu pon dia nak ke sana. Hahahhaa dia gelak jahat dalam hati.
“ mama papa busy ke?”
Ariel menganggu fokus kedua orang tuanya yang sedang menonton movie.
“kenapa? Ni mesti ada apa apa ni. Senyum lebar sangat . Kenapa awek dah balas mesej ke?”
Encik Faiz mengusik anak bujangnya yang satu ni. Dia faham benar dengan anak terunanya itu. Ni mesti pasal alongnya. Hish rindu pulak dengan anak sulungnya itu.
“ tak tadi Riel call along cakap nak datang Langkawi esok... boleh ye papa mama.. Riel nak juga buat duit kerja dengan along dekat sana.. sementara cuti ni. Nanti Riel selalu buat video call dengan mama okay?”
“ pergilah ... tapi jaga perangai tu dekat sana. Jangan susah kan along. Along penat cari rezeki bagi kita makan. Kesian dia. Nanti Riel duk sana tengok tengokkan lah along ye? Kami rindu sangat dengan dia. Kami tak nak ganggu dia .. kalau kami ke sana kena jaga kami pulak...”
Puan Yati berharap sangat anak sulungnya itu balik ke pangkuannya tapi tu llah kerjaya disana bukan biasa biasa. Terpaksalah dia tahan hati nak lawat anaknya. Dia bukan tak nak pergi sana Cuma dah tua ni malas nak tinggal kkan rumah lama lama.
“ apa mama ni? Along suka je mama dengan papa pergi sana. Ye kat sana Riel takkan susahkan along. Dia lah kakak Riel yang paling Riel sayang. Mama abang Aqief tak call ke bila dia nak balik? Riel rindu dah dengan dia. Kalau dekat Malaysia boleh lah kita lawat ni dekat Ireland sana...”
“ Ada abang kamu call mama pagi tadi. Dia kata nak balik sini. Nanti inshaAllah kami datang Langkawi dengan dia. Jangan tangguh pulak nak pergi Langkawi kesian along kamu and jangan bagi tahu along pulak kami nak datang nak suprisekan along awak tu”
“ ye ke papa mama? Eeeee tak sabarnya.. Riel naik dulu lah nak kemas baju”
Kedua orang tuanya hanya mengangguk. Riel sentiasa bersyukur menganugerahkan family yang sangat bahagia. Dia tidak lupa akan jasa alongnya yang penat sara keluarganya mencari duit. Alhamdulillah kami hidup selesa sekarang. Alongnya idolanya sampai bila bila dia takkan benarkan sesiapa sakitkan hati alongnya. Along tak kahwin sampai sekarang sebab nak sara kami. Itu buat dia sebak .
Sebab tu dia nak jadi lawyer nak balas jasa alongnya. Abangnya Aqief jadi orang lebih baik kerana along yang tegas dengannya. Bukan apa abangnya itu kalau tak sekarang dah jadi budak kutu rayau bandar. Disebabkan along lah dia berubah. Lepas dia kena marah kaw kaw dengan along sebab asyik menyusahkan mama dengan papa. Sejak kena marah dengan along terus dia sambung belajar. Along hantar dia ke luar negara. Harap harap perangainya jadi lebih baik. Abangnya itu kadang kadang marah juga dengannya sebab along lebih rapat dengannya. Tapi aku Riel yang malas ambil pusing hanya malas nak berkata apa apa. Dia sayang abangnnya itu.
VOCÊ ESTÁ LENDO
MY PROF ♡ 《Slow Update》
Romancecerita ini tiada kaitan dengan manusia sama ada hidup atau mati. Hanyalah rekaan semata mata. Apa apa pon baca dulu. Hapoy reading Lissa- "kalau sanggup ambil risiko takkan nak mengalah sebelum berjuang" Fariq - "saya sanggup ambil risiko unt...
