5T5B: WB |Bab 10

6.4K 628 346
                                    

"Out of the millions and millions of people that inhabit this planet,
he is one of the tiny few I can never have."
— Tabitha Suzuma

—————————

BERHARI-HARI, tiada sudah khabar antara satu sama lain. Semenjak peristiwa itu, Hana semakin patah hati untuk menghubungi Fahrin. Fahrin pula, sibuk berurusan dengan Sarrah. Selalu keluar berdua, bahkan boleh dikatakan setiap hari bersua muka.

Tapi, ia tak seindah yang dijangka.

Fahrin sememangnya tidak berbahagia apabila bersama Sarrah. Senyuman yang menguntum hanya untuk menjaga hati. Dirinya pula hanya lebih kepada terpaksa menurut daripada rela hati.

Bukannya dia masih berdendam. Bahkan, dia sedang belajar lupakan perkara lama. Kisah Sarrah menjadi "psiko", Raihana yang tinggalkannya, dia perlahan-lahan melupakan semuanya. Hakikat keadaannya kini adalah, dia hanya masih tak bersedia untuk menerima mana-mana cinta. Neutral. Atas pagar.

Namun, melihatkan Sarrah yang begitu bersungguh-sungguh menarik hatinya, meskipun ungkapan cinta itu tak pernah diungkapkan persis dulu, Fahrin sejujurnya sedang jua menilai isi hati Sarrah.

Langkah diatur ke bilik Hana dahulunya. Cadangnya mahu mengemas bilik itu, mengosongkan segala yang patut seperti sediakala. Pastinya Hana akan meninggalkan sedikit sebanyak benda tak penting dalam bilik tersebut.

Tapi, tak mustahil juga bilik tersebut sudah dibersihkan. Sedangkan satu rumah pun Hana yang kemas.

Fahrin melihat sekeliling bilik itu. Memang betul pun, dah sama macam biasa. Tanpa sampah sedikitpun yang bersisa.

Dia berdiri sejenak di birai katil. Tak mampu dinafikan, sememangnya terasa lain juga bila bilik itu mula kosong tanpa penghuni. Meskipun Hana menumpang di rumahnya hanya untuk beberapa bulan.

Fahrin termenung dan bermonolog sendiri.

Minah tu mesti bahagia betul duduk sana. Sampai aku langsung tak ditegurnya. Tak guna. Kut ya pun, tanyalah khabar ke, apa ke. Dahlah aku telefon semalam dia tak angkat. Kelmarin pun tak. Eloknya dipulas telinga tu sampai bengkak. Siap dia kalau aku jumpa dia nanti.

Dia lantas berlalu ke luar. Sebelum kemudian, tiba-tiba, matanya terpandang bahagian laci meja solek yang terbuka. Terus dia menghampiri laci tersebut.

Tatkala laci itu ditarik, Fahrin terlihat kotak kecil di situ. Berserta contengan di atas permukaannya berupa hasil tangan Hana.

'Untuk sepasang mata yang boleh dan selalu melihat.

Ya, untuk kamu.'

Kening Fahrin terangkat seketika.

Dia pantas mengambil kotak tersebut lalu dibeleknya. Isinya diperhatikan sebelum dia mula meneliti satu persatu kepingan gambar yang bersusun itu.

Kesemuanya adalah gambar sepanjang dia berada di sini yang entah bila ditangkapnya.

Yang paling tak menahan, gambar Fahrin juga terselit di situ. Secara diam-diam tanpa Fahrin sendiri sedari. Dalam keadaan wajahnya tegang, seperti biasa, tanpa senyuman.

Dia melihat wajahnya sendiri. Memang nampak garang ya amat. Tak ada satu pun gambarnya yang tersenyum.

Gambar itu kesemuanya dibelek lagi.

5 Tahun 5 BulanHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin