It's My Fault

119 12 0
                                    

Jungkook's House

Herin balik dalam keadaan rambutnya yang masih lembap.. Dia berjalan perlahan lahan untuk elak dari Jungkook tapi

"Dari mana?" Jungkook menegurnya.. Herin cuba untuk tidak menunjukkan bahagian depannya yang masih lembap akibat disimbah air tadi

"Saya tanya dari mana?" Jungkook semakin dekat

"Saya.. Saya dari kafe" Herin gagap kerana takut Jungkook mengetahui apa yang berlaku terhadapnya

Tiba2 Jungkook menarik Herin dan Herin kini berhadapan dengan dia

"Ni kenapa basah2 ni?" Jungkook melihat Herin lebih dekat

"Tadi hujan" Herin berbohong kepada Jungkook

"Bagitahu saya betul2 kenapa?" Herin hanya diam

"Tadi air tumpah.. Ada orang langgar" Herin menipu sekali lagi

"Tumpah dari atas ke? Sampai rambut pun lembap.. Cakap betul2 dengan saya.. Kenapa? Siapa buat?" Jungkook memaksa Herin kerana dia risau

"Tak ada apa2 lah.. Saya cakap tertumpah air je kan" Tiba2 air mata Herin mengalir kerana dia terpaksa menipu Jungkook

Jungkook segera mengusap air mata yang jatuh ke pipi Herin.. Kemudian dia mendukung Herin brydal style

"Eh apa ni!! Turunkan saya.. Saya boleh jalan lah" Herin memukul dada Jungkook meminta diturunkan tetapi Jungkook endahkan

Dia mendukung Herin dan menaiki tangga ke tingat 2.. Sampai di hadapan bilik air Jungkook turunkan Herin

"Tunggu sini.. Nanti saya datang balik" Jungkook berjalan menuju ke biliknya.. Pipi Herin bertukar merah

Herin nampak Jungkook datang membawa tuala.. Jungkook berdiri di hadapannya dan mengelap rambut Herin.. Herin segera menolak tangan Jungkook

"Saya boleh lap sendiri" Sekali lagi Jungkook endahkan kata2 Herin dan sambung mengelap rambut Herin

Kemudian dia membuka pintu bilik air dan menolak Herin perlahan masuk ke dalam bilik air.. Dia menyangkutkan tuala mandi di palang dan berdiri di hadapan Herin

"Bersihkan badan awak.. Lepastu pakai pakaian kering.. Turun bawah, saya tunggu" Herin terdiam mendengar kata2 Jungkook

"Nak saya mandikan ke?"

"Ya2 faham" Herin segera membalas.. Jungkook tersenyum kecil lalu dia keluar dari dalam bilik air dan menuruni tangga ke tingkat bawah

1 jam kemudian

Herin turun ke tingkat bawah dan nampak Jungkook sedang duduk di sofa menonton tv.. Dia berdehem untuk menarik perhatian Jungkook.. Jungkook menoleh ke belakang dan lihat Herin sudah berpakaian kering.. Dia segera bangun dan berjalan menghampiri Herin

Kemudian Jungkook menarik Herin perlahan dan mendudukkan Herin di atas sofa.. Jungkook duduk di sebelahnya dan melihat wajah Herin

"Now bagitahu saya apa terjadi" Jungkook masih tidak puas hati kerana dia tahu Herin menyembunyikan sesuatu

"Tak ada apa2.. Betul" Herin masih menyorokkan kebenaran

"Ok tak ada apa2.. Tapi kalau saya yang siasat orang yang buat wife saya basah tadi memang teruk dia kena" Jungkook mengugut Herin

"Ok2 saya bagitahu.. Jangan apa2kan dia" Jungkook hanya mengangguk

"Tadi saya jumpa Seokjin" Jungkook terus mengeluh panjang menahan sabar

"Sabar.. Saya belum habis cakap.. Tadi saya jumpa Seokjin, kebetulan tunang dia ada dekat situ"

"Awak pergi kafe mana?" Jungkook memotong apabila dia mendengar Herin mengatakan tunang Seokjin, Hyoyin

"Koll kafe.. And then dia kata saya ni rampas tunang dia.. Saya nak bagitahu dia saya tak tahu tapi dia betul2 marah masa tu" Air mata Herin mengalir

"Saya takde niat nak rampas tunang dia.. Saya tak tahu Seokjin dah bertunang sedangkan dia kata dia suami saya masa saya first jumpa dia.. Sampai hati dia tipu saya.. Saya percaya dia.. Ni semua salah saya" Herin menangis sambil mukanya ditutup

"Saya minta maaf.. Saya tak nampak mana yang betul.. Saya keliru.. Mianhae Jungkook" Herin menangis dan air matanya semakin laju mengalir

Jungkook mengusap air mata Herin dan menggenggam tangan Herin.. Dia melihat muka Herin

"Saya tak marah.. Saya tak salahkan awak.. Seokjin yang salah kan.. Dia tak sepatutnya tipu awak" Jungkook memujuk Herin

"Tapi salah saya jugak.. Percaya dia tak percaya dekat suami saya yang selalu ada di sisi saya walaupun saya tak hiraukan dia" Sekali lagi air mata Herin jatuh.. Jungkook mendekatkan dirinya dengan Herin dan meletakkan kepala Herin di dadanya

Dia membelai rambut Herin, menenangkan Herin.. Herin menangis di dada Jungkook.. Rasa bersalah dalam dirinya terlalu membuak

Yooi Cafe

Keesokan hari, Jungkook pergi menemui Hyoyin di kafe.. Dia nampak Hyoyin termenung melihat ke luar jendela.. Dia segera duduk di hadapan Hyoyin

"Are u ok?" Hyoyin tersenyum apabila dia lihat Jungkook berada di hadapannya

"Entahlah.. Tak tahu nak cakap macam mana.. Tunang I sendiri curang belakang I.. Siap bela betina tu depan I" Hati Jungkook bagai di hiris apabila mendengar kawan baiknya sendiri menggelar wifenya betina

"Betina tu buat apa?" Jungkook cuba mengorek rahsia

"Dia jumpa dengan tunang I siap pegang2 tangan.. I nampak, I takleh tahan then i simbah dia dengan air.. I tak puas.. Kalau ikutkan nak je I bunuh dia" Jungkook terkejut dan terdiam.. Betul sangkaannya Herin menyembunyikan something.. Herin sedikit pun tidak bagitahu dia disimbah air bukannya air tertumpah

"Kalau U nak bunuh dia, Bunuh lah sekali husband dia.. I rasa husband dia tak sanggup hidup tanpa wife dia" Jungkook melayankan perasaan Hyoyin

"Haha kalau I kenal husband dia dh lama I sound and buat apa U suruh" Jungkook tersenyum

"Kenapa U tak cakap sekarang je.. Husband dia dekat depan U sekarang" Hyoyin memandang Jungkook terkejut dan terdiam

"Betina yang U simbah, betina yang U caci, hina.. That's my wife.. Betina yang U nk bunuh wife I" Jungkook menahan amarahnya kerana dia faham apa yang Hyoyin rasa

"Mian Jungkook.. Seriously I tak kenal dia siapa.. Mian Jungkook"

"Takpelah Hyoyin.. U tak salah.. I faham.. Salah I jugak tak jaga dia betul2" Jungkook masih geram dan marah tapi dia sabar

TBC

[C] ʟᴏᴠᴇ ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ɴᴇʀᴅ & ᴀʀʀᴏɢᴀɴᴛ 2Where stories live. Discover now