Different? Me Or You?

128 11 0
                                    

Yooi Cafe

Yooi kafe kedatangan pelanggan yang ramai sehingga Hyoyin juga terpaksa membantu pekerjanya kerana mereka kekurangan pekerja.. Jungkook yang kebetulan lalu di situ lihat kesibukan yang berlaku dia kafe Hyoyin

Dia memasuki ke dalam kafe itu.. Ada pelanggan yang sanggup berbaris panjang hanya ingin membeli beberapa makanan panas dan minuman panas oleh kerana cuaca sejuk di luar

Jungkook perasan Hyoyin sedang berjalan menuju ke bilik belakang dan Jungkook mengikutinya.. Dia menyergah Hyoyin dari belakang dan menyebabkan Hyoyin hampir terjatuh kerana terkejut tetapi Jungkook dengan segera menyambut Hyoyin

"Annyeong" Jungkook tersenyum selepas tangannya memeluk pinggang Hyoyin dek kerana mahu menyambut Hyoyin

"Budak nakal ni.. Dah agak dh" Hyoyin terus berdiri tegak dan tersenyum sinis ke arah Jungkook

"Ahahah mana yang nakal.. Sibuk sangat nampak kat luar tu" Hyoyin hanya mengangguk bersetuju dengan Jungkook

"Biasalah weekend.. So kafe ni memang akan sibuk.. Tapi sibuknya hari ni berbeza lah.. Maybe sebab cuaca yang sejuk sangat kat luar tu" Jungkook hanya tergelak kecil

"Nak tolong boleh?" Hyoyin melihat Jungkook dengan reaksi pelik

"Mimpi apa ni nak tolong?"

"Nak tolong pun tak bagi"

"Yelah2 Jungkook.. Tapi pandai2 lah cari apa yang nk ditolong.. Sebab kalau diaorng tu perlu bantuan time tu nk tolong, tolong lah" Jungkook tersenyum kemudian tabik ke arah Hyoyin lalu keluar dari bilik tersebut

"Kalau lah Seokjin macam budak nakal tu" Hyoyin tersenyum sendiri selepas melihat Jungkook keluar dari bilik itu

After 3 hours

Jungkook duduk berehat dan menarik nafas sepanjang yang dia mampu.. Hyoyin duduk di hadapannya dan mengelakkan diri Jungkook yang seperti tiada tulang lemah dan longlai

"Baru sehari.. Dah macam orang takde tulang" Hyoyin sambung gelaknya terhadap Jungkook

"Amboi seronok eh dia gelakkan kita ni" Jungkook menunjukkan muka annoyed

Tiba2 gelak Hyoyin terhenti apabila Seokjin berdiri di sisi meja tempat mereka berehat.. Seokjin lihat Jungkook dengan pandangan serius begitu juga Jungkook

"Kau pandai suruh orang jauhkan diri dari hak kau, tapi kau sendiri sibuk dengan hak orng lain.. Kalau mmg nak hak orang lain, hak kau tu bagi arr orang lain" Seokjin membalas Jungkook dengan senyuman sinis

"U cakap apa ni.. Dia datang sebagai pelanggan je ok" Hyoyin memegang lengan Seokjin tetapi Seokjin menepis

"Eh aku tak bodoh lagi lah.. Kau ingat kat korea ni kafe satu je ke"

"U!!"

"Takpe Hyoyin.. Biar dia nak cakap apa dia nak.. I datang next time" Jungkook terus berjalan keluar dari kafe itu dan Seokjin menjerit geram sambil matanya melihat Jungkook

Cheongdamdong Jungkook's House

Kereta sport Jungkook memasuki perkarangan rumahnya.. Dia memarkingkan keretanya betul2 di halaman rumahnya.. Dia masuk ke dalam rumah tetapi ruang tamu, ruang dapur kosong.. Tiada kelibat Herin

Jungkook menutup pintu dan terus menaiki tangga menuju ke tingkat 2.. Tiba2 Herin keluar dari bilik air dengan rambutnya masih lembap, kusut, tuala dililitkan di lehernya.. Herin merenung ke arah mata Jungkook, tetapi Jungkook terus berjalan melepasi Herin dan masuk ke dalam biliknya

