Manja (3)

4.9K 229 14
                                    

Aku meninjau rumah batu separuh papan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku meninjau rumah batu separuh papan itu. Sunyi sepi. Mana pulak orang dalam rumah ni?

“Assalamualaikum..”Tak berjawab. Cukup tiga kali bagi salam, aku ambil kunci dalam poket seluar jeans aku. Bapak dah bagi siap-siap sebab bapak kata penyewa itu mungkin tak ada dirumah.

Toolbox aku bawa bersama. Pintu rumah aku kuak perlahan. Sekali lagi aku bagi salam. Sunyi. Betullah kot tak ada orang kat rumah. Baik aku buat kerja cepat-cepat.

Aku tinjau lampu mana yang rosak. Kotak suis okey saja sebelum aku nampak wayar yang terjurai dari lampu tepi dapur yang berada disebelah bilik.

Aku ke stor. Cari tangga. Memang bapak sediakan tangga di setiap rumah sewa. Senang kata bapak.

Selepas aku kangkangkan tangga itu. Kaki aku mula memanjat. Mencari masalah pendawaian yang ada. Sedang aku membelek mata aku tertangkap satu figura indah dari bilik sebelah. Sebab rumah ini berpalang di atas. Kiranya bukan dinding terus ke bumbung.

Aku telan liur. Terbayang pulak figura minah saleh yang kadang-kadang aku tonton itu. Astaghfirullahalazim! Inilah yang Allah murka bila tengok benda kotor. Fikiran akan mula dikuasai nafsu.

Aku raup muka. Tak menoleh lagi si gadis yang sedang polos tertidur dengan berbaju T-shirt dan berkain batik itu. Cepat-cepat aku sudahkan
Kerja aku. Bimbang mata aku menerewang ke betis cantiknya itu lagi. Dada aku ni bagai nak meletup. Semua rasa ada. Risau gadis itu bangun dan fikir bukan-bukan pasal aku.

Elok saja aku siapkan kerja aku. Aku dengar pintu rumah dibuka. Dan selepas itu pintu bilik gadis itu diketuk kuat.

“Bukak pintu sayang..” Oh. Dah ada suami rupanya. Aku masih diatas tangga. Mengemas apa yang patut sebelum aku dengar pintu bilik itu dirempuh. Perempuan itu terkejut dan kelihatan takut. Aku ni dah macam tengok drama pulak.

“Nak kemana sayang? Sekarang kita berdua saja. Mak sedara kau tu dah mampus.” Lelaki itu yang aku kira berusia dalam 40-an gelak berdekah. Siallah! Sebiji gelak syaitan.

Perempuan itu tak bersuara. Tak menjerit. Takut sangat kut. Tapi dia ambil bantal dan segala yang ada lalu dicampak pada lelaki itu. Aku masih tergamam.

Sah! Perempuan tu tak rela. Tapi sekejap kenapa aku rasa mereka bukan suami isteri?

Perempuan tu dah mula menangis. Kepalanya tergeleng-geleng. Aku kena buat sesuatu!

“Aku dah lama nak rasa badan kau ni.. Sebab tu aku bawa kau jauh-jauh. Jangan takut sayang. Meh kat pak cik sayang.”

Pak cik? Jantan ni gila!
Lantaklah nak jadi apa. Aku yakin perempuan tu bukan bini lelaki tu bila mendengar kata-kata seolah akuan itu.

Terus aku lompat kebawah dan menerpa ke bilik itu.

“Hoi jantan tak guna! Kau nak buat apa tu hah?” Sergah aku dari muka pintu. Lelaki itu dah tolak perempuan tadi ke tilam. Cis!

MANJA ( Cerita Pendek ) - Free ReadingWhere stories live. Discover now