BAB 5

55 1 0
                                    

Aqil POV

Aku menanti kedatangan Trish sambil mengacau air dengan straw. Akibat kebosanan aku mengambil iPhone ku di dalam poket lalu membuka aplikasi whatsapp.

Aku buka conversation aku dengan Trish. Hmm double tick.
Mesti tengah drive. Tadi kata lagi 15 minit.

Haih perempuan perempuan. Bersiap tak pernah cepat. Nasib baik sayang. Aku tersenyum kecil apabila teringatkan Trish.

Sedang aku mengelamun sebuah beg tangan diletakkan di atas meja. Serentak dengan itu kerusi ditarik lalu insan yang aku nantikan telah tiba dan duduk di hadapanku.

"Hai sayang. Sorry lambat sikit", Trish tersenyum manis.

"Takpe baby. I pun baru smpai", ceh tadi bukan main membebel sorang - sorang.

Trish hanya mengangguk kecil lalu aku memanggil waiter. Aku menunggu Trish memesan makanan sambil itu aku merenungnya.

Masih sama seperti aku mengenalinya 3 tahun lepas. Wajahnya cantik dan lembut. Tak mungkin aku akan menduakan Trish.

"Kenapa tengok I macam tu?", Trish bertanya sebaik waiter tadi beredar.

"Saja. Rindu", sengaja aku kenyitkan mata dan mempamerkan senyum yang paling manis buat Trish.

"Gedik", Trish menjeling geram dan tindakannya itu mengundang ketawaku.

"How's Japan?", aku bertanya.

"Seronok sangat sayang. Tapi kejap je i dapat jalan - jalan sebab busy", Trish menjawab sambil menyelitkan rambutnya ke telinga.

Trish baru pulang dari Jepun 3 hari lepas atas urusan kerja. Dia bekerja dengan ayahnya. Aku kagum dengan Trish. Walaupun dia masih muda tetapi sudah menggalas tanggungjawab yang besar.

"Sayang bila kita nak pergi Japan?" Soal Trish.

"Nanti bila dah kahwin kita pergi lah. Haa cakap pasal kahwin i teringat bila you nak bawak i jumpa parents you?", giliran aku pula bertanya.

"I tak ready lagi lah", jawapan yang sama aku terima.

Aku berasa hampa kerana sejak tahun lepas Trish aku menyuarakan hasrat untuk menjadikan dia suri hatiku. Tetapi dia asyik memberi alasan yang sama.

"You ni sebenarnya sayangkan I ke tak?", sengaja aku mengujinya.

"Kenapa you cakap macam tu? I sayang you cuma I belum sedia nak berumah tangga. Everyday I busy dengan kerja. Bagi lah I masa untuk I sesuaikan diri", suara Trish mulai meninggi sedikit.

Pertemuan yang sepatutnya menjadi pengubat rindu bertukar menjadi tegang. Semuanya gara - gara aku yang mendesak Trish.

"Dah la. I malas nak cakap pasal benda ni lagi. I balik dulu", Trish mengambil handbag dan terus berlalu.

Aku mengeluh hampa. Haa kau ni Qil dah tau perempuan kuat merajuk pergi tanya soalan yang dia tak suka kenapa. Kan dah merajuk.

Terpaksa lah aku pujuk dia malam nanti. Aku membayar harga makanan serta minuman yang belum sempat dimakan. Setelah itu aku memandu pulang ke rumah.

Aku Yang TersakitiWhere stories live. Discover now