Riyadh tergelak mendengar omelan isterinya.Dia pun memang ada sedar tadi yang sekumpulan gadis itu seakan memandang ke arahnya.Tapi mungkin dia ingatkan mereka pandang kereta Audinya tu.

"Ohh.. patutlah belum apa-apa lagi dah cium saya dulu ya? Nak bagi coplah tu?" Riyadh tergelak lagi.Ain turut sama tergelak melihatkan keduanya.Dah agak dah! Patutlah berani semacam je Aurell mencium Riyadh.Rupanya nak menunjuk yang lelaki kacak yang bawa kereta Audi ni adalah suaminya.

"Mestilah.. nanti tak pasal-pasal diorang mintak nombor phone awak pulak.Kang ada jugak yang terberanak dekat sini",

Sekali lagi Riyadh tergelak.Terberanak? Lucu betullah isterinya ni kalau sampai waktu cemburunya tu.

"Awak gelak pulak? Tumbuk awak nanti baru tahu", ugut Aurell.Riyadh ni kadangkala nakal jugak tau.Nampak je macam biasa-biasa tapi kalau datang mood cacing kerawitnya tu,sengaja je nak buat perempuan lain tergoda!

"Garangnya Puan Aurell ni.Tak ada apalah tu.Biarlah diorang nak pandang-pandang.Agaknya muka saya ni macam finalis Hero Remaja yang awak gila-gilakan sangat tu kut.Siapa ya nama dia? Em.. hah! Ikmal Amry kan?"

"Hisyy.. "

Riyadh tergelak lagi.Seronok kacau isteri sendiri! Tapi kalau tersilap langkah,mahu berbuih mulut dia cuba nak pujuk Aurell semula.

"Gurau je lah.Saya tak boleh halang dia kalau dia nak pandang siapa pun.Tapi yang penting,mata dan hati saya ni hanya ada awak saja", Riyadh mula serius.Memandang sepasang mata yang selama ini menjadi peneman hari-harinya.

"Eeii.. sweet talker!"

"Eherm!"

Riyadh dan Aurell segera menoleh.Riyadh berkerut dahi memandang lelaki yang tiba-tiba saja menghampiri mereka manakala Aurell sudah tersenyum.

"Hakim,ada apa?" soalnya.

"Tak ada apa pun.Saya cuma nak ucap tahniah.Kalau bukan sebab awak jugak dulu,saya rasa memang tak siap assignment saya tu", Hakim tersenyum.Dia memandang Riyadh seketika sebelum kembali memandang Aurell.Suami Aurell ni memang kacak benar nampaknya.Kereta pun bukan biasa-biasa.Audi R8 lagi!

"Terima kasih,tahniah untuk awak jugak.Pasal assignment tu no hal lah.Kita kan satu kumpulan,kalau tak saling tolong siapa lagi yang nak buatkan?"

Hakim mengangguk sambil tersenyum kecil.Rasanya dia perlu pergi dari sini cepat sebelum pandangan Riyadh tu semakin tajam menembusi tubuhnya.Macam harimau tengah kebulur pun ada jugak!

"Kenapa muka awak cuak semacam?" soal Ain bila Hakim mendekatinya pula.

"Suami Ell tu macam nak telan saya je.Takut pulak saya duduk situ lama-lama", Hakim tersengih dan telah mengundang tawa Ain.

"Biasalah.. isteri lawa kan,haruslah dia jaga betul-betul sebelum kena sambar dengan orang lain",

"Siapa nak sambar?"

"Awaklah.."

"Tapi saya kan dah ada awak",

Ain tersenyum malu.Aduii! Hakim ni betullah! Suka sangat buat dia membahang dekat sini.Ni lah padah bila dapat kekasih hati yang terlampau manis.

"Hah? Hah? Apa dia? Aku rasa aku tak salah dengar kut tadi", Aurell tiba-tiba menyampuk dan menghampiri pasangan kekasih itu.Ain dan Hakim saling berpandangan.Alamak! Mak buyung ni dah tahulah pulak.

"Kau orang ni.. bercinta ke?" soal Aurell tak percaya.Nak tercabut matanya ni kerana tak percaya dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Ain tersenyum sipu manakala Hakim terus mengangguk saja.Alaa.. lambat laun Aurell tahu jugak nanti.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now