Manja (6)

4.7K 246 5
                                    

Hari ini akhirnya kami tiba di kediaman ibu saudara Laila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini akhirnya kami tiba di kediaman ibu saudara Laila. Satu-satunya waris yang Laila ada. Aku kerling pada Laila yang memeluk lengan emak dengan erat. Emak tepuk-tepuk lengannya. Cuba menenangkannya mungkin. Emak, aku lihat bukan main sayang dengan Laila. Bila aku suarakan kesungguhanku tempohari. Emak dulu-dulu lagi sudah setuju. Bagi emak Laila sudah cukup sempurna untuk menjadi menantunya biarpun gadis itu tidak punya suara.

Aku fikir emak akan membantah bila mengenangkan aku yang tidak punya kerja tetap tapi emak siap katakan yang dia rela membantu aku. Asalkan Laila menjadi menantunya. Entah siapa yang lebih teruja. Aku atau emak. Bapak pula seperti biasa menyokong setiap tindakanku.

Tapi jangan risau. Aku sudah pun menerima tawaran kerja dari sebuah kilang di Bandar berdekatan kampung kami. Sebelum ini aku asyik menolak tawaran yang ada kerana aku fikir mahu enjoy bekerja sendiri. Tidak terikat dengan mana-mana majikan. Namun mengenangkan kembali yang aku bakal bergelar suami. Haruslah aku punyai kerja yang tetap untuk menyara keluarga kecil kami nanti.

Bapak beri salam pada penghuni rumah. Aku pandang sekeliling rumah yang kelihatan daif itu. Patutlah Laila tidak mahu menyusahkan ibu saudaranya ini.

Muncul seorang wanita sebaya emak dari muka pintu menjawab salam.

Matanya terpaku pada Laila.

"Lara?"

Laila angguk sebelum mendapatkan ibu saudaranya itu. Langsung dia berpelukan dengan wanita itu dengan air mata yang laju menuruni pipinya.

"Ya Allah Lara.. Mak ngah cari Lara. Tapi..." Air mata mak ngah Laila ikut turun laju. Pipi Laila dicium bertalu-talu.

"Syukurlah kamu dah balik nak..."

****

Kami duduk bersila di ruang sempit rumah itu. Biarpun kelihatan daif namun masih kemas pada penglihatan aku. Di hujung ruang tamu atas seorang lelaki sedang terbaring tidak berdaya. Suami kepada Mak ngah yang menghidap penyakit strok.

"Lara sebenarnya anak kepada abang saya. Ibu bapanya meninggal waktu dia berumur sembilan tahun. Lemas waktu nak selamatkan Lara ketika mandi laut dulu. Mulanya abahnya selamatkan Lara. Kemudian ibunya pula. Tahu-tahu mereka suami isteri lemas bersama. Selepas itu, maksunya ambil bela sebab mereka suami isteri tiada anak. Adik saya itu memang sayang sangat dengan Lara ni. Kemana saja dia bawa Lara. Tidak pernah berenggang. Hinggalah dua bulan lepas. Adik saya accident. Kena langgar lari. Kami semua bersedih. Lara apatah lagi. Sudahlah kehilangan emak ayah. Kini maksunya pula..."

Kami hanya berdiam mendengar kisah yang diceritakan ibu saudara Laila itu. Laila aku lihat sudah tersedu-sedu disisi mak ngahnya. Pasti teringatkan kisah peritnya. Patutlah bila aku tanya kenapa dia mahu terjun laut dulu. Dia kata mahu jumpa ibu ayahnya. Simpati aku makin meruah pada gadis polos itu.

"Saya nak jaga Lara. Tapi paksunya berkeras mahu menjaga Lara. Kami sebenarnya tak sedap hati. Namun, lelaki itu pandai berpura-pura. Dua hari lepas arwah dikebumi. Tiba-tiba saja dia menghilang bersama Lara.

Kami mula panik. Bimbang Lara di apa-apakan. Bukan kami tak nampak pandangan lelaki tak guna itu pada Lara. Pak Ngah Lara cari mereka merata sebelum tiba-tiba dia kena strok sebulan lepas. Terus pencarian kami terhenti. Hanya doa yang mampu kami beri dengan harapan Lara dilindungi Allah." Mak ngah seka air matanya. Laila terus memeluk ibu saudaranya itu.

"Ya Allah. Berat derita kamu nak.." Mak ikut mengalir air mata. Aku paling ke sisi. Sebak bila melihat Laila dan keadaan keluarga ini.

Bapak tarik nafas dalam sebelum buka mulut.

"Kami datang bukan sahaja ingin temukan Lara kembali dengan warisnya. Kami juga sebenarnya berhajat.."

Dum! Dum! Dum! Bunyi jantung aku berdegup. Harap-harap ibu saudara Laila ini terima hajat kami.

***

Lama Mak ngah si Laila berdiam lepas sesi sampaikan hajat tadi.

"Encik sudi ke bermenantukan si Lara ni. Dia ni serba kekurangan encik. Dulu Lara boleh bercakap. Tapi lepas mak ayah dia meninggal tiba-tiba saja dia jadi bisu. Puas kami berubat. Doktor pun tak dapat bantu sebab katanya Lara yang pilih tidak mahu bercakap. Ibarat trauma katanya. Saya pun tak faham. Nak paksa lebih-lebih kami kasihankan dia. Sudahnya biar saja dia begitu." Mak ngah senyum tawar. Nadanya berbaur serba salah.

Aku berdeham sekaligus menarik perhatian semua orang.

"Saya ikhlas mak ngah. Saya betul-betul sukakan Lara Nurlaila biarpun apa kekurangan dia. Saya harap Mak ngah setuju saya nikah dengan Laila. Saya akan jaga Laila dengan baik. Saya akan sentiasa melindungi dia.. Biarlah saya beri sedikit kebahagian pada dia mak ngah." Bersungguh aku menyakinkan mak ngah.

Mak ngah pandang wajah aku kemudian jatuh pada wajah Laila. Mak ngah tarik tangan Laila lalu digenggamnya.

"Lara macam mana? Lara setuju?" Mak ngah minta kepastian Laila. 

Laila tertunduk malu sebelum mengangguk. Senyum aku tertarik lebar. Terima kasih sayang!

"Kalau dah tuan badan setuju. Mak ngah tumpang bahagia untuk Lara. Hidup dia dah lama menderita. Harap dia gembira dengan kamu."

Aku dah rasa nak meloncat gembira. Syukur Ya Allah. Kau permudahkan segalanya.

MANJA ( Cerita Pendek ) - Free ReadingWhere stories live. Discover now