Bilik Tidur Jungkook

Jungkook di kerusi meja belajarnya.. Dia merasakan dadanya.. Jantungnya berdegup kencang.. Baru first time dia melihat Herin dalam keadaan seksi selepas mandi seperti itu.. Walaupun macam2 dia sudah lihat dari Herin tetapi seksinya diri Herin selepas mandi dengan rambutnya masih lembap tidak pernah dilihat oleh Jungkook

Tiba2 lonceng rumah Jungkook berbunyi dan membuatkan Jungkook terus menuruni tangga dan langkahnya terhenti di beberapa anak tangga apabila dia ternampak kelibat Seokjin di monitor dan Herin membenarkan Seokjin masuk ke perkarangan rumah mereka

"So ini lah yang dia buat time aku takde kat rumah" Detik hati Jungkook

Herin terus keluar dari dalam rumah dan berjumpa Seokjin.. Jungkook meneruskan menuruni tangga dan dia melihat mereka berdua dari jendela ruang tamu.. Tangannya dia masukkan ke dalam kocek seluarnya

Laman Rumah

Seokjin menghentikan langkah dan memeluk Herin yang berada di hadapannya.. Tapi Herin segera melepaskan pelukan Seokjin kerana Jungkook berada di rumah.. Seokjin mengetahui perkara tersebut apabila dia ternampak kereta sport milik Jungkook di halaman rumah itu

"Heh.. Dia dah setuju belum?"

"Setuju apa?" Seokjin melihat ke arah belakang Herin dan ternampak Jungkook berada beberapa tapak sahaja dari Herin dan Seokjin

"Kau ni ek ada je kat mana2.. Naik meluat aku tengok muka kau" Jungkook tergelak kecil

"Aku rasa aku yang patut cakap tu.. Meluat aku tengok kau macam kau ni takde tempat lain nak gi.. Memang orang yang ada rumah dekat korea ni aku je ke?" Jungkook mengherdik Seokjin kembali dengan ayat sama Seokjin bagi padanya masa di kafe milik tunang Seokjin

"Ini urusan aku dengan Herin.. So aku rasa kau tak perlu berdiri kat situ pasang telinga" Seokjin tersenyum sinis kemudian melihat Herin yang tunduk ke bawah sahaja

"Aku rasa urusan aku.. Sebab ada 3 kesalahan yang dia buat"

Herin terkejut mendengarnya tetapi dia cukup tidak berani untuk mengangkat mukanya.. Seokjin juga hanya menanti penjelasan Jungkook.. Jungkook menjelaskannya sambil dia berjalan perlahan ke arah Herin

"1. Kau datang tanpa diundang.. 2. Dia jumpa kau tanpa kebenaran dari aku.. 3. Dia benarkan kau masuk dlm RUMAH AKU tanpa izin aku" Jungkook menguatkan kata2nya apabila dia disebelah Herin

Dia memeluk bahu Herin kemudian melihat Seokjin dengan serius.. Jungkook menarik tangan Herin dengan kuat sehingga Herin mengaduh sakit

Apabila sampai ke dalam rumah.. Jungkook mengunci pintu dan melepaskan tangan Herin.. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya

"Sakit lah.. Awak ni memang macam ni eh.. Suka memaksa orang" Herin menahan sakit akibat genggaman Jungkook yang terlalut kuat tadi

"Tak kisahlah kau nak cakap aku apa.. Tapi aku ni suami kau, kau isteri aku.. Yang kau bagi mamat tu masuk dan jumpa kau tanpa izin aku kenapa!!" Jungkook menjerit ke arah Herin sehingga Herin memejamkan mata, takut

"Awak dah lain.. Awak tak macam first time masa saya sedarkan diri" Jungkook mendekatkan mulutnya ke arah telinga Herin

"Lain? Aku ke kau yang lain sampai nak mintak cerai dengan aku hanya sebab lelaki yang kau tak kenal kesuluruhan diri dia" Jungkook terus berjalan melepasi Herin dan air mata Herin jatuh ke pipinya

TBC

[C] ʟᴏᴠᴇ ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ɴᴇʀᴅ & ᴀʀʀᴏɢᴀɴᴛ 2Onde as histórias ganham vida. Descobre agora