Who Are You?

169 11 0
                                    

Seoul Hospital

Jungkook meletakkan kepalanya di sisi Herin.. Tiba2 tangan Herin yang dipegang oleh Jungkook bergerak perlahan menyebabkan Jungkook terjaga

Jungkook menyelak rambut yang menutupi sedikit muka Herin dan menekan button memanggil doktor.. Doktor dan nurse bergegas datang ke dalam bilik Herin

Doktor mengeluarkan lampu suluh kecil kemudian dia membuka mata Herin.. Dia mengeluarkan stetoskopnya dan meletakkan tapaknya ke dada Herin dan tersenyum

"Wife Encik ok dan dia sudah sedar tapi saya nak Encik ke bilik saya.. Boleh?" Jungkook hanya diam dan menganggukkan kepalanya

Doktor tersebut membawa Jungkook ke biliknya dan Jungkook duduk di kerusi yang berhadapan dengan doktor itu

"Ada apa dok?" Jungkook melihat wajah doktor itu dengan mukanya yang risau

"Wife Encik ok dan dia dah sedar.. Cuma.." Jungkook mendekatkan dirinya sedikit dengan doktor

"Ada apa dok? Cuma apa?" Doktor tersebut mengeluarkan fail sakit Herin dan meletakkan di hadapan Jungkook.. Jungkook melihat tetapi dia tidak memahami apa2

"Apa ini dok.. Saya tak faham.. Ada apa dengan wife saya" Doktor itu mengeluh dan meletakkan stetoskop di sebelah atas mejanya

"Wife Encik ada masalah sikit.. Ada berlaku gegeran di otaknya akibat hentakan yang kuat berlaku ke atasnya.. Jadi wife Encik kehilangan ingatan buat sementara waktu" Jungkook ternganga dan terdiam.. Dia tidak berkata apa2 selama beberapa minit

"Kehilangan ingatan buat sementara waktu maksudnya.. Wife encik buat masa sekarang dia tidak ingat apa2 termasuk waktu kemalangan.. Tetapi dia boleh dapat kembali ingatannya jika dia dibantu untuk mendapatkan kembali memorinya" Jungkook hanya diam dan tidak bersuara.. Dia mengucapkan terima kasih kepada doktor kemudian keluar dari bilik doktor dengan keadaan yang lemah

Wad Herin

Jungkook membuka pintu bilik tersebut dan masuk ke dalam.. Kemudian dia menutup kembali.. Dia melihat keadaan Herin yang masih tertidur dengan lena, dengan balutan di kepala yang belum dibuka oleh doktor.. Dia duduk di sisi Herin dengan air matanya yang ditahan

"I tak harap U untuk bangun dari tidur macam ini.. I tak nak U bangun tak kenal I ni husband U, tanya I ni siapa.. Kenapa, kenapa dugaannya mesti U tak ingat I, kenapa mesti tu.. I tak sanggup nak terima" Air mata Jungkook tidak dapat ditahan dan jatuh terkena di tangannya

Tidak lama kemudian Herin mengaduh sakit dan mencelikkan matanya.. Jungkook membangunkan dirinya dan memegang kepala Herin

"U dah sedar" Jungkook cuba menatap wajah Herin tanpa mengalirkan air mata

"Sedar? Kenapa dengan diri saya? Sedar kenapa?" Herin melihat kakinya yang berbalut, tangannya yang masih ada luka2 akibat kemalangan.. Kemudian dia memegang kepalanya yang mempunyai balutan

"U kemalangan langgar lori.. U tak sedar 1 hari.. Hari ini U baru sedarkan diri" Herin terkaku dan terdiam.. Dia tidak melihat sedikit pun ke wajah Jungkook tetapi hanya memberikan perhatian kepada dirinya yang berbalut itu

"Awak siapa? Dan macam mana awak tahu saya accident?" Jungkook menahan air matanya.. Dia sudah menganggak soalan itu yang akan ditanya Herin kepadanya

"Saya.. Saya tolong jaga awak memandangkan keadaan awak macam ni" Herin hanya diam dan melihat ke sekelilingnya mencari sesuatu

