Manja (1)

8.8K 310 18
                                    


" Manja!" Suara nyaring itu dah berbunyi. Kalut aku matikan laptop. Laju-laju aku capai bantal untuk menutup riba aku. Mampus aku kalau mak tahu apa yang tengok. Emak aku bukan macam orang lain. Dia punya kuasa bebelan tak ada siapa boleh lawan. Lagi-lagi bab benda tak senonoh macam ni.

"Sudah-sudahlah membuta tu Manja oiii! Kamu ingat nasi yang masuk mulut kamu tu tak pakai keringat ke? Astaghfirullahazim... Ya Allah! Apa aku nak buat dengan anak aku yang sorang ni.. Allah! Allah!" Dari luar bilik aku dengar emak buka radio pagi dari bibir dia.

Aduiii.. jari kelingking aku naik mengorek telinga. Boleh cair taik telinga aku kalau asyik dengar bebelan emak. Aku pun tak tahu macam mana ayah boleh tahan dengan kuasa bebelan emak. Ayah selalu tayang muka cool aja. Kagum aku!

"Apa benda mak? Orang dah bangunlah! Ada ni tengah cari kerja secara online. Emak apa tau? Tula mak. Manja suruh mak belajar internet mak tak mau. Yang mak tau main Tik Tok aje," balas aku sedikit kuat. Biar sampai ke pendengaran emak.

Tapi betullah aku cari kerja tadi guna internet yang dipasang bapak aku. Tapi sekejap je. Selebihnya aku melencong ke lawan web tutt.. Faham-faham jelah. Aku ni nama je anak tok siak. Tapi tak lah alim macam bapak aku. Ni semua Fizi punya pasal ni. Ajar lagi aku bukan-bukan! Kan aku dah terikut perangai buruk dia.

Mak kuak pintu bilik aku dari luar. Terjengul wajah dia nan ayu yang macam bini shrek bila tukar jadi raksasa.

"Ingat aku tak tahu apa kau buat dalam bilik lama-lama macam tu? Sebab tu rezeki pun tak mau hinggap. Bengap je otak. Hati tu.. gelap tau kamu tahu tak! Bertaubat manja oii! Kau tak malu ke buat dosa!" Masuk dalam bilik emak sambung bebel lagi sambil kutip kain baju busuk aku dari dalam bakul.

Bila emak sudah masuk bab dosa pahala aku diam saja. Dah memang aku buat benda berdosa pun.
Lagipun baik aku biar emak lepaskan dulu ketidakpuas hatinya. Biasalah orang perempuan. Tu cara dorang lepaskan tekanan.  Tapi tulah syaiton tu suka benar hinggap kat benak aku ni. Nasihat emak macam masuk tak masuk je dalam otak. Malam ni aku buat solat taubat. Insya-Allah! Huhu.

"Tu, bertutup apa dengan bantal hah?" Mak menyergah. Gulp! Kecut perut aku dengar emak jerkah begitu.

Kalut aku bangkit ambil tuala.

"Manja pi mandi dulu." Laju aku berlari ke bilik air.

"Itulah aku suruh cari kerja. Cepat sikit berbini! Taklah dok mengatai sorang-sorang. Bertuah punya anak!" Bla.. bla.. bla.. Panjang lagi bebelan mak. Ish! Emak ni. Mujurlah rumah kami ni jauh dari orang. Kalau tak mana aku nak letak muka aku ni. Aduhai mak ooo mak!

Aku bukanlah gatal nak berbini. Walaupun dalam hati tu teringin juga. Tapi kalau dah dengan tak ada kerja macam mak cakap tu. Nak bagi anak dara orang makan apa?

Siap mandi, aku tengok mak dah tak ada. Hening semula rumah. Lega rasanya. Kat rumah ni aku tinggal dengan mak dan bapak je. Aku ada adik seorang. Sedang bersekolah asrama nun kat utara.

Bapak aku sekarang makan pencen je. Sambil tu dia adalah rumah-rumah yang disewakan. Tanah pun ada. Aku pula buat kerja-kerja kampung. Tukang repair freelance. Dari situlah punca pendapatan kami yang tak seberapa. Bolehlah nak hidup kata orang.

Bapak aku is the best father in the world. Jarang naik marah. Dia cool je. Alah.. aku bukannya tak kerja sangat. Ada yang nak buat wiring rumah. Mereka upah lah aku. Dah itu kursus yang aku ambil dulu. Setakat nak repair barang elektrik tu. Kacang je. Serah je pada aku.

Mak aku.. Walaupun kuat membebel. Itulah mak paling penyayang yang aku ada. Eh! Memanglah aku ada sorang mak tu je. Tapi taktaulah kut aku ada mak tiri. Bapak aku tu boleh tahan handsome dia. Macam anak dia jugak. Muehehe.

Sebelum orang tanya. Baik aku bagitau. Ya, nama aku Manja. Bukan nama betul. Nama timangan yang atuk aku bagi. Sebab mak aku kata masa aku kecik-kecik dulu aku kuat menangis. Panggil Manja baru diam. Terus lekat panggilan itu pada aku. Sampai aku sendiri pun lupa nama betul aku.

Ini kisah aku dan entah siapalah bakal isteri aku tu. Enjoy jelah ye. Nanti kita sambung lagi. Aku nak makan sekejap. Tadi aku tengok mak masak lempeng pisang kegemaran aku. Perghhh! Sedap baq hang!

Cau!

MANJA ( Cerita Pendek ) - Free ReadingWhere stories live. Discover now