"Mana fon saya?" Jungkook sekali lagi menahan air matanya dan melihat ke wajah Herin dengan senyuman

"Saya dah call sekejap lagi keluarga awak sampai.. Fon awak pulak rosak dan teruk, so tak boleh guna lagi" Herin mahu membangunkan dirinya tetapi Jungkook menahan

"Doktor tak bagi awak bangun sebab awak punya badan masih perlukan rehat, kalau awak nak apa2 bagitahu saya je" Herin menjeling ke arah Jungkook kemudian memandang ke arah lain

"Yang awak baik sangat kenapa.. Awak kenal saya pun tidak" Jungkook cuba untuk tidak mengeluarkan air matanya.. Dia tidak mahu Herin pelik kenapa dia tiba2 menangis dan dia juga tahu jika Herin ingat Herin pasti mahu dia kuat dan tidak menangis

"Saya kenal awak, cuma maybe awak lupa saya" Tiba2 kata2 Jungkook terhenti apabila omma Herin masuk berjumpa Herin

Omma Herin memeluk Herin erat dan air matanya juga sudah mengalir.. Tetapi Herin terkaku dan terdiam di saat ommanya memeluknya

"Awak siapa?" Omma Herin melepaskan pelukan dan air matanya semakin mencurah curah.. Jungkook membiarkan ommanya dan Herin berdua.. Dia keluar dan lihat ommanya sedang duduk di kerusi menunggu sambil mengelap ait matanya

"Jungkook ok?" Jungkook hanya diam dan tidak membalas pertanyaan ommanya itu

"Jungkook sabar lah.. Omma tahu, Tuhan jadikan semua ni sebab Tuhan nak uji Jungkook, Herin dan keluarganya.. Herin mesti tak nak Jungkook jadi macam ini kan" Ommanya cuba untuk menangkan Jungkook namun air mata Jungkook akhirnya jatuh

"Tapi omma, muka Jungkook ni dia pandang pun tak.. Ibaratkan Jungkook ni orang asing bagi dia.. Padahal dia jadi macam tu sebelum Jungkook kahwin dengan dia je.. Kenapa omma, kenapa dugaannya mesti Herin kena tak ingat Jungkook" Ommanya cuba untuk menenangkan Jungkook tetapi apakan daya sifat anaknya yang seperti itu tidak dapat membantu

Night Seoul Hospital

Herin menyuap makanan yang disediakan oleh pihak hospital dan hidangan sampingan yang dibawa oleh ommanya.. Jungkook menunggu dan melihat Herin makan

"Awak dah makan ke? Awak tengok saya makan ni" Herin menanyakan kepada Jungkook sambil melihat wajah Jungkook kemudian kembali menikmati makanannya

"Saya dah makan dah.. Lagipun yang perlukan banyak tenaga awak, bukan saya" Jungkook hanya tersenyum melihat Herin menikmati makanan yang sebenarnya dimasak olehnya tetapi dia berkata pihak hospital yang sediakan

"Awak nak tidur sini ke malam ni?" Herin bertanya lagi

"Kenapa? Tak boleh? Kalau tak boleh saya balik lah, tinggalkan awak kat sini" Jungkook membangunkan dirinya, tiba2 Herin meletakkan sudunya dengan kuat menyebabkan Jungkook terhenti langkahnya

"Saya takde kata tak boleh.. Cuma kesian lah takut awak pulak sakit tidur dekat tempat tak selesa kat kerusi tu" Herin tidak memandang wajah Jungkook tetapi bermain dengan jari jemarinya

Jungkook membongkokkan badannya dan wajahnya mendekati telinga Herin

"Saya selesa asalkan ada awak dekat tempat saya nk tidur tu" Jungkook duduk kembali di kerusi di sisi Herin dan membuatkan Herin makan kerana malu dengan perbuatan Jungkook ke arahnya itu

Jungkook tersenyum mendapat ianya comel

TBC

[C] ʟᴏᴠᴇ ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ɴᴇʀᴅ & ᴀʀʀᴏɢᴀɴᴛ 2Where stories live. Discover now